Saturday, July 31, 2010

Nak Naik Bas!

Lawak betul anak-anak aku ni. Kelmarin aku sekeluarga pergi ke stesen bas untuk menghantar Mama ke KL bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupuku di Saloma Bistro Ahad ni. Sebaik saja mengetahui Dadi mereka akan menaiki bas, kedua-dua mereka asyik merengek "Wildan nak ikut Dadi naik bas", "Wafriy pun nak ikut Dadi naik bas" sepanjang perjalanan tu. Bila sampai di stesen dan bila Mama dah naik bas, kedua-dua mereka meraung-raung nak ikut sama naik bas. Memang mcm drama swasta sebab kedua-duanya menangis dan meraung sesungguh hati dan bila aku cuba memeluk Wildan dan mendukung Wafriy, kedua-duanya meronta-ronta hinggakan menarik perhatian semua orang kat situ. Memandangkan suamiku parking kereta di tepi jalan yg ada yellow line (parking yg disediakan dah penuh) dan takut kena saman, suami mengajakku pulang cepat. Sepanjang perjalanan dari stesen ke kereta, kedua-dua mereka terutama sekali Wafriy menangis-nangis dgn begitu kuat dan dramatik sekali sambil berkata, "Wildan nak naik bas", "Wafriy nak naik bas". Aduh, dahlah sakit badanku kerana mendukung Wafriy dlm keadaan dia meronta-ronta tu, malu besar pun satu hal kerana semua org melihat dan ada yg tersenyum-senyum kat kami. Di dalam kereta, kedua-dua mereka menangis dan menangis kerana "nak naik bas" sehinggalah aku memujuk dan berjanji akan membawa mereka naik bas suatu hari nanti.

Kelakarnya budak2 zaman sekarang kerana aku rasa sewaktu aku kecil dulu, aku dah rasa sampai dah 'tak larat' nak naik bas krn itulah satu-satunya pengangkutan yang aku sekeluarga gunakan setiap kali hendak ke mana-mana selain dari motosikal arwah Ba. Semasa aku kecil dulu, aku sentiasa berangan utk keluargaku memiliki kereta sendiri spt orang lain bagi memudahkan kami ke mana- mana tp apakan daya, kemampuan kami hanya setakat memiliki motosikal sahaja. Setiap kali kami ingin pulang ke kampung arwah bapaku di Ipoh atau ke kampung Mama di Penang, kami sekeluarga akan menaiki bas dan adakalanya akan menaiki teksi. Semasa aku bersekolah menengah pun aku menggunakan bas, semasa aku belajar di PPP/ITM pun aku gunakan bas, semasa di UKM pun aku gunakan bas dan ketika aku mula2 bekerja dan belum memiliki kereta pun aku gunakan bas. Kiranya aku mmg dah biasa sangat2 dgn bas ni berbanding dgn anak2ku yg sedari lahir sudah biasa dan sentiasa menaiki kereta ke mana sahaja. Seingat aku, hanya Wildan pernah menaiki bas sewaktu aku dan suami membawa dia bersama ke kursus kolej kami di Cameron Highland sewaktu dia kecil dulu.

So sekarang aku tgh dok ligat berfikir mcm manalah aku nak bagi anak2ku ini peluang menaiki bas. Mungkin bila ada kesempatan, kami sekeluarga boleh pergi ke rumah abang aku, Ayish di KL dgn menaiki bas sahaja, cuma masalahnya kat KL nanti susah pulalah nak bergerak tanpa kereta sendiri. Hmmm........, nantilah aku fikirkan.
Kedua-duanya keletihan sebab dah puas buat drama kat stesen bas petang tadi.

No comments:

Post a Comment

What say you?