Salam buat semua kawan-kawan yg sudi singgah di blog saya ni. Rasanya inilah tempoh plg lama saya menyepi. Entahlah, bukannya tak teringin nak update blog ni ttp entahlah, masa tak cukup, mood pun tak seberapa. Ditambah pula dgn keadaan saya yg semakin sarat ni, mmglah tak larat nak duduk lama2 depan komputer.
Utk pengetahuan kawan2 semua yg mungkin tertanya2 di manakah saya berada sekrg, samada masih mengajar di Penang atau sudah ke Pahang krn ditukarkan dulu, jawapannya ialah saya masih di sini, di kolej yg telah saya berkhidmat selama lebih dari 12 tahun. Saya akui ini adalah antara dugaan terbesar di dlm hidup saya. Menerima kenaikan pangkat tetapi di tempat yg jauhnya beribu-ribu batu. Menerimanya bererti kebahagiaan hidup sekeluarga akan tergadai kerana saya tak mungkin akan dapat hidup bersama sebumbung dgn suami dan anak-anak saya utk sekurang-kurangnya 5 tahun. Spt yg pernah saya ceritakan pada entry terdahulu, saya membuat rayuan ttp ternyata rezeki tidak menyebelahi saya. Rayuan itu ditolak atas alasan kuota sudah penuh. Betapa mencabar dan tercabarnya keadaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu. Pilihan yang ada hanyalah terima tetapi berpisah dengan keluarga atau tolak tetapi saya dapat terus bersama dengan suami dan anak-anak saya. Pastinya pilihan saya ialah yang kedua.
Saya menerima hakikat dengan seredha-redhanya bahawa pangkat dan jawatan itu bukanlah rezeki saya. Rezeki saya ialah keluarga saya terutama sekali suami tercinta yang sangat baik, memahami dan menyayangi saya seadanya, anak-anak tersayang yang comel, baik dan pintar, Mama yg sgt dikasihi yg sgt menyayangi dan sentiasa setia menemani saya di saat susah dan senang dan bapa mertua yang dikasihi yang sgt baik dan sgt menyayangi saya. Inilah rezeki saya yang tidak ternilai harganya. Inilah kebahagiaan hidup saya yang tidak mungkin saya gadaikan dengan wang ringgit. Inilah rezeki saya yang perlu saya jaga sebaik-baiknya. Dan syukurlah sehingga kini saya dapat merasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik dan tidak ada sedikitpun penyesalan di hati saya.
 |
Buah hati pengarang jantung saya |
Apalagi ya yg boleh dicerita? Kandungan saya hampir 37 minggu sekrg dan due date pun cuma tinggal 3 minggu saja lagi. Nervous saja rasanya nak menanti saat tu walaupun ini adalah pengalaman yang ketiga. Syukurlah kesihatan saya agak stabil sepanjang pregnancy ni cuma sekrg ni saya cepat sgt terasa letih, sakit belakang dan kaki pun agak bengkak walaupun BP saya ok. Doakan saya dan baby selamat ya. Wildan dan Wafriy pun tak sabar2 nak tunggu baby lahir, hampir setiap hari mereka bertanya "bila baby nak keluar ni?".
Ok smg selepas "comeback entry" ni, akan adalah entry2 lain yg menyusul ya. Dan smg masih ada yg sudi membaca blog saya yg dah lama terkubur ni.