Wednesday, July 21, 2010

Seorang Ibu

Pagi tadi semasa breakfast dgn Kak Wahi, kami berbual-bual tentang topik ibu dan bapa. Kak Wahi baru sahaja kehilangan ibunya dan semasa hayat arwah ibunya, Kak Wahi lah yg menjaga arwah sehinggalah nafas terakhirnya. Dalam perbualan kami tu, aku cukup terkesan dgn salah satu ayat Kak Wahi " mak kita dah tua, sat (sekejap) saja kita nak jaga depa, janganlah bagi depa berkecil hati sebab nanti kita yg menyesal tak sudah". Yang paling signifikan bagiku ialah frasa 'sat saja kita nak jaga depa'. Bila difikirkan memang itulah kebenarannya. Mereka sudah tua dan kebanyakannya sudah mempunyai pelbagai penyakit. Mamaku sendiri mengidap penyakit darah tinggi dan juga arthritis. Biarpun masih terkawal, kebelakangan ini Mama selalu mengadu pening kepala hinggakan menurut mama, "Mama rasa mcm nak tercabut jantung". Ya Allah, risaunya aku dengar. Biarpun di depan Mama aku tak tunjuk kerisauanku tetapi hakikatnya Allah sajalah yang tahu btp bimbangnya aku. Apatah lagi, beberapa sahabatku termasuklah juga suamiku baru sahaja kehilangan ibu mereka dalam masa terdekat ini. Semua ini membuatkan aku bertambah risau dgn pelbagai kemungkinan.
Aku suka dengan email yang aku terima dari beberapa orang sahabatku ini. Semoga aku dan juga sesiapa sahaja yang membacanya dapat memanfaatkan isi kandungan email ini sebaiknya.


Assalamualaikum Semua,
Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari unit KAGAT ATM.yg bertajuk,”Dahsyat nya doa seorang ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
�
Melihat kaabah sehingga menitis air mata
�
Membaca quran sehingga menitis air mata
�
Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

q
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
�
Anak
�
Ibu / Isteri
�
Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah
J

q
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
�
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
�
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita


q
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
�
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
�
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.


q
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
�
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

q
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
�
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
�
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
�
Symptom dah terkena saka
v
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v
Susah nak dapat anak, senang gugur
v
Ada rasa kelibat orang lalu
v
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
�
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
q
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
�
Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

MasyaAllah! Betapa dasyatnya peranan dan doa seorg ibu. Sama-samalah kita berdoa agar kita terus tergolong dalam kumpulan orang yang bertuah yang dapat berbakti kepada ibu dan bapa tidak kiralah sama ada mereka masih ada atau sudah meninggalkan kita. Seperti frasa di atas, 'sat saja kita nak jaga depa', mungkin mereka atau kita yang pergi dulu, wallahualam. Aku berazam untuk terus menjadi anak yg terbaik buat kedua ibu dan bapaku juga kedua ibu dan bapa mertuaku. Semoga Allah tingkatkan kesabaranku, keupayaanku dan keimananku untuk terus membahagiakan mereka seadanya. Aku juga percaya dengan kata2 'what you give, you get back'. Sekurang-kurangnya smg kebaikan kita terhadap ibu dan bapa akan dicontohi oleh anak2 kita dalam menjaga kita di hari tua nanti. InsyaAllah.

Gambar raya tahun lepas keluargaku bersama Mama, Leez dan Dhani. Smg Mama terus sihat walafiat dan diberi Allah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Monday, July 19, 2010

Rasa bersalah.....

Letihnya badan, mata pun dah mengantuk dan seluruh badan rasa lemah dan letih. Aku sebenarnya sedang menunggu kuliah Dr Hazri yg akan bermula pada pkl 8 mlm ni. Kalau ikutkan hati, rasa nak ponteng je kuliah mlm ni tp aku kuatkan semangat sbb aku tahu sekali aku ponteng, mulalah aku rasa seronok nak ponteng lagi.
Selalunya kelas bermula petang ttp pada minggu ni bermula malam kerana tutorial masih belum diadakan. Aku bertolak dari office pd pukul 6 ptg tadi tanpa mandi atau menukar baju terlebih dahulu. Mungkin sebab tu aku menjadi bertambah letih. Sepanjang perjalanan tadi, aku asyik terfikirkan suami dan anak2 aku. Aku rasa rindu sgt kat diaorg walaupun baru je sekejap tadi aku bertemu suamiku dan juga Wildan (aku gi ambil dia dari tadika). Aku rasa bersalah sgt2 terhadap mereka. Sepatutnya ketika ini aku berada di sisi mereka, melayani kehendak mereka dan menguruskan kehendak dan keperluan mereka seadanya. Tetapi aku di sini, sibuk mengejar impian dan cita-cita. Selfish ke aku ni? Walaupun suamiku mengizinkanku menyambung study, mama juga merestui dan anak2 juga memahami (betul ke?), aku tetap rasa bersalah yg teramat terhadap mereka. Ya Allah, ampunilah aku. Sebetulnya niat aku menyambung study ni tidak lain dan tidak bukan ialah utk kebahagiaan bersama. Aku ingin bersama dgn suamiku memberi kehidupan yg lebih baik untuk keluarga kami. Aku tdk memiliki kemahiran lain yg dpt memberi pendapatan tambahan yg lumayan utk keluarga spt terlibat dgn perniagaan dan sebagainya. Aku juga tidak mewarisi harta pusaka yg berkepuk yg boleh aku gunakan utk kemewahan hidup aku dan 7 generasi akan datang. Yang aku ada hanyalah semangat juang yang tinggi, cita2 yg melangit dan cinta yg mendalam terhadap ilmu pelajaran dan inilah sebenarnya 'harta pusaka' paling bernilai yg ditinggalkan oleh arwah Ba untukku. Dan hanya melalui semua inilah, aku berharap agar dapat mengubah kehidupan keluarga ke arah yg lebih positif. Bukanlah aku ingin hidup mewah disaluti emas permata sepanjang masa tetapi cukuplah dgn kesenangan dan keselesaan hidup di samping dapat memberi kehidupan terbaik kepada anak2ku.
Untuk suami dan anak2ku, semoga mereka akan terus memahami dan merestui perjalananku ini. Berilah aku masa cuma setahun ini sahaja utk melengkapkan perjuangan ini dan selepas ini, aku berjanji akan sentiasa berada di sisi mereka pada setiap masa dan ketika. Lantaran itu, biarpun pelawaan supervisorku utk aku terus menyambung pelajaranku ini ke tahap Phd sgt mengujakan, aku tahu jawapanku nanti adalah TIDAK. Biarlah aku tumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabku sebagai seorg isteri dan ibu kerana merekalah sebenarnya amanah terbesar dan terhebat dari Allah untukku dunia dan akhirat dan merekalah segala-galanya untukku.

p/s: Untuk kawan2ku yg sudah memiliki keluarga dan ingin menyambung pelajaran, fikirlah semasak-masaknya kerana ianya bukanlah sesuatu yg mudah. Ianya tidak mustahil tetapi kita perlu benar2 kuat dari segala segi: zahir, batin, fizikal, mental dan juga spiritual. Dan bagiku salah satu cabaran paling besar yg aku alami ialah RASA BERSALAH......


Saturday, July 17, 2010

Aktiviti di petang Sabtu



Dalam perjalanan ke rumah Idayu, kawan sekolej yg buat kenduri kesyukuran kat Sg Dua hari ni. Cantik rumah Ayu, 2 setengah tingkat lagi. Dia ada maid, bolehlah tolong uruskan rumahnya yg besar dan luas tu. Kalau untuk orang yg takda maid mcm aku ni, boleh pengsan jugalah.




Dari rumah Ayu, aku sekeluarga ke Penang kerana suamiku ada urusan di WOU (Wawasan Open University). Selalunya kami guna Penang Bridge utk ke Penang ttp kalau utk ke WOU, feri menjadi pilihan yg lebih praktikal kerana lokasinya. Anak2 lebih suka menggunakan feri krn mereka suka melihat pemandangan laut dan kapal2 yg ada. Aku pun suka juga, cuma yg tak tahan ialah part kena menunggu lama sebelum masuk ke dlm feri tu sajalah.

My sunshine





You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You'll never know dear
How much I love you
Please don't take my sunshine away......


Tuesday, July 13, 2010

MC



Hari ni aku mc. Selsema dan sinus yg agak serius. Pergi klinik tadi kena 1 injection utk kesan yg lebih cepat. Doktor nak bagi mc 2 hari ttp memandangkan esok aku perlu menguruskan mama pergi dan balik rawatan fisioterapi di Hospital Kepala Batas, aku cakap kat Doktor cukuplah mc sehari sahaja.

Monday, July 12, 2010

The journey

My journey resumes today. A journey that will demand a never ending effort, hard work, sacrifice and patience.
Tonight, I will start my first class in Semester 3 in USM. Having to complete 2 course works and 1 research paper, I foresee an insurmountable challenge waiting in front of me. I know I have to be extraordinarily mentally and physically strong since I have multiple roles to be carried out at the same time. Being a wife to a very busy husband, being a mother to a pair of growing up sons who really need my love and attention, being a daughter to a mother who also needs my attention and care, being a lecturer who is extremely busy with a lot of responsibilities to produce excellent students in this so-called excellent college and being a part time student who has a high aim and goal to be achieved.......... I know and I am fully aware that I have to be very strong and tough!
InsyaAllah, I will take it in my fullest stride, I will do my very best and I will squeeze all the strength that I have for I believe and will always believe that ALLAH WILL HELP ME.

Sunday, July 11, 2010

Memori Reunion SKSKI

Sepatutnya dah lama aku buat entry ni, kononnya aku menanti masa yg sesuai, menanti masa terluang yg aku ada agar aku dapat menulis sebaiknya dan seindahnya. Tp aku sedar saat itu takkan tiba krn ternyata dari hari ke hari beban kerja semakin bertambah dan esok aku sudah akan menyambung pengajianku di USM. Jadi hari ini aku ingin mencuba sedaya upaya utk menulis entry ini sebaiknya di dlm masa yg sgt terhad ini- REUNION SKSKI.

Kalau bukan krn Facebook, tak mungkin kami semua bertemu. Beberapa bulan merancang, akhirnya Alhamdulillah kami semua berjaya dikumpulkan dlm Reunion SKSKI bertempat di Anisani Village Resort di kampung yg tercinta Sg Kechil Ilir.

Kami semua ialah rakan sekolah rendah ( ada yg bersambung hingga menengah) di Sekolah Kebangsaan Sg Kechil Ilir, Bandar Bharu, Kedah bermula dari tahun 1982 hingga 1987. Selepas habis sekolah rendah, kebanyakan kami menyambung pengajian di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin, ada yg ke sekolah lain dan ada juga yg tidak lagi meneruskan pengajian. Selepas sekolah menengah, kami masing2 membawa haluan sendiri, ada yg menyambung pelajaran, ada yg terus bekerja dan ada yg mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, pada tarikh keramat 13 Jun 2010, kami semua bertemu kembali setelah terpisah lama oleh masa, keadaan dan cabaran kehidupan.


Ini ialah antara detik2 awal kami semua bertemu. Memang tidak dapat dibayangkan perasaan masing2 ketika ini, antara gembira dan sebak, malah ada yg menitiskan air mata. Memang tak sangka dapat bersua semula.....Masing2 dah berubah. Paling ketara tentulah bentuk badan, maklumlah semua dah jadi mak orang. Tetapi sudah tentulah semuanya kelihatan lebih cantik dari dulukan, dulu2 rambut mengerbang, kulit berminyak dan berkilat dan baju pun main pakai saja. Sekrg semuanya dah up to date, dah pandai bermekap dan dah pandai bergaya.

Ini dia geng2 sahabat perempuan yang datang. Dari kiri Juismawati, Laila Sanirah, Norhazlina, Zapida, Asmah, aku, Zainab, Siti Suhaida dan Hafidzin. Ketika ini Azizah belum sampai lagi. Azizah ialah rakan sekolah menengah yg turut join dlm reunion kami.


Aku bersama Fizin dan Pida. Fizin (berbaju hitam) ialah salah seorang sahabat baikku dari kecil sehinggalah sekrg. Kami menjadi bertambah rapat apabila mamaku dan Ibu Fizin turut bersahabat baik. Banyak benda yg kami kongsi bersama dan aku rasakan persahabatan kami sebenarnya lebih kepada persaudaraan. Sewaktu kecil dulu, kami berdua selalu sakit kepala dan selalu tidur di Bilik Kesihatan kat bawah bangunan sekolah rendah tu sehinggakan pernah ditegur oleh guru kelas kami, Cikgu Marzilah. Kami berdua suka membaca novel dan suka mengarang surat. Jangan tak tahu, kami berdua pernah plan nak lari dari rumah bila mendapat keputusan yg teruk dlm exam, hehe. Mesti Fizin tersenyum bila membaca tentang ni. Nasib baiklah kita tak lari ya Fizin, kalau tidak tak tahu apa nasib kita sekarang ni. Persahabatan kami diteruskan sehinggalah remaja dan juga sehinggalah sekrg. Sekarang Fizin menjadi surirumah sepenuh masa kepada seorg suami yg kaya raya (jgn marah fizin, kenyataan ni) dan ibu kepada sepasang anak dan menetap di Terengganu.

Pida pula kukenali sewaktu di sekolah rendah tetapi kami menjadi lebih rapat ketika di sekolah menengah. Dia seorang yang sgt peramah dan kelakar dan kami mula menjadi rapat apabila sama2 menyertai kumpulan nasyid sekolah dan sama2 menjadi pengawas sekolah. Dari dulu sehingga sekarang Pida ni tersangat pandai bergaya. Ketika kami menghadiri aktiviti ko-kurikulum sebelah petang di sekolah, semua pelajar perempuan yg lain memakai tudung spt biasa ttp Pida datang dgn ikatan tudung yg siap berbelit-belit kat atas kepala, hehe. Bila tiba zaman muzik Rap dan GQ, Pida pun turut sama menjadi rap dan GQ dan aku masih ingat di buku, fail dan juga beg sekolahnya tertulis Zapp the Super Rap. Dia sgt meminati Vanilla Ice ketika itu dan potongan rambut dan pakaiannya turut berubah. Pida sekarang semakin cantik dan semakin pandai bergaya sehinggakan ada kawan2 yg tidak mengenalinya sewaktu bertemu di Reunion dulu. Pida bakal bergelar ahli perniagaan tak lama lagi dan sudah mempunyai seorang anak. Kebetulan pula, suami Pida pernah berkawan baik dan pernah bersekolah yg sama dgn suamiku. What a small world!

Aku bersama Yatie, Zainab dan Asmah. Yatie ( berbaju biru sebelah kanan) ialah sahabat baikku sewaktu di Darjah 5 dan 6. Selain dari kami berdua, seorg lg geng trio kami ialah Zaihasni (tdk turut serta). Kami bertiga sentiasa bersama kemana sahaja kami pergi dan adakalanya kami bergaduh dan adakalanya kami bermasam muka. Adatlah kan tu. Yg kelakarnya bila kami bergaduh atau merajuk, kami akan meluahkan segalanya melalui surat dan lagu. Salah satu lagu kenangan kami berdua yg aku masih ingat ialah "Saat aku kehilanganmu" dari Francisca Peters.
Ketika di sekolah menengah, hubungan kami agak renggang setelah tidak lagi belajar sekelas. Namun, dari masa ke semasa kami tetap berhubung sehinggalah tamat sekolah menengah, kami terpisah terus. Yatie sekarang bergelar pendidik dan mempunyai seorg anak.

Bila melihat Asmah ( berbaju pink), aku teringatkan 2 perkara. Yg pertama, adiknya yang juga merupakan adik angkatku yg telah meninggal kerana demam panas sewaktu usianya 8 tahun. Kematiannya merupakan satu kejutan untuk keluarganya dan juga seluruh sekolahku kerana arwah merupakan seorg pelajar yg pintar, cerdik dan aktif. Di hari kematiannya, kami berbaris dan berjalan kaki ke rumahnya yg agak jauh dari sekolah bagi melawat jenazah. Yang kedua, aku teringatkan sungai di tepi rumahnya yg menjadi tempat permainan aku dan kawan2. Selalunya kami mandi sungai sebelah petang selepas kelas Fardhu Ain di masjid ttp adakalanya kami ponteng kelas tersebut semata-mata utk mandi dgn lebih lama kat sungai. Pernah sekali aku dan kawan2 ( antaranya Fizin, Ju, Pida dan beberapa yg lain) balik awal dari sekolah untuk mandi di sungai tersebut. Aku sendiri tak pasti bagaimana kami boleh terlepas dari sekolah dan tiada sesiapa pun yg tahu ttg kegiatan kami. Asmah sekarang mempunyai seorg anak dan memiliki tadikanya sendiri di Sg Petani.

Zainab pula kini bekerja di sebuah kilang di Penang dan mempunyai 3 orang anak. Rasanya bila sebut nama Zainab, semua kawan2 teringat kenangan dia terjatuh dan patah tangan sewaktu di Darjah 3. Semua orang, terutama sekali Cikgu Mohd Zaki panik ketika itu. Sewaktu di sekolah rendah dulu, Zainab rapat dgn Pida, Norhashimah dan Norlela. Yg kelakarnya memandangkan rumah Zainab sangat dekat dgn kawasan perkuburan, aku selalu tanyakan dia " pernah nampak hantu tak kat rumah Nab?".
Yang berbaju hijau di sebelahku itu Ju, kawan baik Fizin semasa di sekolah rendah. Aku sendiri mmg rapat dgn Ju. Sewaktu kecil dulu aku kerap berkunjung ke rumah Ju krn suka dgn suasana rumahnya yg tenang dan dikelilingi pelbagai jenis pokok dan juga sebatang sungai. Paling aku suka ialah buah rokam yang tumbuh lebat di belakang rumah Ju. Ju banyak memperkenalkan pelbagai buah2an dan ulam2an kampung kepadaku, antaranya buah jentik2, buah mata itik, ulam pucuk paku, cendawan kayu, cendawan setahun dan banyak lagi yg aku dah lupa. Kerana Ju juga, aku mula berjinak2 dgn dapur krn aku kagum melihat Ju yg sudah boleh memasak sejak dari sekolah rendah lagi. Aku juga kerap datang utk mandi di sungai yang terletak di belakang rumah Ju bersama-sama adikku Ayush. Kini Ju bekerja di sebuah kilang dan kembali menetap di kampung bersama keluarganya dan mempunyai 3 orang anak.


Yang ini Laila Sanirah, seorang sahabat yg kelakar, periang dan peramah. Merupakan surirumah dan mempunyai 3 orang anak. Laila merupakan antara sahabat kami yg berkahwin paling awal. Ketika aku menjemputnya utk datang ke kenduri kahwinku, dia sudah pun mempunyai 2 orang anak lelaki yang sudah agak besar. Terasa malu pula aku ketika itu. Sewaktu di sekolah rendah, Laila aktif bermain bola jaring dan dia juga merupakan salah seorang ahli pasukan boria bersamaku. Teringat lagi dia menjerit 'yariba, yariba' ketika persembahan boria sekolah kami dulu.




Yang memakai tudung putih tu kami panggil dia Na Bobo. Aku pun tak pasti bagaimana dia mendapat gelaran tu tp aku merasa sgt terhutang budi dgn dia. Ketika di sekolah rendah dulu, Na lah yg akan carry aku di atas basikalnya ketika tayar basikalku pancit atau ketika aku sakit. Kami ( aku, yati dan Na) selalu ke sekolah dan kelas Fardhu Ain sama2. Mereka berdua akan datang ke rumahku dan kami akan menaiki basikal bersama2. Mungkin kerana sifatnya yg baik dan agak pendiam itu membuatkan aku selalu meminta pertolongannya dan dia tdk pernah membantah walaupun sekali. Ketika bertemu sewaktu Reunion dulu, aku berkesempatan memohon maaf padanya seandainya aku pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikannya dulu.

Yang berbaju coklat tu ialah Azizah, salah seorg sahabat baikku ketika di sekolah menengah. Azzizah juga berkahwin pada usia yg agak muda dan sekrg mempunyai 4 orang anak dan menetap di KL.

Bagi kawan2 lelaki pula, yang dapat turut serta pada reunion kali ini ialah Suhardi, Mohd Zaki, Fakarul dan Sabri Din. Suhardi (berkaca mata) kini telah pun bergelar seorg doktor yang bertugas di Alor Setar dan mempunyai 4 orang anak. Sewaktu di sekolah rendah dulu, aku, Suhardi dan Ana Haizat bersaing utk mendapat tempat tiga teratas di dlm peperiksaan dan selalunya Suhardi lah pemenangnya.

Fakarul (baju coklat, tepi sekali) bekas Ketua Pengawas kami dahulu. Ketika kecil, dia memanglah sgt nakal dan selalu mengusik pelajar perempuan. Tocangku pernah beberapa kali ditariknya, hehe. Mangsa utama dia tentulah Yatie yg duduk bersebelahan dia. Sekarang Fakarul bekerja dgn Petronas, mempunyai 4 org anak dan menetap di Padang Serai.

Yang berbaju pink tu ialah Mohd Zaki, mangsa buli dari dulu sehinggalah sekarang. Dia mmg comel sewaktu di sekolah dulu dan selalu tersenyum walaupun kena buli. Sekarang dia dah pun bergelar seorg engineer, mempunyai 2 orang anak dan menetap di Bertam.

Yang hujung sekali berbaju hitam dan putih ialah Sabri Din. Semasa di sekolah dulu, dia merupakan pelajar lelaki plg tinggi dan aku pula pelajar perempuan plg tinggi. Disebabkan itu, kawan2 dok gossip kami berdua sehingga menyebabkan kami jadi segan dan terus jarang bertegur sapa. Sekarang Sabri bekerja di kilang dan sudah pun mempunyai 2 org anak. Smg Sabri cepat sembuh dari penyakit yg dideritainya sekrg.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai reunion kami yang berakhir kira-kira pada pukul 7 malam walaupun dlm plan asal ianya dijangka berakhir pd pukul 6 ptg. Terlalu byk cerita yg ingin kami kongsi setelah berpisah bertahun2. InsyaAllah, aku pasti akan menyusul nanti reunion SKSKI kali ke 2 memandangkan semakin ramai lagi kawan2 lama yg kami berjaya jejaki melalui Facebook sejak akhir2 ini.

Buat kawan2 SKSKI, terima kasih di atas segala-galanya. Memori manis bersama kalian sewaktu bersekolah rendah dulu pasti terpahat selamanya di dalam hatiku.