Monday, July 19, 2010

Rasa bersalah.....

Letihnya badan, mata pun dah mengantuk dan seluruh badan rasa lemah dan letih. Aku sebenarnya sedang menunggu kuliah Dr Hazri yg akan bermula pada pkl 8 mlm ni. Kalau ikutkan hati, rasa nak ponteng je kuliah mlm ni tp aku kuatkan semangat sbb aku tahu sekali aku ponteng, mulalah aku rasa seronok nak ponteng lagi.
Selalunya kelas bermula petang ttp pada minggu ni bermula malam kerana tutorial masih belum diadakan. Aku bertolak dari office pd pukul 6 ptg tadi tanpa mandi atau menukar baju terlebih dahulu. Mungkin sebab tu aku menjadi bertambah letih. Sepanjang perjalanan tadi, aku asyik terfikirkan suami dan anak2 aku. Aku rasa rindu sgt kat diaorg walaupun baru je sekejap tadi aku bertemu suamiku dan juga Wildan (aku gi ambil dia dari tadika). Aku rasa bersalah sgt2 terhadap mereka. Sepatutnya ketika ini aku berada di sisi mereka, melayani kehendak mereka dan menguruskan kehendak dan keperluan mereka seadanya. Tetapi aku di sini, sibuk mengejar impian dan cita-cita. Selfish ke aku ni? Walaupun suamiku mengizinkanku menyambung study, mama juga merestui dan anak2 juga memahami (betul ke?), aku tetap rasa bersalah yg teramat terhadap mereka. Ya Allah, ampunilah aku. Sebetulnya niat aku menyambung study ni tidak lain dan tidak bukan ialah utk kebahagiaan bersama. Aku ingin bersama dgn suamiku memberi kehidupan yg lebih baik untuk keluarga kami. Aku tdk memiliki kemahiran lain yg dpt memberi pendapatan tambahan yg lumayan utk keluarga spt terlibat dgn perniagaan dan sebagainya. Aku juga tidak mewarisi harta pusaka yg berkepuk yg boleh aku gunakan utk kemewahan hidup aku dan 7 generasi akan datang. Yang aku ada hanyalah semangat juang yang tinggi, cita2 yg melangit dan cinta yg mendalam terhadap ilmu pelajaran dan inilah sebenarnya 'harta pusaka' paling bernilai yg ditinggalkan oleh arwah Ba untukku. Dan hanya melalui semua inilah, aku berharap agar dapat mengubah kehidupan keluarga ke arah yg lebih positif. Bukanlah aku ingin hidup mewah disaluti emas permata sepanjang masa tetapi cukuplah dgn kesenangan dan keselesaan hidup di samping dapat memberi kehidupan terbaik kepada anak2ku.
Untuk suami dan anak2ku, semoga mereka akan terus memahami dan merestui perjalananku ini. Berilah aku masa cuma setahun ini sahaja utk melengkapkan perjuangan ini dan selepas ini, aku berjanji akan sentiasa berada di sisi mereka pada setiap masa dan ketika. Lantaran itu, biarpun pelawaan supervisorku utk aku terus menyambung pelajaranku ini ke tahap Phd sgt mengujakan, aku tahu jawapanku nanti adalah TIDAK. Biarlah aku tumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabku sebagai seorg isteri dan ibu kerana merekalah sebenarnya amanah terbesar dan terhebat dari Allah untukku dunia dan akhirat dan merekalah segala-galanya untukku.

p/s: Untuk kawan2ku yg sudah memiliki keluarga dan ingin menyambung pelajaran, fikirlah semasak-masaknya kerana ianya bukanlah sesuatu yg mudah. Ianya tidak mustahil tetapi kita perlu benar2 kuat dari segala segi: zahir, batin, fizikal, mental dan juga spiritual. Dan bagiku salah satu cabaran paling besar yg aku alami ialah RASA BERSALAH......


3 comments:

  1. Allah tu maha adil...setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti akan dibalas....kalau tak balas kat dunia ni...insyaAllah diakhirat nanti..

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan begitulah....cewah bidadarindu dah berjangkit penyakit ayat skema ni ya.

    ReplyDelete
  3. tu la...org tua pernah kata,kalau kita kawan ngan org jahat,kita akan jadi jahat gak...kalau kita kawan ngan org kaya,kita akan jadi kaya...nie kita kawan ngan orang skema,kena jadi skema la jugak...he he...

    p/s : nak cari kawan yang jiwang + poyo kawan la ngan....tutttttttt he he....sape tahu angkat tangan...la la la la la......

    ReplyDelete

What say you?