Sunday, July 4, 2010
Wildan dapat hadiah
Jumaat lepas ada Hari Penyampaian Hadiah di tadika Wildan. Ianya diadakan secara tertutup, maksudnya parents tidak dijemput. Hanya utk exam hujung tahun saja nanti, penyampaian hadiahnya akan diadakan secara terbuka. Ada wakil KPM dari Putrajaya yg turun utk menyampaikan hadiah tersebut.
Pagi tu walaupun Wildan batuk, selsema dan dah nampak tanda2 nak asma, aku tetap benarkan dia ke tadika. Kesian pula, first time dia nak lalui saat2 ni dlm hidup dia. Wildan beritahuku, Teacher Ana suruh pakai segak2, pakai perfume dan letak minyak Johnson kat rambut. Rasanya pesanan yg last tu utk Wildan sorang sbb rambut dia kan kerinting dan bila dah lama tak potong ni, mmg kembanglah sikit. Rasanya bila Wildan besar, mesti dia ikut jejak Cica Ayush ( Cica tu maksudnya bapa saudara- ikut panggilan sebelah arwah Ba aku) yg sentiasa botakkan kepala sbb tak mahu berambut kerinting.
Petang tu ketika aku mengambil dia dari tadika, Wildan kelihatan begitu happy dgn hadiah yg diterimanya iaitu bag file Toy's story yg di dalamnya ada 2 buah buku cerita dan set alatulis Ben 10 yg lengkap dan juga 2 buah kereta mainan Spiderman.
Congrats Wildan sayang. Teruskan usaha Wildan, InsyaAllah, setiap usaha itu pasti ada ganjarannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?