Friday, July 30, 2010

Dating Bersama Yang Tersayang


Siapa kata dating ni hanya utk pasangan kekasih dan orang muda sahaja? Tak betul tu krn menurut ahli psikologi dan pakar motivasi, pasangan suami isteri perlu mencari masa untuk terus berdating berdua-duaan spt masa bercinta dulu bagi mengembalikan kehangatan cinta dan kasih sayang mereka dan seterusnya mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka. Dan bagi aku dan suami, berdating ni mmg menjadi amalan kami setiap kali cuti semester kolej kerana pada masa ini anak2 dapat ditinggalkan di nursery atau tadika. Sekurang-kurangnya kami tidak perlu merasa bersalah atau risaukan keselamatan mereka.

Semasa zaman bercinta dulu, tempat dating kami selalunya di shopping complex sbb senang nak survey dan membeli barang2 hantaran utk majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan kami. Tak sangka dlm dok berdating dan bershopping tu, ramai student yg nampak dan barulah mereka tahu yg kami ni 'ada apa-apa'. Bila aku masuk kelas, tgk ramai student yg dok tersenyum-senyum semcm kat aku tp aku buat tak kisah saja. Ketika aku menjemput semua studentku ke majlis perkahwinanku barulah mereka memberitahu yg sebenarnya 'satu kolej' dah lama tahu percintaan kami kerana ramai yg ternampak kami berjalan berdua di shopping complex dulu. Tak sangka ya jadi pensyarah pun boleh glamour mcm artis juga, hehe.

Sampai sekarang tempat pilihan kami utk berdating ialah shopping complex. Kelmarin aku dan suami ke Prai City dan seperti biasa aktiviti wajib kami ialah makan2, shopping dan juga menonton wayang (semasa belum berkahwin dulu kami tidak pernah menonton wayang bersama). Kami memilih utk menonton 'The Sorcerer's Apprentice'. Best juga ceritanya.

Sebelum tgk wayang, kami breakfast di Subaidah, makan capati dan kopi o. Sengaja aku pilih utk makan yg healthy dan low chalorie sbb dah plan nak makan makanan 'yg membunuh' petang ni.


Lunch di Johnny's, makan steamboat. Sedapnya hinggakan suamiku yg tak suka makan steamboat pun makan dgn penuh berselera.







Untuk minum petang pula, aku dan suami dengan sengajanya melupakan diet kami dgn memakan chocolate breadstick Antie Anne's dan donut dari Big Apple. Memang hari ni kami nak enjoy sakan. Diet ni bila2 pun boleh, haha.

Walaupun kat sini Sales tak best sgt ( kat tempat lain lg murah), aku dan suami sempat juga membeli kasut raya utk kami dan sehelai shirt utk Wildan yg matching dgn shirt Wafriy yg kami beli semasa shopping baju raya utk anak2 dulu.

Apa yg penting semasa kami berdating ni ialah kami dapat meluangkan masa bersama dan juga untuk satu sama lain secara lebih berkualiti. Bila keluar dgn anak2, tumpuan dan perhatian lebih byk diberikan kpd mereka hinggakan adakalanya kita terpaksa mengabaikan pasangan kita. Masa berdua ni lah dapat digunakan dgn sebaiknya utk melayan dan bersama dengan pasangan kita dgn sebaiknya. Usah rasa bersalah kerana perlu meninggalkan anak seketika (but of course kita kena pastikan anak2 ditingalkan di tpt yg selamat dan selesa utk mereka) kerana apa yg kita buat ini ialah untuk kebaikan dan kebahagiaan sekeluarga. Bukankan apabila hubungan kita suami isteri bahagia, anak2 pun akan merasa bahagia?

p/s: To my beloved husband, tq for the great time and treat yesterday. I love you more and more.

4 comments:

  1. Mestilah, kita mesti mencuba sedaya upaya utk kekalkan kasih sayang antara suami isteri ni. Rasanya bidadarindu dgn Yan pun mcm ni atau lebih lagi kan????

    ReplyDelete
  2. Salam mesra ku berikan..td dah pos komen kat blog ina ni tp uda lupa nak bg salam. Ni bru teringat. Sori ek. Tujuannya nak tnya bidadarindu apa makna 'romastis' yg bidadarindu tulis tu? Just curious.. nothing serious..:-P

    ReplyDelete
  3. Salam Uda, Uda ni mmg cool and sportinglah! mak saudara zaman moden, berinteraksi dgn anak2 saudara melalui blog.

    ReplyDelete

What say you?