Sunday, July 25, 2010

Makan-makan @ Penang

Sempena cuti mid-sem kolej ni, kami ambil kesempatan utk tidur di rumah Ba di Penang selama beberapa malam. Sekurang-kurangnya dapatlah menemani dan menghiburkan hati Ba selama beberapa hari ni. Seronok tinggal kat Penang ni. Percayalah, walaupun cuma beberapa hari aku tinggal di sini, aku pasti akan menambah berat badan sekurang-kurangnya 2 kg! Antara sebab utamanya ialah:

1. Bapa mertua aku ni sangatlah baik, pemurah dan sgt sayangkan satu-satunya menantu perempuan dia ni. Dari pagi hinggalah ke malam, Ba akan sentiasa bertanya "Ina nak makan apa?, Cepat cakap, Ba nak pi beli". Itulah dialog bapa mertua aku sejak dari mula aku berkahwin dgn suamiku sehinggalah sekarang. Kalau aku kata aku dah kenyang atau tak mau makan, Ba tetap akan 'memaksa' aku makan dgn membelikan makanan favourite aku walaupun aku tak memesannya. So, kerana tak sampai hati ditambah pula dgn keimananku yg tak sekuat mana bila berdepan dgn makanan ni, aku makan jugalah sampai habis.

2. Sebab kedua ialah makanan2 kat Penang ni hampir semuanya sedap2 belaka. Betullah kalau orang melabelkan Penang sbg syurga makanan, cuma kita kena tahulah tempat yg mana satu sbb tak semua tempat makanannya sedap. Antara favourite aku kat Penang ni ialah:

i. Air soya yg dijual dkt simpang masuk Jalan Makloom tu- entah kenapa, sedap betul air soya dia ni. Rasanya special sgt. Ramai peminat air soya ni sebab aku selalu melihat org berkerumun dekat stall dia, ada yg stop motor atau kereta di tepi jalan semata-mata utk minum air soya kat sini. Aku dan suami pun memang wajib minum air soya ni setiap kali kami ke rumah Ba. Bukan setakat sebungkus, kadang2 sampai 2 bungkus aku boleh habiskan sekali minum. Mcm manalah tak bertambah berat badan aku...?

ii. Laksa Penang yg dijual kat Rope Walk dan Astaka. Laksa yg dijual kat 2 tempat ni mmg betul2 ori dn 'piau'. Sedap sangat2 sehinggakan kalau makan semangkuk rasa tak puas. Bila dah habis makan, kita masih boleh terbayang2 lg kesedapannya.

iii. Tosei, capati, roti canai dan roti telur. Yang ini semua aku tak pasti tempatnya tp menurut kata Ba, kedai tu kecil dan terletak kat tepi jalan saja. Semua Indian food yg dibeli dari kedai ni sedap2 dan lebih sedap dari yg dibeli dari kedai mamak yg besar2. Rasa sedapnya lain, rotinya lebih lembut dan kari dan juga kuah dhalnya lebih terangkat. Setiap kali Ba belikan aku makanan2 ni, aku terus terlupa diri dan hakikat yg aku ni perlu diet.

iv. Pulut udang yg dijual di tepi Jalan Makloom. Harganya RM 0.70 sen sebiji tp berbaloi sbb rasanya sgtlah sedap. Saiznya juga agak besar dan intinya sedap dgn gandingan udang basah dan juga udang kering dan rasanya manis2 pedas.

v. Ais kacang special yang dijual di Astaka. Semasa aku nak bersalinkan Wafriy, aku mengidam nak makan ais kacang ni, Ba lah yg bersusah payah membelikan aku dan menghantar ke wad bersalin. Ais kacang ni memang sedap, mcm ada campuran ais krim soda rasanya. Ada pelbagai isi dan buah2an dan juga diletakkan ais krim di atasnya.

Sebenarnya ada byk lg makanan yg sedap kat sini, cuma aku yg tak ada masa nak menulis tentang semuanya. Rasanya orang kat Penang ni beruntung sbb ada byk pilihan dari segi makanan ttp of course kita kena beringat jugalah kan sbb kebanyakan penyakit yang datang pun berpunca dari makanan.

Semalam aku sekeluarga bersama Ba pi makan2 kat Padang Brown (ada yg sebut padang Broom), salah satu tempat makan yg paling popular kat Penang ni. Kat sini makanannya semuanya sedap2 sehinggakan tak tau nak buat pilihan nak makan apa. Kalau ikut hati rasa nak makan semua yg ada kat situ.

Suamiku makan pasembor. Sedap sangat.

Makanan kegemaran bapa mertuaku- nasi goreng bersama telur mata kerbau. Makan kat mana pun, inilah yg Ba akan order.

Char Hor Fan untukku- aku makan sehingga ke titisan yg terakhir sebab terlalu sedap. Diet aku bersambung esok ya, hehe.

Sate untuk dimakan semua. Sedap juga.

Wafriy mmg suka makan sate.

Wildan spt biasa, cuma minum milo ais.

Mainan yg turut dijual kat situ. Kalau tak beli, buat perangai pula nanti.

Lepas makan kat Padang Brown, suami bawa ke Padang Kota Lama pula.

Main flying saucer kat Padang Kota Lama. Enjoy betul anak2 dan suami.

3 comments:

  1. Ina buat n3 ni saja nak bagi fizin terliur aje he..he.. Tak sabar nak balik kampung!!!! Pulut udang & laksa memang makanan kita. Kat sini x ada pulut udang tapi pulut panggang. Isinya bukan macam kita punya tetapi letak isi ikan. X sama!! Best kan kalau dapat duduk kat tempat sendiri..hua..hua...

    ReplyDelete
  2. ina - fizin pun x start2 lagi diet - kononnya raya nanti nak jadi macam Erra Fazira - em..em... dalam mimpi aje la kot he..he..berapa hari ni takut nak timbang berat - takut naik ha.ha..masa makan tu x ingat tapi time nak timbang tu tahu pulak takut he..he..

    ReplyDelete
  3. Takpa Fizin sbb Fizin ni mmg dah semulajadi small size. Ina tgk walaupun Fizin kata Fizin tak diet, badan Fizin maintain je. Ttp slim and slender. Fizin tau tak, ina selalu terliur bila tgk Fizin mkn satar dan keropok lekor terengganu, favourite ina tu.Kalau boleh pos kan best.

    ReplyDelete

What say you?