Saturday, July 10, 2010
Wildan @ 6.30 am
Hehe, kesiannya kat anak Ibu ni. Tp inilah keadaannya setiap pagi selepas aku siapkan dia untuk pergi tadika. Sementara menunggu aku dan suami bersiap, dia mesti akan sambung tidur sama ada kat atas kerusi ni atau di atas katil Dadi dia. Sampai ternganga mulut... Bila masuk kereta nanti, dia akan tertidur lagi sampailah kami tiba ke tadika dia.
Kesian kan budak2 sekarang, semasa aku berumur 5 tahun dulu, aku masih bebas utk tidur dan bangun sesuka hati, kemudian di waktu siang, aku boleh buat apa yg aku suka. Tetapi di zaman sekrg yg semakin mencabar, anak2 seusia 5 tahun dah kena bangun pagi, dah kena pergi tadika dan dah kena belajar mcm2. Bagi Wildan sendiri, setiap hari dia kena bangun pukul 6.15 pagi, belajar di tadika dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari. Selepas tidur sebentar, dia sambung belajar KAFA sehingga pukul 5.30 petang. Kesian, tp itulah tuntutan hidup. Disebabkan inilah, bila di rumah aku tidak pernah menyuruh dia mengulangkaji pelajaran kecuali ketika ada peperiksaan sahaja. Biarlah dia bermain sepuas-puasnya, dia masih kecil dan masih berhak utk menikmati zaman kanak2 sebaiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?