Sunday, July 11, 2010
Dinner @ RFC
Semalam bawa Ba ( bapa mertua) jalan2 kat Lagenda Heights. Kesian pula tgk Ba asyik terperap kat rumah. Minggu ni kami ambil Ba tinggal dgn kami dan Mama pula pergi ke rumah emak saudaraku di Penang. Beginilah yg kami amalkan sejak kebelakangan ini, especially slps ketiadaan arwah Mak. InsyaAllah, kami tidak akan mempersiakan peluang yg Allah beri kepada kami untuk berbakti kepada ibu dan bapa sementara mereka masih ada.
Slps jalan2, kami singgah di RFC utk makan malam. Selalunya pilihan Ba mestilah restoran mamak tp semlm setelah diberi pilihan, Ba memilih utk ke RFC. Bagi orang utara ni, RFC mmg tdk asing lg dan kebanyakannya memilih RFC berbanding dgn fast food restaurant yg lain. Aku dan suami sendiri lebih menggemari makanan kat RFC. Ayam2 yg digunakannya mmg sah halal, bersih dan lebih sihat kerana mereka menggunakan ayam organik yg diberi makan herba2 pilihan dan diperdengarkan nasyid, zikir dan Al-Quran sewaktu di dalam peliharaan. Memang ada bezanya dari segi rasa dan tekstur. Aku ni kan cerewet sikit (banyak kut) dlm bab makan ni, kalau aku tgk ayam tu keras atau npk masih ada darah atau bau semcm, mmglah aku tak makan. Tp semuanya berbeza dgn ayam RFC ni, langsung tak hanyir dan berbau. Paling aku suka kat RFC ni ialah mashed potato dia, mmg sedap dan lebih sedap dari tempat yg lain.
Cuma yg tak berapa tahan sikit ialah servisnya yg agak slow. Aku pernah menghantar sms pada nombor yg tertera kat restoran tu utk sebarang aduan atau komen tp tak mendapat apa2 respons. Bukan apa, aku sayangkan produk orang Islam ni. Mereka mempunyai produk yg hebat, ttp kalau dibiarkan begini, lama- kelamaan mereka berisiko utk hilang pelanggan. Sayanglah kalau terjadi begitu.
Fries kesukaan Wildan dah habis, nasib baiklah aku bawa wafer ni, kalau tidak mahunya dia buat 'drama minggu ini' kat sini.
Si kecik ni suka makan nugget dan minum Radix Koko ais. Nugget RFC pun sedap, lebih besar dan sedap dari yg lain.
p/s: Entry ni bukan promo ya, aku takda apa2 share dlm RFC ni, hehe . Sekadar berkongsi info dan pendapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fizin teringin betul nak rasa ayam RFC nie - agak2 raya ni boleh x? Tapi takkan balik raya kat kg nak makan ayam? dah la raya semua jamu ayam kan?
ReplyDeleteBagi ina, ayam RFC lg sedap dari KFC. Tp musim raya selalunya kita dah jadi tak lalu nak mkn ayam sbb dah terlebih mkn ayam kan.
ReplyDelete