Sunday, July 11, 2010

Memori Reunion SKSKI

Sepatutnya dah lama aku buat entry ni, kononnya aku menanti masa yg sesuai, menanti masa terluang yg aku ada agar aku dapat menulis sebaiknya dan seindahnya. Tp aku sedar saat itu takkan tiba krn ternyata dari hari ke hari beban kerja semakin bertambah dan esok aku sudah akan menyambung pengajianku di USM. Jadi hari ini aku ingin mencuba sedaya upaya utk menulis entry ini sebaiknya di dlm masa yg sgt terhad ini- REUNION SKSKI.

Kalau bukan krn Facebook, tak mungkin kami semua bertemu. Beberapa bulan merancang, akhirnya Alhamdulillah kami semua berjaya dikumpulkan dlm Reunion SKSKI bertempat di Anisani Village Resort di kampung yg tercinta Sg Kechil Ilir.

Kami semua ialah rakan sekolah rendah ( ada yg bersambung hingga menengah) di Sekolah Kebangsaan Sg Kechil Ilir, Bandar Bharu, Kedah bermula dari tahun 1982 hingga 1987. Selepas habis sekolah rendah, kebanyakan kami menyambung pengajian di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin, ada yg ke sekolah lain dan ada juga yg tidak lagi meneruskan pengajian. Selepas sekolah menengah, kami masing2 membawa haluan sendiri, ada yg menyambung pelajaran, ada yg terus bekerja dan ada yg mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, pada tarikh keramat 13 Jun 2010, kami semua bertemu kembali setelah terpisah lama oleh masa, keadaan dan cabaran kehidupan.


Ini ialah antara detik2 awal kami semua bertemu. Memang tidak dapat dibayangkan perasaan masing2 ketika ini, antara gembira dan sebak, malah ada yg menitiskan air mata. Memang tak sangka dapat bersua semula.....Masing2 dah berubah. Paling ketara tentulah bentuk badan, maklumlah semua dah jadi mak orang. Tetapi sudah tentulah semuanya kelihatan lebih cantik dari dulukan, dulu2 rambut mengerbang, kulit berminyak dan berkilat dan baju pun main pakai saja. Sekrg semuanya dah up to date, dah pandai bermekap dan dah pandai bergaya.

Ini dia geng2 sahabat perempuan yang datang. Dari kiri Juismawati, Laila Sanirah, Norhazlina, Zapida, Asmah, aku, Zainab, Siti Suhaida dan Hafidzin. Ketika ini Azizah belum sampai lagi. Azizah ialah rakan sekolah menengah yg turut join dlm reunion kami.


Aku bersama Fizin dan Pida. Fizin (berbaju hitam) ialah salah seorang sahabat baikku dari kecil sehinggalah sekrg. Kami menjadi bertambah rapat apabila mamaku dan Ibu Fizin turut bersahabat baik. Banyak benda yg kami kongsi bersama dan aku rasakan persahabatan kami sebenarnya lebih kepada persaudaraan. Sewaktu kecil dulu, kami berdua selalu sakit kepala dan selalu tidur di Bilik Kesihatan kat bawah bangunan sekolah rendah tu sehinggakan pernah ditegur oleh guru kelas kami, Cikgu Marzilah. Kami berdua suka membaca novel dan suka mengarang surat. Jangan tak tahu, kami berdua pernah plan nak lari dari rumah bila mendapat keputusan yg teruk dlm exam, hehe. Mesti Fizin tersenyum bila membaca tentang ni. Nasib baiklah kita tak lari ya Fizin, kalau tidak tak tahu apa nasib kita sekarang ni. Persahabatan kami diteruskan sehinggalah remaja dan juga sehinggalah sekrg. Sekarang Fizin menjadi surirumah sepenuh masa kepada seorg suami yg kaya raya (jgn marah fizin, kenyataan ni) dan ibu kepada sepasang anak dan menetap di Terengganu.

Pida pula kukenali sewaktu di sekolah rendah tetapi kami menjadi lebih rapat ketika di sekolah menengah. Dia seorang yang sgt peramah dan kelakar dan kami mula menjadi rapat apabila sama2 menyertai kumpulan nasyid sekolah dan sama2 menjadi pengawas sekolah. Dari dulu sehingga sekarang Pida ni tersangat pandai bergaya. Ketika kami menghadiri aktiviti ko-kurikulum sebelah petang di sekolah, semua pelajar perempuan yg lain memakai tudung spt biasa ttp Pida datang dgn ikatan tudung yg siap berbelit-belit kat atas kepala, hehe. Bila tiba zaman muzik Rap dan GQ, Pida pun turut sama menjadi rap dan GQ dan aku masih ingat di buku, fail dan juga beg sekolahnya tertulis Zapp the Super Rap. Dia sgt meminati Vanilla Ice ketika itu dan potongan rambut dan pakaiannya turut berubah. Pida sekarang semakin cantik dan semakin pandai bergaya sehinggakan ada kawan2 yg tidak mengenalinya sewaktu bertemu di Reunion dulu. Pida bakal bergelar ahli perniagaan tak lama lagi dan sudah mempunyai seorang anak. Kebetulan pula, suami Pida pernah berkawan baik dan pernah bersekolah yg sama dgn suamiku. What a small world!

Aku bersama Yatie, Zainab dan Asmah. Yatie ( berbaju biru sebelah kanan) ialah sahabat baikku sewaktu di Darjah 5 dan 6. Selain dari kami berdua, seorg lg geng trio kami ialah Zaihasni (tdk turut serta). Kami bertiga sentiasa bersama kemana sahaja kami pergi dan adakalanya kami bergaduh dan adakalanya kami bermasam muka. Adatlah kan tu. Yg kelakarnya bila kami bergaduh atau merajuk, kami akan meluahkan segalanya melalui surat dan lagu. Salah satu lagu kenangan kami berdua yg aku masih ingat ialah "Saat aku kehilanganmu" dari Francisca Peters.
Ketika di sekolah menengah, hubungan kami agak renggang setelah tidak lagi belajar sekelas. Namun, dari masa ke semasa kami tetap berhubung sehinggalah tamat sekolah menengah, kami terpisah terus. Yatie sekarang bergelar pendidik dan mempunyai seorg anak.

Bila melihat Asmah ( berbaju pink), aku teringatkan 2 perkara. Yg pertama, adiknya yang juga merupakan adik angkatku yg telah meninggal kerana demam panas sewaktu usianya 8 tahun. Kematiannya merupakan satu kejutan untuk keluarganya dan juga seluruh sekolahku kerana arwah merupakan seorg pelajar yg pintar, cerdik dan aktif. Di hari kematiannya, kami berbaris dan berjalan kaki ke rumahnya yg agak jauh dari sekolah bagi melawat jenazah. Yang kedua, aku teringatkan sungai di tepi rumahnya yg menjadi tempat permainan aku dan kawan2. Selalunya kami mandi sungai sebelah petang selepas kelas Fardhu Ain di masjid ttp adakalanya kami ponteng kelas tersebut semata-mata utk mandi dgn lebih lama kat sungai. Pernah sekali aku dan kawan2 ( antaranya Fizin, Ju, Pida dan beberapa yg lain) balik awal dari sekolah untuk mandi di sungai tersebut. Aku sendiri tak pasti bagaimana kami boleh terlepas dari sekolah dan tiada sesiapa pun yg tahu ttg kegiatan kami. Asmah sekarang mempunyai seorg anak dan memiliki tadikanya sendiri di Sg Petani.

Zainab pula kini bekerja di sebuah kilang di Penang dan mempunyai 3 orang anak. Rasanya bila sebut nama Zainab, semua kawan2 teringat kenangan dia terjatuh dan patah tangan sewaktu di Darjah 3. Semua orang, terutama sekali Cikgu Mohd Zaki panik ketika itu. Sewaktu di sekolah rendah dulu, Zainab rapat dgn Pida, Norhashimah dan Norlela. Yg kelakarnya memandangkan rumah Zainab sangat dekat dgn kawasan perkuburan, aku selalu tanyakan dia " pernah nampak hantu tak kat rumah Nab?".
Yang berbaju hijau di sebelahku itu Ju, kawan baik Fizin semasa di sekolah rendah. Aku sendiri mmg rapat dgn Ju. Sewaktu kecil dulu aku kerap berkunjung ke rumah Ju krn suka dgn suasana rumahnya yg tenang dan dikelilingi pelbagai jenis pokok dan juga sebatang sungai. Paling aku suka ialah buah rokam yang tumbuh lebat di belakang rumah Ju. Ju banyak memperkenalkan pelbagai buah2an dan ulam2an kampung kepadaku, antaranya buah jentik2, buah mata itik, ulam pucuk paku, cendawan kayu, cendawan setahun dan banyak lagi yg aku dah lupa. Kerana Ju juga, aku mula berjinak2 dgn dapur krn aku kagum melihat Ju yg sudah boleh memasak sejak dari sekolah rendah lagi. Aku juga kerap datang utk mandi di sungai yang terletak di belakang rumah Ju bersama-sama adikku Ayush. Kini Ju bekerja di sebuah kilang dan kembali menetap di kampung bersama keluarganya dan mempunyai 3 orang anak.


Yang ini Laila Sanirah, seorang sahabat yg kelakar, periang dan peramah. Merupakan surirumah dan mempunyai 3 orang anak. Laila merupakan antara sahabat kami yg berkahwin paling awal. Ketika aku menjemputnya utk datang ke kenduri kahwinku, dia sudah pun mempunyai 2 orang anak lelaki yang sudah agak besar. Terasa malu pula aku ketika itu. Sewaktu di sekolah rendah, Laila aktif bermain bola jaring dan dia juga merupakan salah seorang ahli pasukan boria bersamaku. Teringat lagi dia menjerit 'yariba, yariba' ketika persembahan boria sekolah kami dulu.




Yang memakai tudung putih tu kami panggil dia Na Bobo. Aku pun tak pasti bagaimana dia mendapat gelaran tu tp aku merasa sgt terhutang budi dgn dia. Ketika di sekolah rendah dulu, Na lah yg akan carry aku di atas basikalnya ketika tayar basikalku pancit atau ketika aku sakit. Kami ( aku, yati dan Na) selalu ke sekolah dan kelas Fardhu Ain sama2. Mereka berdua akan datang ke rumahku dan kami akan menaiki basikal bersama2. Mungkin kerana sifatnya yg baik dan agak pendiam itu membuatkan aku selalu meminta pertolongannya dan dia tdk pernah membantah walaupun sekali. Ketika bertemu sewaktu Reunion dulu, aku berkesempatan memohon maaf padanya seandainya aku pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikannya dulu.

Yang berbaju coklat tu ialah Azizah, salah seorg sahabat baikku ketika di sekolah menengah. Azzizah juga berkahwin pada usia yg agak muda dan sekrg mempunyai 4 orang anak dan menetap di KL.

Bagi kawan2 lelaki pula, yang dapat turut serta pada reunion kali ini ialah Suhardi, Mohd Zaki, Fakarul dan Sabri Din. Suhardi (berkaca mata) kini telah pun bergelar seorg doktor yang bertugas di Alor Setar dan mempunyai 4 orang anak. Sewaktu di sekolah rendah dulu, aku, Suhardi dan Ana Haizat bersaing utk mendapat tempat tiga teratas di dlm peperiksaan dan selalunya Suhardi lah pemenangnya.

Fakarul (baju coklat, tepi sekali) bekas Ketua Pengawas kami dahulu. Ketika kecil, dia memanglah sgt nakal dan selalu mengusik pelajar perempuan. Tocangku pernah beberapa kali ditariknya, hehe. Mangsa utama dia tentulah Yatie yg duduk bersebelahan dia. Sekarang Fakarul bekerja dgn Petronas, mempunyai 4 org anak dan menetap di Padang Serai.

Yang berbaju pink tu ialah Mohd Zaki, mangsa buli dari dulu sehinggalah sekarang. Dia mmg comel sewaktu di sekolah dulu dan selalu tersenyum walaupun kena buli. Sekarang dia dah pun bergelar seorg engineer, mempunyai 2 orang anak dan menetap di Bertam.

Yang hujung sekali berbaju hitam dan putih ialah Sabri Din. Semasa di sekolah dulu, dia merupakan pelajar lelaki plg tinggi dan aku pula pelajar perempuan plg tinggi. Disebabkan itu, kawan2 dok gossip kami berdua sehingga menyebabkan kami jadi segan dan terus jarang bertegur sapa. Sekarang Sabri bekerja di kilang dan sudah pun mempunyai 2 org anak. Smg Sabri cepat sembuh dari penyakit yg dideritainya sekrg.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai reunion kami yang berakhir kira-kira pada pukul 7 malam walaupun dlm plan asal ianya dijangka berakhir pd pukul 6 ptg. Terlalu byk cerita yg ingin kami kongsi setelah berpisah bertahun2. InsyaAllah, aku pasti akan menyusul nanti reunion SKSKI kali ke 2 memandangkan semakin ramai lagi kawan2 lama yg kami berjaya jejaki melalui Facebook sejak akhir2 ini.

Buat kawan2 SKSKI, terima kasih di atas segala-galanya. Memori manis bersama kalian sewaktu bersekolah rendah dulu pasti terpahat selamanya di dalam hatiku.

5 comments:

  1. Rajin sungguh Kaz menulis...rasa teringat balik kenangan kita reunion hari tu...

    ReplyDelete
  2. Dari petang sampai ke malam pulun buat entry ni. Kalau dibiarkan, takut terlupa pula.

    ReplyDelete
  3. Orang yang nama Fidzin tu cam control ayu jek...Nampak macam tahan nafas...Control Ayu ke control Perut??...Wa Ka ka ka ka....

    If Kaz nak tahu,beriya2 org tu punya la nak diet, edisi khas utk reunion tu..tapi hanya diet di bibir..ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Tapi Fizin mmg slim habis masa reunion tu. Dlm gambar npk mcm berisi tp bila tgk in real life, fizin mmg maintain slim.

    ReplyDelete
  5. berapa kali nak amboi ya kat bidadarindu tu - kat mana2 ada saja komen dia tu...ha2..
    Kaz - pasal suami fizin yang kaya raya tu harap jadi kenyataan la. Doa tu kan? he.he.he.
    enjoy sangat baca n3 pasal reunion kita tu..Tahun depan boleh kita buat lagi kan?
    Pasal slim tu ina he..he.. kelakar betul..Sekarang semua dah bulat, pipi bulat, perut bulat & mcm2 la bulat - agak2 raya ni boleh tak balik kg dengan perasan kurus?he..he..

    ReplyDelete

What say you?