Aku mmg cukup pantang kalau nampak rambut anak2 dah panjang. Bagiku budak lelaki kena berambut pendek dan kemas, baru nampak 'proper'. Tapi barber pilihanku ialah barber yg ada dekat rumah bapa mertuaku di Penang. Aku dah pernah try potong rambut anak2 kat barber di SP ni tp aku tak berkenan dgn hasilnya. So mahu tak mahu terpaksalah aku tunggu sehingga kami balik ke Penang utk potong rambut anak2ku yg semakin panjang ini.
Rambut wafriy lurus dan lembut. Fashion rambut yg aku 'decide' utk dia ialah potongan ala helmet. Teringat aku budak lelaki cute dlm cerita TV lama "Eight is enough" yg mempunyai potongan rambut ala helmet ni.
Rambut Wildan pula jenis kerinting besar. Selalunya aku suruh barber tu potong pendek mcm potongan biasa utk budak sekolah tetapi kali ni Wildan dah beritahu aku dia nak rambut spiky mcm Abg Emil. Bila sampai kat kedai gunting rambut tu, berulang kali dia beritahu barber tu dia nak rambut spiky. Aku ikutkan saja kemahuan dia walaupun aku tahu susah nak buat rambut kerinting jadi spiky. Slps gunting, barber tu letakkan gel, so jadilah spiky hair kejap tp bila dah mandi dan dah habis gel tu dibasuh, hilanglah spikynya. Kesian Wildan, dia merungut kenapalah rambut dia tak leh jadi mcm rambut Abg Emil. Tak palah Wildan ya, people are special in different ways.
Suamiku pun potong rambut juga. Aku curi2 snap gambar ni sbb suamiku kata segan aku dok snap gambar dalam kedai gunting rambut ni. Mesti barber2 ni heran apahal aku dok pulun snap gambar dlm kedai diaorg.
Ni dia rambut terbaru Wafriy, tunggu panjang sikit baru npk potongan ala helmet tu.
Ini dia spiky hair yg diidamkan Wildan, setelah uncle barber tu letak gel kat rambut dia.
No comments:
Post a Comment
What say you?