Saturday, July 17, 2010

Aktiviti di petang Sabtu



Dalam perjalanan ke rumah Idayu, kawan sekolej yg buat kenduri kesyukuran kat Sg Dua hari ni. Cantik rumah Ayu, 2 setengah tingkat lagi. Dia ada maid, bolehlah tolong uruskan rumahnya yg besar dan luas tu. Kalau untuk orang yg takda maid mcm aku ni, boleh pengsan jugalah.




Dari rumah Ayu, aku sekeluarga ke Penang kerana suamiku ada urusan di WOU (Wawasan Open University). Selalunya kami guna Penang Bridge utk ke Penang ttp kalau utk ke WOU, feri menjadi pilihan yg lebih praktikal kerana lokasinya. Anak2 lebih suka menggunakan feri krn mereka suka melihat pemandangan laut dan kapal2 yg ada. Aku pun suka juga, cuma yg tak tahan ialah part kena menunggu lama sebelum masuk ke dlm feri tu sajalah.

No comments:

Post a Comment

What say you?