Salam utk semua. Dah lama juga saya tak update blog ni ya, bukan setakat nak update, nak baca blog kawan2 pun saya tak sempat. Memang sekrg ialah masa yg sgt2 kritikal utk saya, tinggal lebih kurang sebulan setengah saja lagi dateline utk saya submit thesis, begitu juga dgn final exam, itu belum lg dikira dgn assignment dan juga kerja kat ofis yg semakin hari semakin mencabar kesabaran jiwa.
Apapun hari ni saya curi juga sedikit masa utk update blog ni krn tak nak terlepas 'rakamkan' hari yg sgt istimewa utk saya sekeluarga. Hari ni genaplah usia anak sulung saya 6 tahun. Happy birthday to our darling Wildan. Dah besar dah anak Ibu ni ya. Teringat lagi kenangan mengandungkan dan bersalinkan dia 6 tahun yg lepas di Strand Specialist Centre, SP ( sekrg Pantai Utara Specialist Centre). Tunggu punya tunggu, Wildan tak nak keluar lagi dari perut saya biarpun dah beberapa hari melepasi due date. Akhirnya doktor (Dr Somaskandar) arahkan saya di induce. Semalaman menanggung sakit yg teramat, keesokan paginya sakit itu hilang begitu saja ttp Wildan tak juga keluar. Bila nurse check heart beat baby, katanya baby dah stress dan heart beat dah agak slow. Dr Somaskandar kata tiada pilihan lain kecuali saya di c-sect dgn kadar segera. Punyalah terkejut saya dan suami sbb tak sangka langsung akan kena c-sect tapi Allah lebih mengetahui. At last pada pukul 7.21 pagi, lahirlah anak sulung kami dan itulah dia Muhd Zharfan Wildan. Seperti maksud namanya, dia mmg seorg anak yg sgt bijak, pintar dan petah berkata-kata. Alhamdulillah, dia dan adiknya adalah anugerah terindah dari Allah utk saya dan suami.
Disebabkan saya busy buat preparation utk exam saya ptg tadi, kami cuma buat celebration secara simple saja dulu tp saya berbangga sbb dlm sibuk2 study, saya sempat juga buat chocolate cake utk dia. InsyaAllah, minggu depan kami akan celebrate di tadika Wildan pula.
Semoga Wildan ( dan juga Wafriy) akan menjadi anak2 yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Ibu loves both of you so very much with all my heart and soul.
Ini dia chocolate cake yg saya buat. Biasa saja, belum pro lagi especially bab menghias kek ni. Tapi kira ok lah kan?
Sibuk nak buka hadiah. Wafriy pun dapat hadiah juga, kalau tak dapat jenuhlah dia tunjuk perasaan.
Ini dia hadiah yg dia nak sgt2. Ben 10 Alien Maker, hadiah dari saya dan suami.
Selamat ulang thn yg ke-6 buat Wildan..
ReplyDeleteLama akk tunggu entri baru Kaz.. Takpa lah Dah sibuk,apa nak buat.Tp sempat lagi buat kek coklat tu.Baguslah sbb sesibuk mana pon kita takkan harijadi anak nya kek pon nak beli kan..Akak dulu pon asyik beli jer.Bila selalu buat,lama2 dh terror sikit...jd senanglah w/pon tak cantik macam yg kt kedai tu..(perasan terror lak akak ni..)
Happy Belated Birthday Wildan...dengar cakap ibu ngan ayah tau..jadi anak yang baik...nanti boleh dapat hadiah lagi....he he...
ReplyDeletesedapnya nampak kek coklat tu..danish,lebihan coklat ummi dia buat kek tu dia mkn ngan roti utk ganti jem...
Salam Kak Pia, tq sbb sudi jenguk2 blog Kaz yg tak seberapa ni. Mmg rindu kat kawan2 bloggers tp nak buat mcm mana, kalau tak habis thesis ni tak grad lah jawabnya.
ReplyDeleteBetul tu, busy mcm mana pun, anak2 tak leh diabaikan dan npknya Wildan pun lebih appreciate kek yg ibu dia buat sendiri ni.
Salam Bidadarindu, lama betul tak communicate dgn Bidadarindu ye. Jalan sakan nampaknya org tu. Dgr kata Yan dah dok buat bisnes kek ye sekrg, baguslah tu. Tabik kat dia sbb ada anak kecil pun masih boleh buat bisnes.
ReplyDelete