Thursday, February 3, 2011

Ketika dalam kesulitan

Taken from GoogleImage


Inilah saya sekrg. Sangat2 busy dan tak cukup kaki, tangan dan otak. Smg Allah permudahkanlah hidup saya, berikan kesihatan mental, fizikal dan spiritual yg baik utk saya sekeluarga dan smg kejayaan akan menjadi milik saya nanti.

Time2 gini teringat pula doa ni:

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya
Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

InsyaAllah doa ini sgt baik diamalkan dalam apa jua keadaan pun. Rasanya semua ibu2 mengamalkan ayat ni ketika hendak bersalinkan? Tadi semasa google kat forum, ada juga seorg Ustaz tu kata ayat ini boleh dibaca ketika kita merasa resah gelisah atau lemah semangat. Pengalaman saya sendiri ketika drive sorang2 11 tahun yg lepas di dalam hujan lebat dan jalan yg sgt sesak, tiba2 tak fasal2 aircond kereta buat hal (walhal kereta tu baru dibeli 2 minggu), tiba2 cermin kereta jadi kelabu dan berkabus dan saya tak nampak langsung jalan. Punyalah panik sgt2 dan entah mcm mana teringat doa ni dan saya terus baca beberapa kali dan berdoa pd Allah. Tiba2 cermin yg tadinya kelabu dan berkabus menjadi semakin terang walaupun keadaan masih sama ( hujan lebat dan aircond tak dpt digunakan). Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dan juga kereta baru saya tu, haha.

Sama-samalah kita amalkan ya. InsyaAllah.

4 comments:

  1. Kaz...doa itu la yang akak baca setiap kali sakit nak bersalin.Sampai dah terhafal dah..dan selalu baca bila susah hati dan dlm keadaan resah gelisah.
    Apapun akak doakan yang terbaik buat kamu dan keluarga,semoga berjaya dalam keluarga dan tabah menghadapi dugaan2 yaa...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih akak. Mmg betul, doa ni patut dijadikan amalan seharian dan bukannya ketika terdesak saja. Tq atas doa akak tu, begitu jugalah utk akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Kaz...sibuk sungguh kamu sbgai ibu dan wanita bekerja kan.Itulah akak nak ucap kat kamu "semoga berjaya dalam kerjaya dan bahagia di samping keluarga.."
    Akak pun tak de masa sgt,curi2 je ni..

    ReplyDelete
  4. Salam Kaz, thanx for the doa, nanti nak hafal!

    ReplyDelete

What say you?