Sunday, November 27, 2011

I am so proud of you my husband.



Congratulations to my beloved hubby for receiving the award of 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang'. He definitely deserves to get this due to his hard work, great effort, dilligence, perserverence, dedication and commitment in carrying out his duty as the Head of English Unit.

As a wife, I am truly happy and proud of his achievement and success. I know how hard he works, I know how seriously he takes his job and I know how much he has sacrificed and will always sacrifice for the betterment of the English Unit.

May Allah protect and bless you forever dear. We love you so very much. Congratulations again and again my beloved husband.

Posted via Blogaway

Thursday, November 24, 2011

Sebab apa Wafriy menangis???



Nak tau kenapa budak kecik ni menangis? Bila gi ambik dari nursery petang tadi, Wafriy terus beritahu yg seorg lg kawan dia bawa i-pad gi nursery, so dia pun minta dibelikan dia i-pad juga. Punyalah dia merengek dan menangis2 di dlm kereta "nak i-pad, nak i-pad".

Aduh anak Ibu ni, kalau minta coklat ke, keropok ke atau mainan ke, bolehlah Ibu belikan tapi ni nak i-pad! Tak mungkinlah Ibu beli Sayang. Ibu dan Abah taknak anak2 Ibu dan Abah menjadi 'spoilt' dan tidak tahu bersosial krn terlalu asyik dgn dunia games kat dlm i-pad tu. Minta maaf ya tapi Ibu nak Wafriy tahu  Ibu dan Abah tak mungkin akan penuhi permintaan Wafriy yg satu  ni demi kebaikan Wafriy dan Abg Wildan juga.

Posted via Blogaway

Saturday, November 19, 2011

Sayang cucu



Seronok tgk anak2 bermanja dgn Tok Ba mereka. Bg saya anak2 saya cukup bertuah kerana dpt merasa kasih sayang seorg datuk selain drp parents dan Dadi (nenek) mereka. Saya sendiri tak berpeluang mengenali dan merasa kasih sayang dari seorg datuk krn kedua-duanya telah meninggal sblm saya dilahirkan.

Seronoknya ada datuk dan nenek ni, antaranya ialah datuk dan nenek lebih sporting dgn cucu2 mereka. Mintalah apapun, mesti dapat. Buatlah apapun, semuanya ok. Wildan dan Wafriy ni dah cukup pandai, kalau gi mana2 dan saya dan suami cakap " no toys, no cd", cepat2 diaorg minta drp Dadi atau Tok Ba dan of course jawapannya ialah "nanti Dadi beli" atau "nanti Tok Ba beli".

Yg hairannya datuk dan nenek ni bukan main sporting lg dgn cucu2 mereka ttp semasa mereka menjadi parents dulu, bukan main lagi tegasnya dgn anak2 mrk. Mama saya contohnya agak tegas ketika mendidik saya dulu ttp sekrg punyalah manjakan cucu2nya. Begitu juga dgn Tok Ba yg menurut suami saya, merupakan seorg yg sgt serius dahulunya ttp sekrg boleh berpeluk-peluk dan bergurau senda dgn cucu-cucunya.

Apapun saya bersyukur krn anak2 saya dapat dibesarkan dlm suasana extended family dan smg ianya akan mengajar mereka utk menghargai org yg lebih tua drp mereka.

Posted via Blogaway

Tuesday, November 15, 2011

Rindunya.....



Rindunya kat mereka bertiga ni. Esok mlm Ibu balik ya. Ibu dah beli apa yg Wildan dan Wafriy pesan. Beg Angry Bird, jam Angry Bird dan toys. Kat Abah, Dadi dan Tok Ba pun ada juga. Nasib baik hotel ni dekat aje dgn shopping complex. Bila ada free time je, terus lintas jalan dan shopping. Biasalahkan, org perempuan, kat mana dan sesibuk mana pun, shopping ttp tak boleh tinggal.

Tak sabarnya nak peluk dan cium anak-anak Ibu.

Posted via Blogaway

Thursday, November 10, 2011

Sayangkan Anak Tinggal- tinggalkan



Betul ke ni? Apa yg pasti saya rasa sedih sgt sekrg krn terpaksa meninggalkan anak-anak kesayangan saya ni (termasuklah juga Abah mereka) selama 6 hari bermula esok. InsyaAllah, saya akan ke KL utk mark exam paper dan mungkin sbb dah lama saya tak tinggalkan mrk, hati ni rasa sayu sgt. 6 hari tu lama juga kan?

Syukurlah, selain suami, Mama dan Ba turut ada kat rumah saya bg menjaga dan menemani Wildan dan Wafriy. Harap2, diaorg tak terasa sgtlah saya tak ada. Dan utk tak nak bg diaorg sedih, saya dah janji nak belikan diaorg mainan nanti. Wildan nak beg dan jam Angry Bird, Wafriy pula nak set mainan doktor. InsyaAllah, nanti Ibu beli ya.

Posted via Blogaway

Wednesday, November 9, 2011

Cerita hari raya aidil adha yg biasa-biasa saja

Dah beberapa hari berakhirnya hari raya aidil adha, hari ni baru saya berkesempatan nak update cerita sambutan hari raya aidil adha saya sekeluarga. Tak ada apapun yg interesting utk dicerita ttp terasa teringin pula nak update blog pagi ni. Sebenarnya sekrg kolej saya sedang bercuti 2 minggu."Pandai" sungguh org atas ni ya, hampir semua public holiday diselaraskan dgn cuti semester kami. Tahun depan, cuti Tahun Baru Cina pun di dlm cuti semester kolej. Maksudnya kami di kolej matrikulasi ni mmg tak banyak cuti, so cikgu2 di luar sana tak payahlah jeles dgn kami ya. Ok, dah terkeluar tajuk.

Hari raya aidil adha kali ni, kami celebrate kat rumah saya bersama Mama, Ba dan juga kakak ipar sekeluarga. Tak byk persiapan yg saya buat sbb cuma cuti sehari saja sblm raya. Nak mengemas lagi, nak gi market lagi, nak masak lagi, mmg tak cukup masa. Wafriy pula tak sihat, batuk dan muntah. So persiapan ala kadar sajalah.

Utk pagi raya, saya masak rendang ayam dan beli lemang Pak Teh yg popular dan jadi favourite org istana tu. Kakak ipar masak kuah kacang daging dan nasi impit. Saya mmg makan semua hidangan ni puas2 sbb lepas ni lambat lagilah nak jumpa, nak tunggu raya tahun depan pulakan. Utk lunch, saya masak nasi minyak dan ayam masak merah. Kakak ipar masak dalca daging dan goreng sayur campur.



At first, plan nak buat 4 jenis kek tapi bila dah petang raya tu kaki dah terasa lenguh sgt sbb byk sgt berdiri. So saya cuma buat 2 jenis kek iaitu kek alunan kasih dan kek lapis cheese pesona.

 Bangga betul saya dapat buat kek kaler2 mcm ni. Dahlah tu, rasanya pun sedap dan mmg jadi favourite semua orang terutama sekali mama dan anak saudara saya, Dira. Sampai licin piring kek tu dia makan.
Kek lapis cheese pesona ni saya ambil resepi dari blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Rupanya mcm comot je kan tapi sedap sangat. Dah 2 kali saya buat setakat ni atas request suami yg suka sgt makan cheese cake. Yg kelakarnya dlm resepi cakap sejukkan dlm peti ais selama 6 jam, yg saya buat ni tak sampai 60 minit dah tinggal setengah tray.

Disebabkan sibuk memasak dan melayan tetamu, saya tak sempat pun bergambar dgn family pada hari raya kali ni. Tak kisahlah kan, yg penting semuanya berjalan lancar. Bila dgr ramalan cuaca, kawasan SP ni akan dilanda hujan lebat dan banjir pada hari raya. Mmg dah risau dibuatnya tapi syukurlah Allah itu lebih berkuasa dari segala-galanya.

Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha dan Pengorbanan



Salam Aidil Adha utk semua. Smg setiap pengorbanan yg kita lakukan dibuat dgn hati yg ikhlas dgn niat semata-mata krn Allah taala. Usahlah kita harapkan setiap pengorbanan kita dihargai dan dibalas oleh manusia krn seadil-adil juri dan hakimnya hanyalah Allah swt. Sesungguhnya Dia maha mengetahui, maha melihat, maha mendengar dan maha berkuasa di atas segala-galanya. Oleh itu biarlah kita terus berkorban kerana pengorbanan itu pasti ada kemanisannya.

Posted via Blogaway

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday



I love this corner.

Posted via Blogaway