Sunday, July 22, 2012

Botak sudah...



Org lain sibuk bercerita fasal puasa, saya sibuk bercerita fasal Wafiya. Excited punya fasal! Satu dunia rasanya tahu yg betapa saya terlalu teringinkan anak perempuan. Semasa mengandungkan Wafiya, saya dpt rasa kelainannya berbanding ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy dulu. Antaranya ialah saya alah yg agak teruk di awal pregnancy. Saya juga tiba2 suka je nak make-up, pakai brg kemas dan minyak wangi. Selain tu, emotional jgn cakaplah, asyik nak merajuk je dgn husband hinggakan husband cakap "Abang rasa kita akan dpt baby girl lah sbb tgk ina ni emotional sgt". Satu lg perubahan yg ketara, saya tiba2 suka sgt warna merah. Bukan merah biasa tp merah cili hinggakan tema raya kami kali ni ialah merah cili. Nasib baik dpt husband yg sporting, dia ikut je pilihan saya.

Tiga kali gi scan kat klinik biasa, doktor tak nampak jantina baby. Ketiga2 doktor cakap tak sure. Disebabkan terlampau nak tahu, saya dan husband gi scan kat specialist. Bila specialist tu cakap " this is 200% a GIRL!", saya rasa mcm dunia ni saya yg punya. Syukur sgt2 pd Allah. Husband pun senyum je memanjang.

Sejak tahu baby girl, saya dan husband terus membuat persiapan. Part plg best mestilah time nak shopping baju. Mmg lari budget habis sbb bukan saya seorg saja yg excited, husband pun terlebih excited. 99% baju baby semuanya warna pink, warna lain mmg saya tak pandang dah!

Hari ni Wafiya baru berusia 9 hari, masih kuat tidur dan kuat juga menyusu. 2 hari lepas, kami buat sedikit majlis cukur rambut, cuma sekadar  panggil bidan dtg rumah. Kendurinya InsyaAllah slps raya nanti. So sekrg puteri saya ni dah botak. Hopefully rambut tu akan cepat tumbuh semula sbb ramai nak dtg melawat Wafiya raya nanti. Nanti tak cun lah bila nak pakai baju raya yg Ibu dan Abah dah beli byk2 tu.

Friday, July 20, 2012

Lahirnya puteri yg ditunggu



Salam semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan puteri pertama dan anak ketiga saya ni pd 14 Julai 2012, pukul 5.45 pg. Puteri ini kami namakan Naurah Addeena Wafiya yg bermaksud Bunga agama kami yg sempurna. Smg Wafiya akan membesar sbg anak solehah yg menjadi bunga penyeri hidup kami sekeluarga dan insan2 disekelilingnya. InsyaAllah, nanti ada masa saya ceritakan pengalaman melahirkan Wafiya kat blog ni.

Buat kawan2 semua, selamat berpuasa saya ucapkan. Npknya Ramadhan saya kali ni lebih meriah dgn kehadiran Wafiya walaupun ibu Wafiya sendiri belum dpt berpuasa.