Alhamdulillah, pada 14 Julai 2013, genaplah setahun umur puteri kesayangan saya ni. Satu tahun yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Betapa cepatnya masa berlalu, masih teringat lagi kenangan mengandungkan dan melahirkan puteri yang ditunggu-tunggu seisi keluarga ini.
Sekadar
untuk kenangan buat saya nanti, saya ingin berkongsi pengalaman melahirkan
Wafiya yg masih saya ingat sehingga kini.
13 Julai
2012
Pukul 3
pagi- Saya terjaga dari tidur, pergi ke tandas dan ternampak ada bleeding. Perut terasa bisa menyucuk-nyucuk. Hati
dah rasa tak sedap sebab serba salah nak pergi hospital atau tidak memandangkan
pada hari yg sama merupakan Hari Anugerah Cemerlang di sekolah Wildan. Saya
tahu kalau saya gi hospital mesti saya ditahan di wad dan saya akan terlepas
utk melihat Wildan menerima hadiah. Tetapi dlm masa yang sama of course lah
saya risaukan keadaan baby.
Saya
kejutkan suami dan suami dalam keadaan terkejut dan masih mengantuk terus cakap
jom kita gi hospital sekrg. Dalam keadaan bleeding yg semakin banyak, saya tahu
saya tiada pilihan lain. Cepat-cepat saya berkemas, kejutkan Mama, cium Wildan
dan Wafriy dan terus ke hospital. Dalam perjalanan, hati berdebar-debar dan
risau sangat dengan pelbagai kemungkinan
Sampai di
hospital, doktor pelatih periksa bukaan cerviks dan menurutnya baru 1 cm. Saya
minta izin dari doctor tu utk pulang dulu ke rumah bagi menghadiri Majlis
Anugerah Cemerlang Wildan dan doktor tu kata dia perlu meminta kebenaran dari
doctor pakar. Bila doctor pakar datang dan memeriksa saya, doctor terus arahkan
saya ditahan di wad kerana walaupun bukaan baru 1 cm tetapi contraction dah
aktif. Dalam hati terasa nak menangis tapi of course saya sedar di saat ini
keselamatan baby lebih utama.
Seharian
saya kat wad dan sakit cuma on and off. Light bleeding masih berterusan. Dalam
hati mcm-mcm perasaan ada tapi apa yang paling saya risaukan ialah takut pisang
berbuah 2 kali. Semasa nak bersalinkan Wafriy dulu, saya ditahan di wad selama hampir
2 minggu kerana contraction yg tidak develop walaupun dah ada bukaan 1 cm dan
light bleeding. Sebelah petang, suami bawa Mama, Wildan dan Wafriy melawat saya
di wad. Sedih rasa hati melihat kedua-dua putera saya yg sgt jarang berenggang
dgn saya tu. Suami dan Mama asyik bertanya “tak sakit ke?” bila tgk saya sihat
spt biasa sahaja. Bila akhir waktu melawat, Wildan dan Wafriy menangis sebab
terpaksa berpisah dgn saya. Slps solat
Isyak, ber sms dgn suami, saya pun tidur. Dalam hati memanglah saya kecewa krn
belum ada tanda sakit nak bersalin. Saya risau sgt terpaksa melalui lagi apa yg
saya lalui dulu. Suami nasihatkan saya supaya bersabar kerana Allah lebih tahu
apa yang terbaik buat saya.
Lebih kurang
pkl 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Perut terasa sakit sedikit, bisa menyucuk-nyucuk.
Saya ke tandas, terlihat tompokan darah yang agak banyak. Saya kembali ke katil
saya, cuba untuk tidur semula tetapi saya mula terasa sakit yg semakin kuat dan
kerap. Pkl 3 pagi, saya ke kaunter jururawat utk beritahu mereka ttg keadaan
saya. Setelah diperiksa, bukaan baru 3 cm dan mereka menyuruh saya menunggu di
wad dahulu krn perlu menunggu bukaan 4 cm utk dihantar ke labour room. Saya
call suami dan suami kelihatan panic dan mahu datang segera ke hospital ttp
saya kata tunggu dulu, bila saya nak masuk labour room nanti baru datang. Sakit
semakin kerap dan kuat. Saya berjalan mundar-mandir di dalam wad utk kurangkan
sedikit rasa sakit. Kira-kira pkl 4 pagi, saya rasakan sakit yg semakin kuat
dan aduhai jgn cakaplah sakitnya. Bila diperiksa, bukaan dah 5 cm dan barulah nampak
nurse kelam-kabut arahkan saya dibawa ke labour room. Mungkin disebabkan panic dan
juga sakit yg semakin tidak tertanggung, saya terus ke tandas dan muntah di
situ. Sebelum ditolak dgn wheel chair, saya call suami dan minta dia
datang ke hospital sekrg, Jarak rumah saya dan hospital tu lebih kurang 15
minit drive sahaja.
Setibanya di
labour room dan diproses sana sini, doctor memecahkan air ketuban utk
mempercepatkan bukaan. Dan disinilah segalanya bermula……...rupa-rupanya baby
dah pun membuang di dalam perut. Air ketuban yang sepatutnya jernih dah
bertukar menjadi kuning pekat. Doktor yg masih muda tu kelihatan panic dan
terus memanggil doctor pakar dan sebaik sahaja doctor pakar datang,
terkeluarlah kata-kata yang amat saya takuti, geruni dan berdoa siang malam
agar tidak terjadi. “Kita operate ya Puan, kita takut baby lemas”. Di saat-saat
sebegitu, apalagi pilihan yang saya ada selain daripada berkata ok. Di saat itu
hanya Allah yg tahu perasaan saya. Kesakitan dan penderitaan yg saya rasa
sewaktu dan selepas operation utk bersalinkan Wildan 7 tahun dulu seolah-olah
masih terasa. Tapi apalah pilihan saya di saat-saat sebegini? Demi utk
menyelamatkan baby saya, baby perempuan yang saya dan seluruh keluarga tunggu
selama ini, saya rela dan redha menerima apa juga yg ditakdirkan utk saya.
Dalam keadaan contraction yg semakin kuat dan kerap, ditambah pula dgn proses
“cucuk sana dan sini” utk prepare saya ke operation theater, saya rasa sgt tak
keruan dan betul-betul dlm kesakitan. Saya ingat lagi ketika ditolak keluar
dari labour room utk ke OT, saya melihat wajah suami saya yg juga dlm
kesedihan. Suami saya tahu betapa saya tak mahu di operate lagi setelah pernah
melaluinya sblm ini. Suami saya tahu btp menderitanya saya sakit pinggang berbulan-bulan
lamanya kesan dari operation dan pelbagai masalah lagi yg saya hadapi kesan
dari operation. Namun siapalah kita utk menolak takdir dan mungkin inilah yang
terbaik utk saya dan juga baby. Dalam perjalanan ke OT, saya mmg berada dalam
kesakitan yg amat sangat disebabkan oleh contraction yg semakin kuat dan ketika
itulah terdetiknya di dalam hati “tobat aku tak mahu bersalin dah slps ni”!
Pkl 5.45
pagi, lahirlah Naurah Addeena Wafiya, seorang puteri yg saya tunggu seumur
hidup saya. Kenapa seumur hidup? Kerana dari kecil lagi saya sgt-sgt teringin
utk memiliki seorg adik perempuan dan keinginan itu tidak tercapai setelah
kematian arwah bapa saya. Dari kecil lagi saya cukup berkenan sgt dgn
kanak-kanak perempuan dan sentiasa mengangankan kehadiran seorang anak
perempuan apabila saya berkahwin nanti. Bila saya berkahwin, saya sangat-sangat
berharap agar memiliki anak perempuan tetapi Allah lebih mengetahui bahawa yang
terbaik untuk saya dan suami ialah untuk memiliki 2 orang anak lelaki dahulu
sebelum hadirnya seorang anak perempuan. Kehadiran Naurah Addeena Wafiya
mengakhiri penantian saya selama 38 tahun! Yang sedihnya sebaik sahaja
dilahirkan, baby terus dibawa ke NICU dan saya hanya dibenarkan untuk melihat
baby keesokan harinya apabila doctor mendapati kesihatan baby dah stabil.
Syukurlah suami saya sempat mengambil gambar baby secara sembunyi dan dapatlah
saya melihat gambar baby yg saya kandung selama ini.
Alhamdulillah,
Wafiya sudahpun berusia setahun kini. Seorg anak yang comel (anak saya,
mestilah saya kata anak saya comel), cergas dan sangat membahagiakan kami
sekeluarga. Wildan dan Wafriy pun cukup sayangkan adik mereka ni. Rezeki
Wafiya, saya menyusukan dia sepenuhnya sehingga dia berumur 10 bulan setengah.
Hajat hati untuk menyusukan dia sepenuhnya hingga 2 tahun namun saya terpaksa
mengalah apabila bekalan susu tidak mencukupi akibat kesibukan dan stress saya
di tempat kerja. Kini Wafiya mengambil susu kambing di nursery dan menyusu
badan sepenuhnya ketika di rumah.
Doa saya
agar Wafiya menjadi seorang anak solehah yang cemerlang di dalam hidupnya dunia
akhirat. Smg Wafiya membesar dengan sihat dan smg masalah eczema Wafiya akan
pulih sepenuhnya nanti. Syukurlah kepada Allah di atas anugerahnya yang tidak ternilai ini.
Fuhh..berdebar2 bila baca...banyak adegan suspen..he he...boleh buat buku tu kak...jual boleh kaya...he he..anyway happy birthday wafiya...jgn lupakan cam mana ibu nak lahirkan awak tu ya...
ReplyDeleteTq Bidadarindu. Mmg dah tertulis di azali akak cuma merasa melahirkan secara normal sekali sahaja. Mmg terkilan tapi biarlah akak fikir yg positif sahaja. Allah lebih tahu....
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY WAFIYA yg comel...Semoga dirimu sentiasa menjadi 'bunga' yg menceriakn serta menghiasi kluarga bahgiamu.Aaminnn
ReplyDeleteDah setahun peristiwa tu berlalu, tapi masih lekat dalam igatan ye Ka, syukur beribu syukur kerana termakbul juga hasrat ingin memiliki puteri yang ditunggu seumur hidup.
ReplyDeleteHappy belted birthday Wafiya.
Tq Kak Atie. InsyaAllah begitu jugalah doa kami buat dia.
ReplyDeleteTq kak Amie. Betul tu, sampai bila-bila kenangan melahirkan setiap anak kita akan sentiasa diingati.
ReplyDelete