Saturday, June 18, 2011

Janji kepada diri sendiri

Lately ni, saya selalu saja keletihan. Balik je dari ofis, setelah selesai routine saya kat dapur
(menguruskan makan minum keluarga, membasuh dan mengemas) dan solat maghrib, saya akan terbaring keletihan. Sementara menunggu solat Isyak tu selalunya saya akan tertidur. Setelah habis solat Isyak, saya akan menemani anak2 tengok TV. Mereka tgk tv dan saya akan tertidur lagi di sofa, hehe. Kesian pula kat anak2. Dulu saya dah janji nak bermain dgn mereka, nak spend masa dgn mereka ttp sekrg lain pula jadinya. Disebabkan rasa bersalah kpd suami dan anak2 saya, saya dah berjanji kpd diri saya sendiri iaitu mulai sekrg saya akan:


Makan vitamin dan supplement yg sepatutnya secara konsisten. Sebelum ni bukannya saya tak makan ttp saya ni jenis yg susah sgt nak mendisiplinkan diri memakan vitamin ni. Bila terbaca atau mengetahui kebaikan sesuatu produk tu saya akan beli, kemudian saya akan makan supplement tu utk beberapa hari, kemudiannya saya akan start malas makan dan akhirnya supplement tu akan jadi hiasan saja di dlm almari. Saya dah beli spirulina, teh misai kucing dan jamu mak dara gold. Semuanya ini utk kecerdasan dan kecergasan badan. Semasa saya gi klinik baru2 ni, Doktor yg check saya tu kata apabila umur dah semakin meningkat, of course lah badan memerlukan sesuatu utk terus bekerja. Dia mcm marah2 pula bila saya kata saya tak makan supplement apa pun secara konsisten. Dia kata " you bekerja, you ada anak, mana boleh tak makan vitamin? Sebab tu you rasa letih".

Saya juga akan memastikan saya memakan makanan yg sedap dan berkhasiat dan bukannya makanan yg sedap tetapi 'membunuh'. Sekrg ni nak buat kek pun saya fikir berkali-kali. Saya juga akan memulakan kembali diet saya yg dah lama saya tinggalkan. Dah berkg2 berat badan ni naik, risau sgt saya tgk. Sekrg ni chocolate, cheese dan makanan lain yg menggemukkan tu saya akan makan sesekali sahaja. Nak kata tak nak makan langsung tu tipulah pula ya.
Yg inipun saya kena start balik. Dulu saya rajin exercise, buat cardio, angkat berat, twister, aerobik, poco2 segala. Tu yg boleh turun sampai 15 kg dlm masa 8 bulan. Sekrg ni saya asyik mengelat saja. Semasa saya rajin exercise dulu, badan terasa ringan dan sihat saja. Mood pun sentiasa baik. Sekrg ni bila tgk cermin, mulalah rasa stress sbb terasa sgt diri ni dah sgt berisi. Pakai baju apa pun rasa mcm tak cantik saja. Lagi 2 bulan lebih nak raya ni, takut baju raya yg dah ditempah tu pun tak muat nanti.

Boleh ke tak boleh ni? Mestilah boleh kan. Saya tak nak rasa keletihan mcm ni selamanya. Saya tak nak mendapat penyakit2 yg merbahaya. Saya masih ada suami, emak dan anak2 kecil yg memerlukan saya di samping mereka. Saya ada banyak tanggungjawab dan amanah yg perlu saya tunaikan. So saya perlu berubah demi mereka yg saya sayangi ini.

4 comments:

  1. aha...the same thing goes to me kak..After spending so much money-countless, on this so called supplements, i often end up with laziness and all the supplements are nicely placed in my cupboard....ive tried so many things,let it be for beauty,for health's improvement,etc..at last, huh...my money is wasted juz like that...The thing is, u have to take it continuously in order to see the effects. huhu...I think i want to promise the same thing to myself n the kids too..;p All the best kak!!!

    ReplyDelete
  2. salam kaz..wah! bersemangat betul kaz!.K.atie pon naik semangat baca...k.tie pon malas bersenam gak..hihi

    ReplyDelete
  3. Cuda, I think this happens to most of us. Vitamins and supplements become the ornaments in our cupboard. That's why i put it on my office desk now, so that I can see it everyday and be more inspired to take it daily.

    Kak Atie: dah tua ni, kena buat sesuatu utk awet muda. Tu yg bersemangat tu.

    ReplyDelete

What say you?