Monday, June 20, 2011

C.O.M.E.L.


Tgh update pc kat ofis tadi, terjumpa gambar2 ni. Comel kan? Saya suka sgt tgk gambar2 ni. Kalau tak salah ianya diambil 2 tahun lepas. Inilah buah hati pengarang jantung belahan jiwa saya. Kasih sayang saya pada mereka tdk tergambar dgn kata-kata atau apa saja. Hanya Allah sahaja yg mengetahui betapa sayang, kasih dan cintanya saya terhadap kedua-dua putera yg diamanahkan oleh Allah kpd saya dan suami ini.
Wildan nampak kurus sikit masa ni. Dari dulu sampai sekrg, dia mmg fanatik dgn ultraman dan Ben 10. Walaupun sekrg badan dia dah berisi sikit, Wildan tetap handsome dan comel di mata dan hati saya.


Saya suka sgt semasa Wafriy berambut panjang mcm ni. Comel sgt. Tapi bila ramai yg ingat dia ni perempuan, husband suruh saya potongkan rambut dia. Mmg sayang sgt sbb rambut dia cantik dan lembut ttp bila saya sendiri terfikir ttg keburukan yg mungkin timbul, saya pun terpaksa setuju.

Biar apa pun orang kata, tak kisahlah orang nak kata anak2 saya terlebih sihat ke, terlebih besar ke, terlebih tinggi ke, apa2 ke, bagi saya anak2 saya lah yang PALING COMEL di mata dan di hati saya dan saya berbangga menjadi ibu mereka. Saya percaya semua ibu2 di dunia ni berperasaan yg sama terhadap anak masing2 kan. Itulah naluri dan perasaan indah setiap yg bernama ibu.

9 comments:

  1. salam kaz, akak ingat budak perempuan tadi. he's so cute and C.O.M.E.L .abang nya pun gitu juga....

    ReplyDelete
  2. Your boys are cute and adorable, Kaz. Talking about hair... once my son used to spot bob hair cut, too. His hair was so soft and fluffy, and it made me let him have it that way for years...till he decided it's time for a new style.

    ReplyDelete
  3. "akak pun ingat abang tu bergambar ngan sepupu pompuan dia tadi...betul2 tak cam,kiut jer berambut panjang kan si adik tu.."

    ReplyDelete
  4. Salam Kaz,
    Memula tengok Wafriy akak ingat ada sedara perempuan dia yg lain, rupanya Wafriy.....comelnya diaaaaa.....

    ReplyDelete
  5. Kak Mas, tq. Mmg nampak mcm girl kan.

    Chinda: I wish to keep his hair that way but what to do, I have to follow my hubby's wish. Things got worse when people were saying that he looked like a girl.

    Kak Pia: Hehe, mmg kiut rambut panjang mcm tu.

    Kak Wattie: Bestnya kalau Wafriy ada adik perempuan, hehe.

    ReplyDelete
  6. salam kaz...makasih atas doanya.AMIN.

    Mmg comel kedua2 anak kaz nie..bertuah depa dpt ibu yg penyayang cam kaz...

    ReplyDelete
  7. Salam Kaz,
    Akak simpan aiskrim tu semalaman, esok baru potong, klu tak lembik sikit

    ReplyDelete
  8. salam kaz..nanti cuba buat muffin tue yer.Klu ada coklat chip lg sedap kot.Umah k.atie xder coklat chip,tue guna coklat rice jer..hihi

    ReplyDelete
  9. salam kaz,,,mggu nie k.atie x ziarah anak2 kat asrama...yg pompuan tue ckp xyah dtg sbb dia bz buat homework & Abgnya lak,k.atie ziarah mggu depan,Insallh.

    ReplyDelete

What say you?