Seawal pagi saya dah bangun utk bake strawberry yogurt muffin dan juga chocolate muffin. Suami kata kalau nak buat kek, buatlah yg low fat, healthy dan nutritios. Semlm ketika saya cari2 kat internet, saya terjumpa resepi strawberry yogurt muffin ni, mmg healthy betul. So, saya pun try dan hasilnya mmg sedap sgt. Buat pun senang, kacau2 je dah jadi. Chocolate muffin tu saya buat kat anak2.


Utk makan tengahari, kami bawa Ba makan nasi kandar kat Restoran Subaidah. Saya plan nak bawa Ba gi Secret Recipe nak celebrate Father's Day ttp suami kata Ba ni bukan jenis mcm tu. Dia tak suka makan makanan yg mcm tu. Ba mmg suka makan nasi kandar saja. Kalau kami bawa gi makan kat tpt lain pun, Ba cuma akan order nasi goreng biasa dgn telur mata kerbau. Makanan barat ni mmg Ba tolak tepi.

Setelah balik dari menghantar Ba balik ke Penang, kami singgah sebentar ke KFC. Suami teringin nak makan Pocketful yg baru tu. Yg plg seronok mestilah Wildan sbb dia ni mmg suka sgt makan fast food ni. Kalau singgah kat restoran lain muncung je dia.


Alhamdulillah, syukurlah kpd Allah krn memberikan seorg bapa yg sgt baik dan hebat kepada anak2 kami. Dialah tonggak keluarga, dialah hero kami, dialah segala-galanya. Smg Allah merahmati suami saya di dlm apa jua yg dilakukan dan semoga dia akan sentiasa bersama kami di dlm kehidupan ini. Saya juga bersyukur kerana dianugerahkan Allah seorg bapa mertua yg sgt baik hati. Dia bagaikan pengganti kepada arwah bapa saya sendiri. Smg Allah sentiasa melindungi Ba dari bahaya, memberikan Ba kesihatan yg baik dan memberkati hidup Ba di dunia dan akhirat.
Di dalam hati saya, saya sebenarnya sgt merindui arwah bapa saya. Adakalanya saya tertanya, kenapa saya tidak pernah pun mimpikan dia lagi? Adakah dia tidak lagi datang 'menjenguk' saya walaupun sebentar????
A good caring father is everything that a child can ask for, so do a loving hubby. Happy for you that you're given a loving hubby as well as dad-in-law, my dear Kaz. Treasure the moment and savour its goodness. Happy Father's Day to all great fathers out there.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kaz, pe habaq? Lama kita tak berinteraksi. Akak tak nyambut Hari Bapa, walaupun utk suami..Entah2 dia pun tak tau apa tu Hari Bapa. Seronok sambut ya dgn hubby dan dua org jejaka idaman!
ReplyDeleteSalam Kaz,
ReplyDeleteBertuahnya zaman sekarang ni kan Kaz, macam macam hari yang boleh disambut. Mcm Moh kembara, akak pun seumur hidup tak pernah sambut hari ibu ataupun bapa, birthday pun jarang2...... Seronok tengok cara Kaz n family sambut hari bapa, ceria gitu...
Chinda: Tq dear friend, same goes to your hubby.
ReplyDeleteKak Halima: Alhamdulillah, lama akak tak singgah sini ya.
Kak Wattie: sambut ala kadar je kak, yg penting bermakna.