Saturday, September 24, 2011

Impian Yang Tercapai

Alhamdulillah, akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba................








Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya saya kerana dapat mencapai salah satu impian di dalam hidup saya ini. Dan pastinya kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa insan-insan teristimewa ini.




 Suami yang tercinta kerana memberi keizinan kepada saya utk further study. Tanpa keizinan dan restu dari suami saya, pastinya semua ini tidak akan dicapai. Suami saya jugalah yg membantu menjaga dan menguruskan anak2 setiap kali saya menghadiri kelas dan dia jugalah tempat saya mengadu cerita dan mendapatkan pendapat dan nasihat. Dialah pendorong, pemberi semangat dan juga pengkritik utama saya. Setiap kali saya ada presentation, test atau exam, suami saya sgt setia memberikan sokongan,dorongan dan galakan. Dan salah satu sms suami saya yg diterima beberapa minit sblm saya membuat satu presentation yg mencabar dan sgt berkesan di hati saya ialah "Allah will help you". Alhamdulillah, mmg benar Allah sentiasa membantu saya di dlm perjuangan ini.




 Mama saya yg tersayang. Dialah sumber inspirasi saya sejak dari saya di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, first degree sehinggalah ke peringkat ini. Pengorbanan dan kesusahan Mama membesarkan saya dan adik-beradik yg lain setelah kematian arwah Ba menjadi pembakar semangat utk saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib Mama. Saya mahu dia gembira dan bahagia dan saya juga mahu dia berbangga dgn kejayaan saya. Dari dulu sehingga kini, setiap kali saya mengadu kpd Mama ttg cabaran yg saya alami dlm study saya, Mama akan berkata"Mama tahu Ina boleh buat". Mungkin tanpa Mama sedari, kata-kata itulah yg menjadi azimat kekuatan utk saya. Mama juga turut membantu suami saya menjaga anak-anak saya setiap kali saya ke kelas. Dan adakalanya Mama jugalah yg akan menemani mereka bermain ketika saya sibuk menyiapkan assignment dan sebagainya.


 Bapa mertua saya yg saya kasihi seperti bapa kandung saya sendiri. Ba mmg tak banyak cakap tapi kasih sayang dan layanan dia terhadap saya mmg tiada tandingannya. Setiap kali saya telefon Ba untuk minta restu sblm menduduki exam, Ba akan berkata "Jgn risau, Ba sentiasa doakan Ina berjaya, Ba tak pernah lupa". Ketika di saat2 kritikal saya membuat persiapan terakhir utk menghabiskan tesis saya, saya habiskan masa sehari suntuk di rumah Ba. Dari pagi hinggalah ke malam, Ba asyik berulang alik ke kedai membeli semua makanan yg saya sukai utk saya makan sambil membuat kerja. Ba siap hantarkan air ke meja saya krn risau seandainya saya dahaga ttp tak cukup masa utk bangun mengambilnya sendiri. Saya menjadi lebih terharu apabila menerima hadiah teddy bear dari Ba sebaik sahaja saya keluar dari dewan selesai konvokesyen berakhir. Suami saya kata Ba beriya-iya bagi duit kpd suami utk dibelikan hadiah kpd saya. Sebak sungguh saya mendengarnya.
Dan sudah pastinya saya berterima kasih kepada kedua-dua putera kesayangan dan kecintaan saya ni. Sepanjang 2 tahun saya belajar di USM ini, mereka berdua sgt memahami dan sentiasa menjadi kekuatan dan penawar jiwa saya. Setiap malam slps kelas, saya tidak sabar utk balik ke rumah utk melihat wajah mereka. Mereka juga menjadi salah satu sebab kenapa saya ingin mencapai impian ini. Saya mahu apa yg saya dan suami saya miliki ini menjadi motivasi dan pendorong utk mereka belajar ke peringkat tertinggi.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..........................

Sesungguhnya benarlah kata pujangga,

Tiada gunung yang terlalu tinggi utk didaki
Tiada lautan yang terlalu dalam utk direnangi
Di mana ada kemahuan
Pasti di situ ada jalannya....................

Syukur Alhamdulillah

7 comments:

  1. Hi Kaz, congrats once again my dearest friend!
    It's true...without these special people, we're a nobody. Their blessings, love and care constantly propel us through. I'm truly happy for you my friend. You're indeed the luckiest being on earth...having bestowed with caring and loving spouse, mom, dad-in-law and adorable children. Go on my dear...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kaz! Akak kagum dgn semangat yg ada pd Kaz.. dpt membahagi masa utk family dan study..hebat..!

    ReplyDelete
  3. Tq Chinda and same goes to u. It is indeed very true, I will never be able to make it without all of them.

    Kak Ariana, terima kasih kak. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya utk Kaz, jika tidak mmg tak sempat juga.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak Kaz dari kami sekeluarga...Bila nak buat kenduri kesyukuran nie?ha ha..

    ReplyDelete
  5. Tq Bidadarindu, bila balik kpg nanti, jemputlah mai rumah akak. Nanti akak buat kenduri kat Bidadarindu dan family. Serious ni.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kaz,
    Tahniah!!!. Akak tumpang berbangga dengan kejayaan Kaz

    ReplyDelete
  7. Akak ni tertinggal... tahniah ye Kaz...

    ReplyDelete

What say you?