Seminggu sebelum raya, saya mmg sgt kalut membuat persiapan terakhir utk raya. Dlm kalut tu sempat jugalah saya membuat 4 jenis biskut raya yg senang iaitu biskut cornflakes madu, biskut cornflakes crunchy, biskut nestum kismis dan juga biskut coklat ala famous amous dan juga 2 biji kek iaitu butter cake dan fruits and walnut cake. Memandangkan kolej saya bercuti 2 minggu sebelum raya (combine mid sem break dan cuti raya), saya dan suami juga berkesempatan utk menjaga kedua-dua Ba dan Mama sekali di rumah kami. Seronoknya dapat bersama mereka berpuasa dan membuat persiapan raya bersama-sama. Sebelum ni kami menjaga Mama dan Ba secara bergilir. Ba dan Mama berbisan, jadi susahlah utk kami menjaga mereka serentak terutama sekali ketika kami bekerja. Alhamdulillah, nikmat Allah dapat kami rasai apabila Ramadhan kami terasa begitu ceria, tenang dan bahagia bersama mereka berdua.
Dua hari sebelum raya, kami sekeluarga pulang ke Parit Buntar. Tahun ni giliran saya beraya di kpg saya dahulu. Alhamdulillah, aidilfitri disambut dgn penuh kebahagiaan walaupun kami menyambutnya secara sederhana.











Balik dari Penang, kami terus ke kpg Sg Kechil Ilir, ke kubur arwah bapa saya. Sayu rasanya hati hanya Allah saja yg tahu. Dah hampir 23 tahun dia meninggalkan kami. Selepas solat asar kat masjid di situ ( kat masjid di mana saya belajar mengaji Quran dan fardhu Ain dari darjah 1 hingga darjah 6- sedih juga teringat kenangan lama bersama kawan-kawan), kami ke rumah kawan baik saya dari darjah 1 hinggalah sekarang, Fizin.


Raya kedua, saya tak kemana-mana. Cuma tunggu saudara-mara dan kawan2 datang ke rumah. Menunya simple sahaja- kuewtiau sup, nasi impit dan kuah kacang. Semalam dah makan yg berlemak, hari ni kita makan yg healthy sikit ok.


Pada raya ketiga, kami balik ke rumah Ba di Penang dan dari tengahari sampai ke malam kami beraya di rumah sanak saudara suami. Tak byk gambar yg saya ambil, mmg mood nak bergambar kurang sikitlah kali ni.




Raya keempat, kami cuma lepak di rumah Ba dan juga keluar shopping di Bukit Jambul. Tak ambil gambar pun sbb tangan sibuk memilih blouse yg lawa2 dan juga mengepung dua org hero yg pasti akan buat perangai setiap kali Ibu mereka nak beli baju. Kalau beli mainan atau CD baru diaorg diam.
Raya kelima, kami dah balik semula ke SP. Sebelum balik, kami melawat sepupu saya bersama suaminya di Pantai Medical Centre. Dugaan Allah, pada hari raya ketiga,mereka berdua dilanggar kereta yg sedang reverse dgn lajunya. Akibatnya, suami sepupu saya patah pelviksnya dan perlu menjalani pembedahan utk dimasukkan skru. Sepupu saya pula cedera ringan tapi penuh dgn lebam2 dan luka2. Smg Allah mudahkan segalanya utk mereka berdua.







MC sebab banyak makan kot..he he..ke wildan n wafriy nak dapat adik...hu hu..
ReplyDeletetu la frust gak x dpt jumpa kak raya hari tu..saya tanya k.sayang x gi umah k.kaz ker..dia kata k.kaz ada kat penang umah mentua..saya mcm nak pegi tapi k.sayang mcm x bersungguh pun nak pegi..maybe sbb dia dah jumpa n segan nak pegi sana,so saya pun x dek la pegi...padahal kitaorang gi makan nasi kandar beratur hari jumaat hari tu...
x dek rezeki la tu..
simpankan sikit biskut coklat ala famous amous tu...he he...mcm sedap jek bunyinyer...he he...
Wah..seronok baca entri raya kaz ni..rajin kaz ni menyediakan juadah raya rupanya..walaupun penat tapi puashati kan..simpati jg kat cousin tu,,moga dia cpt sembuh..
ReplyDeleteHi Kaz, seronknya dapat baca your update. Memang dah lama dk tunggu your new entry. I'm sure raya kali ni lebih meriah berbanding 2 tahun lepas.
ReplyDeleteRehat2lah secukupnya...MC kan today? Hope it's a good news!
Assalamualaikum Kaz,
ReplyDeleteBahagianya kelihatan sambutan aidil fitri Kaz walaupun sederhana. Akak suka tengok gambar Kaz n family, nampak very loving couple.......semuga bahagia sampai ke syurga hendaknya....
Assalamualaikum dan slmt hari raya maaf zahir dan batin buat Kaz sekeluarga..meriahnya suasana beraya keluarga Kaz...akak tumpang gembira juga...
ReplyDeleteSalam Kaz, maaf tak dapat nak pergi beraya di rumah Kaz pada hari raya kedua tu...Kami mcm pelarian pula hari tu...ke sana kemari...Apa pun nak puji ler sikit ya..Gambar Kaz bersama dgn Fizin tu nampak muda 10 tahun ler korang berdua. Ini pujian ikhlas. @Pida
ReplyDelete