Sunday, October 30, 2011

Apam dot dot, akhirnya.....

Dah lama saya teringin nak buat kuih yg kiut miut ni. Tgk orang lain buat mcm senang saja kan. Sahabat saya yg rajin sgt tu, Fizin tu dah berpuluh kali buat, setiap kali dia buat jamuan makan akan adalah apam dot dot ni. Saya jugalah yg ketinggalan, bukannya apa, terasa tak yakin je nak buat apam dot dot ni sbb saya bab nak buat benda yg comel2 ni mmg fail. Tapi setelah seronok dok tgk org lain buat, saya terasa teringin sgt nak buat. Puas belek kat internet dan juga sms Fizin bertanyakan cara nak buat apam ni. Fizin juga bg tips kat saya suruh gunakan santan kotak dan bukannya susu utk dapat apam yg lebih lembut dan sedap.Setelah hampir seminggu plan tertunda, at last hari ni terhasillah apam dot dot saya. Seriously, saya happy sgt sbb boleh dikatakan menjadi jugalah apam dot dot saya ni walaupun hasil awalnya comot2 juga. First timer, boleh dimaafkan kan? Ok, jom layan gambar apam dot dot saya.



Purple, my favourite colour.

Pink pun saya suka juga.
Wildan yg nak sgt tolong Ibu buat dot dot.

Mama dan suami cakap, "amboi comelnya".


Rasa seronok je lepas dah berjaya buat apam dot dot ni. Mama pun suka sgt makan, suami pula walaupun dia kata sedap tapi saya tahu dia mmg tak berapa nak layan kuih jenis kukus ni. InsyaAllah, saya akan buat lagi slps ni. Saya bukan seronok nak makan, tetapi seronok nak membuatnya.

Saturday, October 29, 2011

Wildan&Wafriy&Angry Birds


Aduh, minat sungguh anak2 saya dgn Angry Birds sekarang. Hampir setiap hari nak barang Angry Birds dan setakat benda2 kecil dan murah2 tu saya pun tak kisahlah nak membelinya. Kebetulan kat Kedai Siswa di kolej ada menjual barangan Angry Birds ni, so hampir setiap hari ada saja yg saya belikan kat mereka berdua.


Berposing dgn barangan Angry Birds.

Ni antara barangan yg diaorg ada, sebahagian lagi tertinggal kat rumah Tok Ba di Penang.

Disebabkan tahu minatnya diaorg kat character ni, saya pun buat kek Angry Birds ni utk breakfast mereka pagi ni. Chocolate cake ni saya buat semalam, pagi tadi selepas subuh terus saya decorate cake tu sbb nak surprisekan hero2 tu sebaik saja diaorg bangun tidur.




Jgn gelak ya tgk kek saya yg comot ni.

Inilah dia kek coklat Angry Birds yg saya buat. Memanglah hodoh, tak kreatif dan comot tapi rasanya sedap dan yang paling penting, Wildan dan Wafriy happy sangat.

Muka budak yang baru bangun tidur. Seronok bila tgk diaorg happy.
InsyaAllah, jika berpeluang saya memang teringin sgt nak belajar menghias kek. Sekurang-kurangnya saya boleh membuat sendiri utk anak2 dan family. Tapi bilalah agaknya nak ada peluang ya sbb saya sendiri pun tak berusaha mencari peluang tu.

Thursday, October 27, 2011

Yogurt Steamed Cupcakes- Bangganya dgn diri sendiri....





Tiada occasion, tiada sesiapapun yg request dan tiada sebab apapun, tiba2 saja tangan saya rasa gatal je nak bake sesuatu. Tghari tadi saya blogwalking kat blog kawan2, terjumpa resepi ni kat blog annaqawina. Npk sedap, menarik dan yg plg penting mudah. Tp resepi ni bukannya nak kena bake tp kukus.

So slps Isyak td saya pun turun ke dapur dan mulakan projek steamed yogurt cupcakes ni. Betul kata Anna, senang nak buat cupcakes ni. Kejap je dah siap. Bila buka je periuk kukus, punyalah saya bangga tgk cupcakes saya yg mekar cantik. Mcm tak percaya saja yg saya boleh buat secantik tu, hehe. InsyaAllah, lepas ni cupcakes ni  akan dibuat lg dlm versi yg lebih comel.

Resepi ni saya ambil dari sini . Thanks ya Anna for the marvelous recipe.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Sunday, October 23, 2011

Pemandangan terindah....



Sejuk perut Ibu mengandung kedua-dua putera kesayangan Ibu ni. Seronok sgt rasanya bila melihat mereka berdua tidak kekok utk bersolat jemaah bersama Abah mereka ketika kami singgah di masjid Teluk Tempoyak utk solat maghrib semalam. Alhamdulillah, tak sia-sia mereka dihantar ke kelas mengaji dan fardhu Ain kerana nampaknya mereka dah boleh apply apa yg mereka belajar kat sana. Sebak dgr mereka mengaminkan Fatihah dan doa2 yg dibaca Abah mereka.

Smg kedua-dua anak Ibu ni akan menjadi anak2 yg soleh dan dapat mendoakan Ibu dan Abah apabila kami sudah tiada lagi. Amin.

Posted via Blogaway

Monday, October 17, 2011

All the best my darling Wildan



Wildan dear, may Allah help in making everything smooth and easy for you in your examination today. Ibu will always pray for you dear, not only today but forever.

Ibu loves you so very much. Good luck darling!

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Saturday, October 15, 2011

Lunch yg simple dan sedap



Ini dia makanan yg saya masak utk lunch hari ni. Ayam masak kicap black pepper, sambal tumis udang dan sup sayur campur. Simple saja tapi suami saya makan bertambah sampai 3 kali. Ni yg buat saya cuba sedaya upaya utk masak di hari cuti. Seronok tgk suami dan mama makan dgn berselera. Kalau mkn di luar atau beli lauk dari kedai, diaorg makan gitu2 je. Bila masak sendiri, lauk yg simple pun jadi sedap dan makan pun bertambah-tambah.



Posted via Blogaway

Thursday, October 13, 2011

Kisah Pae



Dua malam yg lepas saya dpt kunjungan istimewa dari ex-student saya Faizah atau nama glamournya Pae. Pae ni bukan saja ex-student ttp juga ex-mentee saya pd tahun 2002. Masa tu saya masih bujang, so saya mmg tersgt rapat dgn semua student dan mentee saya. Dahlah tu, saya juga menjadi warden asrama dan tinggal dlm kawasan kolej, student pun senanglah nak lepak dgn saya bila diaorg boring dan stress belajar. 

Pae dan kawan2 sekelasnya ni mmg best. Gila-gila, nakal, kelakar tapi rajin belajar. Since diaorg ni mentee saya, saya mmg terlebih pulun mengajar mereka hinggakan kadang2 saya yg over sgt. Pernah sekali saya merajuk dgn kelas ni sbb mereka tak bersungguh-sungguh belajar. Yg bestnya, budak-budak ni siap buatkan barbeque utk pujuk saya. Bkn setakat barbeque tp siap nyanyikan lagu dan menghadiahkan saya a bouquet of fresh flower. Malunya bila teringat balik. Nampak sgt betapa tak matangnya saya masa tu. Maklumlah, baru 2 tahun mengajar. Tp syukurlah, kesemua mereka dah berjaya di dlm hidup mereka. Ada yg jadi dentist, engineer, cikgu, programmer, penolong pengarah dan mcm2 lagi. Di sinilah kepuasan sebenar seorg guru, apabila anak didiknya berjaya menjadi lebih baik dari dirinya. Saya sgt bersyukur dan berbangga dgn kejayaan pelajar2 saya biarpun mungkin sumbangan saya hanyalah sebesar hama.

Back to Pae, dia ni mmg terlebih peramah dan gila-gila dari dulu. Ada saja idea dia nak bercakap dan menceriakan suasana. Slps Pae habis belajar kat matrik, kami tak pernah berjumpa dah, cuma contact melalui sms dan Facebook saja. Dia masuk USM dan sekrg dah jadi cikgu kimia. Dgr pengalaman dia sbg cikgu kimia kat sebuah sekolah luar bandar di Pahang  mmg sgt melucukan dan juga mengerikan. Syukurlah saya tak perlu hadapi semua tu. Mengajar 'selected students' ni pun kdg2 dah rasa mcm nak sakit jantung.....

3 tahun yg lepas, saya dpt kad jemputan dari Pae, terkejut besar juga bila tgk nama pengantin lelaki. Bukan org lain, kawan sekelas dia semasa kat matrik juga. Tak pernah npk pun mereka bercinta dulu. Rupanya mereka bercinta ketika di zaman universiti.

Tahun lepas saya dpt sms dari Pae mengatakan dia pregnant. Syukurlah, sbb agak lama juga mrk menunggu. Dia kelihatan excited sgt dan melalui Facebook, saya follow perkembangan dia. Setiap kali dia gi check-up, dia selalu update di Facebook hinggalah ke hari2 terakhir sblm dia bersalin...

Lebih kurang sebulan yg lepas, ketika membuka message saya di FB, saya terkejut yg amat sgt bila menerima message dari Pae yg lebih kurang begini katanya, " teacher, anak saya telah kembali ke rahmatullah setelah 22 jam dilahirkan kerana masalah pernafasan. Saya hanya berkesempatan memeluknya setelah dia tiada kerana dia dipindahkan ke hospital lain setelah dilahirkan". Mengalir air mata saya membaca msg Pae dan yg paling menyentuh hati saya bila dia berkata    "semasa mengandungkan arwah, saya selalu berdoa smg dia menjadi anak yg soleh ttp Allah kabulkan doa saya dgn memberi yg lebih baik iaitu terus menempatkan arwah di syurga". Ya Allah, betapa beratnya ujian yg diberikan kepada adik2 saya ini, saya sendiri pun tidak akan mampu utk menghadapinya. Ketika menelefon Pae, kami sama2 menangis dan buat pertama kalinya saya sendiri tidak tahu apa yg perlu saya katakan utk menasihati dan memujuk dia. Berat mata memandang berat lagilah bahu yg memikulnya. Katalah apapun, nasihatlah apapun, saya akui ujian ini sesungguhnya sangat berat utk sesiapa shj menerimanya.

Ketika Pae menghubungi saya 2 hari yg lepas utk berjumpa saya, hati saya nervous sgt. Tak tahu what to expect dan terfikir mcm manalah keadaan dia sekrg. Tapi syukurlah, Pae ttp spt yg saya kenali dulu. Ceria, kelakar dan byk cakap hinggakan suami saya pun boleh ketawa besar mendgr ceritanya. Saya sendiri merasa lega melihat keadaannya namun sbg seorg perempuan, saya seakan memahami perasaannya. Disebalik ketawanya itu, tentu sekali masih tersimpan kesedihan dan perasaan kehilangan yg amat sgt. Syukurlah, dia dikelilingi oleh ahli keluarga yg kelihatan sgt understanding dan supportive.

Buat Pae dan juga suaminya Rais, smg kamu berdua terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Pastinya hanya Allah yg tahu hikmah di sebalik semua dugaan ini. Sbg seorg Islam, kita perlu yakin bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya dan sesungguhnya hanya Dialah yg maha mengetahui dan juga sebaik-baik Perancang.

Posted via Blogaway

Tuesday, October 11, 2011

The reasons for my silence



as if people care.....hehe!

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday



Posted via Blogaway