Thursday, October 13, 2011
Kisah Pae
Dua malam yg lepas saya dpt kunjungan istimewa dari ex-student saya Faizah atau nama glamournya Pae. Pae ni bukan saja ex-student ttp juga ex-mentee saya pd tahun 2002. Masa tu saya masih bujang, so saya mmg tersgt rapat dgn semua student dan mentee saya. Dahlah tu, saya juga menjadi warden asrama dan tinggal dlm kawasan kolej, student pun senanglah nak lepak dgn saya bila diaorg boring dan stress belajar.
Pae dan kawan2 sekelasnya ni mmg best. Gila-gila, nakal, kelakar tapi rajin belajar. Since diaorg ni mentee saya, saya mmg terlebih pulun mengajar mereka hinggakan kadang2 saya yg over sgt. Pernah sekali saya merajuk dgn kelas ni sbb mereka tak bersungguh-sungguh belajar. Yg bestnya, budak-budak ni siap buatkan barbeque utk pujuk saya. Bkn setakat barbeque tp siap nyanyikan lagu dan menghadiahkan saya a bouquet of fresh flower. Malunya bila teringat balik. Nampak sgt betapa tak matangnya saya masa tu. Maklumlah, baru 2 tahun mengajar. Tp syukurlah, kesemua mereka dah berjaya di dlm hidup mereka. Ada yg jadi dentist, engineer, cikgu, programmer, penolong pengarah dan mcm2 lagi. Di sinilah kepuasan sebenar seorg guru, apabila anak didiknya berjaya menjadi lebih baik dari dirinya. Saya sgt bersyukur dan berbangga dgn kejayaan pelajar2 saya biarpun mungkin sumbangan saya hanyalah sebesar hama.
Back to Pae, dia ni mmg terlebih peramah dan gila-gila dari dulu. Ada saja idea dia nak bercakap dan menceriakan suasana. Slps Pae habis belajar kat matrik, kami tak pernah berjumpa dah, cuma contact melalui sms dan Facebook saja. Dia masuk USM dan sekrg dah jadi cikgu kimia. Dgr pengalaman dia sbg cikgu kimia kat sebuah sekolah luar bandar di Pahang mmg sgt melucukan dan juga mengerikan. Syukurlah saya tak perlu hadapi semua tu. Mengajar 'selected students' ni pun kdg2 dah rasa mcm nak sakit jantung.....
3 tahun yg lepas, saya dpt kad jemputan dari Pae, terkejut besar juga bila tgk nama pengantin lelaki. Bukan org lain, kawan sekelas dia semasa kat matrik juga. Tak pernah npk pun mereka bercinta dulu. Rupanya mereka bercinta ketika di zaman universiti.
Tahun lepas saya dpt sms dari Pae mengatakan dia pregnant. Syukurlah, sbb agak lama juga mrk menunggu. Dia kelihatan excited sgt dan melalui Facebook, saya follow perkembangan dia. Setiap kali dia gi check-up, dia selalu update di Facebook hinggalah ke hari2 terakhir sblm dia bersalin...
Lebih kurang sebulan yg lepas, ketika membuka message saya di FB, saya terkejut yg amat sgt bila menerima message dari Pae yg lebih kurang begini katanya, " teacher, anak saya telah kembali ke rahmatullah setelah 22 jam dilahirkan kerana masalah pernafasan. Saya hanya berkesempatan memeluknya setelah dia tiada kerana dia dipindahkan ke hospital lain setelah dilahirkan". Mengalir air mata saya membaca msg Pae dan yg paling menyentuh hati saya bila dia berkata "semasa mengandungkan arwah, saya selalu berdoa smg dia menjadi anak yg soleh ttp Allah kabulkan doa saya dgn memberi yg lebih baik iaitu terus menempatkan arwah di syurga". Ya Allah, betapa beratnya ujian yg diberikan kepada adik2 saya ini, saya sendiri pun tidak akan mampu utk menghadapinya. Ketika menelefon Pae, kami sama2 menangis dan buat pertama kalinya saya sendiri tidak tahu apa yg perlu saya katakan utk menasihati dan memujuk dia. Berat mata memandang berat lagilah bahu yg memikulnya. Katalah apapun, nasihatlah apapun, saya akui ujian ini sesungguhnya sangat berat utk sesiapa shj menerimanya.
Ketika Pae menghubungi saya 2 hari yg lepas utk berjumpa saya, hati saya nervous sgt. Tak tahu what to expect dan terfikir mcm manalah keadaan dia sekrg. Tapi syukurlah, Pae ttp spt yg saya kenali dulu. Ceria, kelakar dan byk cakap hinggakan suami saya pun boleh ketawa besar mendgr ceritanya. Saya sendiri merasa lega melihat keadaannya namun sbg seorg perempuan, saya seakan memahami perasaannya. Disebalik ketawanya itu, tentu sekali masih tersimpan kesedihan dan perasaan kehilangan yg amat sgt. Syukurlah, dia dikelilingi oleh ahli keluarga yg kelihatan sgt understanding dan supportive.
Buat Pae dan juga suaminya Rais, smg kamu berdua terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Pastinya hanya Allah yg tahu hikmah di sebalik semua dugaan ini. Sbg seorg Islam, kita perlu yakin bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya dan sesungguhnya hanya Dialah yg maha mengetahui dan juga sebaik-baik Perancang.
Posted via Blogaway
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kaz..Apa kabar?persahabatan yg sejati akan kekal hingga ke akhir hayat.Semoag pae & HBnya kan terus tabah meneruskn hidup.
ReplyDeletecantik header baru kaz...
Assalamualaikum Yong,
ReplyDeleteTerharunya dengar kisah ex-stdnt Kaz. Semoga dia tabah mengharungi hidup berumahtangga. Dan semoga hububgan cikgu dan stdnt terus berkekalan!
hanya org yg pernah lalui je yg paham perasaan tu....sesungguhnya perancangan Allah jualah perancangan yang terbaik...
ReplyDeleteKak Atie, khabar baik kak. Saja2 tukar header, npk "kena" pulak. Kaz pun doakan yg sama utk mereka berdua. Kesian melihat kedua2nya.
ReplyDeleteKak Halima, tq di atas simpati akak. Sama2lah kita doakan mereka terus tabah.
Bidadarindu,percaya tak akak sendiri menangis bila tahu apa yg menimpa Bidadarindu dan Yan. Mmg akak akui betapa berat mata memandang dan telinga yg mendgr, berat lglah bahu yg memikulnya.