Friday, August 20, 2010

Blue, Pink, Purple, Brown

Dalam nak 'prioritize your priority' tu, sempat lagi aku tukar background blog. Bila dah berhempas pulas siapkan satu assignment kelmarin, rasa tak larat dah nak tgk buku atau lecture notes buat sementara waktu.
Kali ni aku pilih biru sbg background colour. Biru ni mmg favourite colour aku dulu, sampai hampir semua baju aku berwarna biru. Bila nak beli kain atau baju bersama kawan-kawan aku, mereka akan bagi warning kat aku , "Kaz, no more blue please". Bila dah 'tak dibenarkan' pakai biru, aku pun mula membeli colour lain. Dulu aku rasakan orang yang berkulit 'tak berapa cerah' mcm aku ni tak sesuai pakai colour lain, tp bila difikirkan mmg sampai bila2 pun aku tak akan jadi putih melepak mcm Zizie Izzete tu, so takkan selama-lamanya aku nak pakai colour biru saja kan. Setelah mula memakai colour lain barulah aku tahu bahawa banyak lg colour yg sesuai utk org yg berkulit 'tak berapa cerah' ni. Sekarang ni aku dah pelbagaikan colour dalam collection baju2 aku tp lately ni ramai pula kawan-kawan aku yang memberi komen ' Kaz ni asyik pakai colour pink dan purple saja, pakailah colour lain sama". Ye ke? Bila ditengok dalam almari pakaian aku, mmg betullah tu. Banyak betul baju aku yg colour pink dan purple. Tema raya pertama tahun ni pun purple. Mungkin semua ni terjadi secara kebetulan. Apapun, aku rasa 'I look good in pink and purple'. Biasalah kan, setiap orang pasti akan ada colour yg buatkan dia rasa lebih cantik atau menarik. Yang pasti, aku mmg tak leh pakai colour brown atau cream sbb aku rasa aku nampak 'dull' sangat dalam colour tu.


Gambar bersama kawan-kawan: kak Yati, Kak Ina, Kak Ena dan Farah. Ni satu2nya baju kurung aku yang berwarna brown.

No comments:

Post a Comment

What say you?