Sunday, August 22, 2010

Shopping raya Part 2

Baju raya dah dibeli ketika aku, suami dan mama shopping raya di Penang dulu. Kelmarin kami shopping seluar dan kasut raya pula untuk kedua-dua Ultramen kesayanganku ni. Alhamdulillah, walaupun mereka sangat aktif dan lasak tetapi tahap keaktifan mereka berdua kali ni masih di tahap yg boleh dikawal.

Susah nak beli seluar kat Wildan sebab perut dia mcm Pooh the Bear, hehe.
Memang mencabar jugalah nak suruh mereka try seluar dan kasut ni. After 2-3 kali try, mereka dah mula buat muka boring dan dah tak mau try. Apa yg mereka excited ialah nak beli VCD dan toys.
Puas jugalah nak panggil mereka try seluar kat section ni sebab ia bersebelahan dgn tempat Ben 10 merchandise. Wafriy sampai dah terduduk kat situ. Sebenarnya dia dah start demam masa tu.

Seronok sebab terjumpa Asmah kat sini. Asmah ialah salah seorg kawan rapatku semasa sekolah rendah dahulu.

Mama sempat lagi berposing. Semasa kat shopping complex ni, Mama cuma beli sedikit saja barang tetapi.......

semasa kat Ariani, Mama shopping habis. Hebat betul mama aku ni.

No comments:

Post a Comment

What say you?