Friday, August 27, 2010

Teman Seperjuangan


Bersama rakan-rakan sekerjaku yang turut further study bersama- Azlan, Kumar dan Syikin. Semuanya dah berstatus suami, isteri, bapa dan emak orang. Kalau tak ada mereka ni, aku akui mungkin semakin mencabar perjuanganku ini. Merekalah teman bergelak, teman bergossip,teman 'makan-makan', teman group discussion dan juga group presentation kat sini.

Untuk teman-temanku di sini termasuklah Talha dan Kak Shahid yang turut membaca blog ini, semoga Allah permudahkan perjuangan kita dan semoga pengorbanan kita meninggalkan keluarga biarpun cuma untuk sementara tidak sia-sia. Teringat pula lirik lagu Gemilang oleh Ella,
"Bersama-sama tempuhi segala
Saat GEMILANG akan tiba
Dan kita kecapi bersama
Bersama-sama tempohi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu"

P/s: Sedihnya rasa ketika hari yg ada kuliah di dalam bulan Ramadhan ini, di saat-saat ibu2 lain sedang sibuk menyediakan juadah berbuka utk keluarga, aku dan rakan2 pula sibuk mendengar kuliah pensyarah yg sebenarnya dah tak boleh masuk ke otak kerana hati sudahpun berada di rumah.

2 comments:

  1. Insha Allah..you’ll find your way...Cos’ Allah is always by your side

    ReplyDelete
  2. Cewah, speaking London nampak!hehe, tq bro.

    ReplyDelete

What say you?