Friday, March 11, 2011

Al-Fatihah


Alfatihah, genap setahun pemergian arwah ibu mertua saya yg tersayang ke Rahmatullah pada hari ini. Betapa cepat masa berlalu, namun sehingga sekrg setiap kali saya balik ke rumah mertua di Penang, seakan-akan terasa kehadiran arwah di sisi..

Bertuahnya saya kerana dikurniakan seorg ibu mertua yg tersangat baik dan sangat2 menyayangi saya. Arwah tidak pernah menyusahkan saya dgn kehendak yg bukan2, tidak pernah melukakan hati saya, tidak pernah meninggikan suara terhadap saya dan yang paling penting arwah tidak pernah membezakan saya dgn anak-anaknya sendiri.

Sofa biru di atas mempunyai kenangannya yg tersendiri. Di sinilah tempat yg arwah selalu duduk selepas solat dan mengaji untuk menonton rancangan tv kegemarannya. Di kerusi ini jugalah arwah menyambut kedatangan saya kali pertama untuk diperkenalkan kepada arwah. Di kerusi inilah yang arwah akan duduk untuk menyambut kedatangan kami sekeluarga ke rumahnya. Di kerusi inilah arwah akan duduk dan ketawa melihat telatah cucu2nya. Wajah arwah sentiasa tersenyum manis biarpun penderitaan yang dihadapi akibat sakit yg ditanggungnya melampaui kesabaran manusia biasa. Mungkin disebabkan inilah sebaik sahaja arwah meninggal, bapa mertua saya menukar sofa ini dgn membeli sofa baru. Mungkin dia sendiri tidak dapat menanggung rindu apabila melihat sofa biru ini.

Bahagialah kau di sana Mak. Smg Allah menempatkan dirimu di sisi insan-insan beriman dan para ahli syurga. Kami di sini sentiasa merinduimu hingga akhir nanti. Alfatihah.

1 comment:

  1. "Al-fatihah..semoga roh nya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..Amin!"

    ReplyDelete

What say you?