Sunday, March 6, 2011
Sabar ya Sayang.....
Kesian kat anak-anak Ibu. Sejak Ibu betul2 busy tahap critical ni, nak main dgn anak-anak Ibu pun tak sempat. Nampak sgt masing-masing buat perangai utk dpt perhatian Ibu.
Macam-macam dialogue yg keluar dari mulut diaorg utk buat Ibu rasa guilty. Memang Ibu rasa guilty pun, rasa guilty sgt kat anak-anak kesayangan Ibu ni sbb tak dapat nak main-main, tak dapat nak bersembang, tak dapat nak bercerita, tak dapat nak bawa pi play ground, tak dapat nak bawa pi jalan-jalan, tak dapat nak bawa pi shopping dan macam2 lagilah. Semuanya kerana kesibukan Ibu mengejar dateline nak hantar thesis dan assignment semester akhir yg berlambak-lambak ni. Maafkan Ibu sayang, Ibu buat semua ni utk keselesaan keluarga kita di masa hadapan dan yg penting sekali Ibu nak jadikannya sebagai satu motivasi utk anak-anak Ibu nanti.
Sabar ya anak-anak Ibu sayang, kejap je lagi. InsyaAllah dalam masa tak sampai 2 bulan lagi, Ibu akan free. Masa tu Ibu promise akan selalu main, bersembang, bercerita, bawa pi play ground, bawa pi jalan-jalan, bawa pi shopping dan sebagainya. Masa tu keutamaan Ibu hanyalah anak-anak Ibu sayang (and of course lah Abah juga, hehe). Biarpun sekarang Ibu tak dapat nak spend byk masa dgn anak-anak Ibu, hanya Allah saja yg tahu betapa sayangnya Ibu pada anak-anak kesayangan Ibu ni. Tiada tolok bandingnya, tiada galang gantinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam..bertuahnya anak2 kaz dpt ibu yg penyayang mcm kaz nie...semoga wildan & wafriy akan sabar menunggu ibunya X bz...
ReplyDelete"itu lah budak2 ni kaz...kamu sibuk sbb bekerja,akak ni hari2 kat rumah pun kalau tak layan ..tmbah2 yg kecik tu mula la sepah2..tunjuk perasaan konon..naluri budak2..selalu nak kan perhatian..lps ni kalau ada ms free,layan diorang tu habis-habisan biar diorang ingat saat2 tu smpai bila2.."
ReplyDeleteSalam Kak Atie dan Kak Pia, hanya seorg ibu memahami perasaan ibu yg lain. Tq krn memahami apa yg kaz lalui ni. Smg suatu hari nanti Kaz tak akan dipersalahkan oleh mereka.
ReplyDelete