Sunday, March 20, 2011
Risau
Saya tengah risau sgt2 sekarang. Baru dapat tahu pagi tadi bapa mertua saya kurang sihat. Menurut suami, dah 4 hari Bab tak lalu makan, asyik muntah, cirit, mata berair, sakit dada, pening dan yang paling merisaukan saya Ba banyak berdiam, termenung dan bercakap benda2 yg sgt sedih utk didengar. Dah 4 hari Ba tak sihat tetapi merahsiakan dari anak menantunya kerana tak mahu menyusahkan kami. Nasib baiklah kakak ipar saya telefon Ba semalam dan perasan perubahan suara Ba.
Ya Allah, tak dapat saya bayangkan kalau terjadi benda yang tak elok kpd bapa mertua saya ni. Saya memang tersangat sayangkan dia. Setelah kehilangan arwah bapa saya sendiri 22 tahun yg lepas, saya tidak berpeluang merasa kasih sayang seorg bapa sehinggalah apabila saya berkahwin dan mendapat bapa mertua yg teristimewa ini. Ba mengasihi dan sangat mengambil berat tentang saya seperti mana dia lakukan kepada anak-anaknya sendiri.
Semoga Allah sembuhkan Ba seperti sediakala dan panjangkan umur Ba untuk masih lagi bersama kami. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Insyaalalah...tak ada apa2 tu.jgn lah risau sgt.telepon selalu bertanya khabar..ok Kaz.."
ReplyDeleteBanyakkan bersabar,insyaAllah,jangan lupa bermohon padaNya...
ReplyDeleteTerima kasih kak Pia dan Bidadarindu.
ReplyDelete