Ni cerita beberapa minggu lepas ni. Cerita fasal result exam Wildan kat tadika dia. Kali ni ada sesi khas utk mengambil report card dan bertanya ttg perkembangan anak2 dgn cikgu tadika secara personal di Children's Gallery yg dimiliki oleh tuan punya tadika tu. Sebelum sampai tu, berdebar2 jugalah rasa. Takut juga nak tgk result exam dia. Ni baru result exam tadika, kalau nak tgk result exam SPM nanti, tak tahulah saya nervous mcm mana.
Alhamdulillah, Wildan tidak mengecewakan malah amat membanggakan kami. Dia dapat markah penuh 100% utk kesemua subjek: Sains, Matematik, English, BM dan Pengetahuan Agama Islam. Dan menurut cikgu dia, Wildan berada dlm kategori cemerlang dan diharap dapat meneruskan kecemerlangannya di dlm exam hujung tahun ni. InsyaAllah. Syukurlah, segala usaha kami telah diberikan ganjarannya oleh Allah swt. Apapun, spt yg saya selalu katakan, masih jauh perjalanan. Ni baru peringkat tadika, belum lg masuk sekolah rendah, menengah dan seterusnya. Saya tidak boleh terlalu excited dgn kejayaan Wildan ini krn apa yg penting, saya perlu teruskan membimbing dan mendoakan yg terbaik utk dia dan juga Wafriy.

Usaha dan doa perlu diteruskan. Saya dan suami mmg sgt mementingkan pelajaran anak2 kerana kami sendiri dididik dgn cara yg sebegitu. Memang ada yg berjaya walaupun tidak memiliki kelulusan akademik yg tinggi tetapi berapa ramai sgt kah yg bernasib baik sebegitu? Saya dan suami pun tdk mempunyai harta yg banyak utk ditinggalkan kpd anak2 spt sesetengah orang. Ada seorg kawan saya tu beli 4 buah rumah utk ditinggalkan kpd 4 org anaknya nanti. Saya dan suami mmglah tak mampu nak buat mcm tu.Wildan pernah bertanya kpd saya " penting sgt kah utk Wildan dapat nombor 1?". Hmmm...budak 6 tahun tanya saya soalan mcm tu. Saya jawab "Dapat nombor 1 tu tak penting tetapi yang penting ialah Wildan BERUSAHA untuk dapat nombor 1". Perkataan BERUSAHA itu mmg sgt significant di dlm hidup saya krn saya mmg BERUSAHA utk dapatkan apa yg saya ada sekrg. Tiada apa yg dtg dgn mudah kpd saya, semuanya saya dapatkan secara BERUSAHA. Sebab itulah saya cukup marah apabila melihat students saya yg malas belajar dan malas berusaha. Saya tidak pernah memarahi students yg lemah tetapi saya cukup 'angin' dgn pelajar yg malas ni (Ex-students saya yg membaca blog ni mesti senyum2 sbb dah tahu sgt perangai saya di dlm kelas).
Baru2 ni Wildan mengadu dia didenda berdiri di dlm kelas krn terlupa bawa buku Sains ke tadika. Kelakar dan kesian juga dgr bila dia kata 'lenguh kaki Wildan berdiri' tp sesekali kena denda kerana kesalahan sendiri ni bagus juga. Biar dia belajar utk lebih berhati2 dan lebih berdisiplin slps ini. Kelmarin, salah seorg cikgu Wildan bertanya saya sambil tersenyum2, "Betul ke kat rumah ada bela buaya?" Terkejut besar saya. Buaya? Kucing pun saya takut, takkan saya nak bela buaya. Cikgu tu kata "Wildan beritau dia bela buaya kat rumah". Wildan dah tersenyum2 sambil menyorok muka kat belakang saya. Dia kata "Wildan melawak sajalah cikgu". Hehe, apa kes ni Wildan, melawak sampai menipu mcm tu. Macam2lah Wildan ni. Mungkin ni semua imagination dia dan saya harap 'lawak2' mcm ni tak menjadi bertambah serius slps ni. Risau pula saya.


Ni gambar2 semasa celebrate kejayaan Wildan. Makan kat KFC, atas permintaan Wildan. Yg inipun saya risau juga fasal Wildan ni. Nasi tak nak makan langsung, yg dia nak makan fast food mcm ni. Dulu saya ikutkan saja kehendak dia ttp selps kena marah dgn suami dan slps tgk byk sgt kes obesity dan penyakit di kalangan kanak2, saya dah mula bertegas. Sekrg ni sekali sekala saja boleh makan fast food. So, nak tahu apa makanan Wildan sekrg selain drp susu?
Ini ialah ayam yg saya potong kecil2 dan digaul bersama telur, tepung( sama ada adabi atau seri aji) dan sedikit lada hitam dan digoreng dgn minyak jagung. Kalau nak tahu hampir setiap malam dia makan yg ni. Dulu saya goreng nugget yg dibeli ttp krn takut dgn processed food ni, saya buat sendiri ala2 nugget ni. Selain drp susu dan ayam goreng ni, dia cuma makan keropok lekor, biskut oreo dan chipsmore. Lain2 yg menjadi favourite dia ttp sudah dikawal oleh saya dan suami ialah junk food spt coklat, keropok dan potato chips. Kalau kat tadika boleh pula dia makan nasi, mee dan sebagainya ttp dlm kuantiti yg sgt sedikit. Agaknya mungkin krn dia takut dgn cikgu tadika dia tu. Kat rumah pun, suami sgt tegas dan garang dlm bab pemakanan ni tp dia ttp tak mahu makan nasi dan makanan yg lain. Inilah yg sgt merisaukan saya ttg Wildan ni.













