Tuesday, July 5, 2011

Fuuuhhhh.....lega!

credit to Google

Fuh, lega selega-leganya. Inilah sebab utama saya dah lama tak update blog. Terlalu sibuk dgn kerja2 kat ofis dan juga persiapan nak kena audit utk ISO. Tadi pukul 10 dah kena audit, rasanya ok lah kut sbb saya dpt jawab semua yg ditanya dan dapat tunjuk semua dokumen yang auditor tu nak tgk sbg bukti.

Sebenarnya selain dari sibuk kat ofis, saya juga turut sibuk kat rumah. Sebabnya ialah si kecil tu, Wafriy kena demam campak. Alhamdulillah demam campak dia tak teruk, tak byk yg keluar walaupun saya dah bg minum air kelapa dan sup ayam spt petua org2 tua. Demam pun tidak, gatal2 pun sikit saja.Walaupun tak teruk tapi perangai manja dan aktif dia tu menjadi2 sampai tak larat nak layan. Tadi semasa bersembang dgn akak cleaner kat ofis, dia kata demam campak ni juga dikenali dgn demam manja. Akak tu kata jgn marah atau pukul dia sbb nanti demam campak tu merajuk, terus tak keluar. Ye ke? Baru semalam saya tampar punggung dia sbb naughty sgt. Rasanya semua tu hanya myth saja kan. Apapun, syukurlah kerana mama saya ada di rumah dan boleh jaga Wafriy ketika saya dan suami bekerja. Kalau tidak, tak tahulah mcm mana saya dan suami nak ambil cuti sampai 2 minggu nak jaga Wafriy. Inilah jasa seorg ibu ya, dulu mama dah puas menjaga saya, sekrg mama menjaga anak saya pula. Hanya Allah sajalah yg dapat membalas jasa mama yg tidak terhitung banyaknya.

Banyak benda yg saya nak update tp spt biasa, masa yg saya ada sgtlah terhadnya. Dulu saya ingat slps habis study, saya ada byk masa utk update blog ttp sekrg ni lain pula jadinya. Ada aje yg nak kena settle dan buat kat ofis tu tp takpa sbb itulah sumber rezeki saya.

3 comments:

  1. "teringat dulu ms ank sulung akk kecik2 dia kena demam campak,akak lak suka marah2 dia..sbb dia nakal..pastu akak lak kena marah...konon tak boleh dimarah budak yg tgh kena campak..sbb tu kot campak tu tk betul2 keluar habis..eh,boleh percaya ker..tak tau lah..kaz,akak harap wafriy dah sihat.."

    ReplyDelete
  2. Moga anknya cepat sembuh ye..dah try minum air kelapa? petua org tua2..

    ReplyDelete
  3. Kak Pia: mcm mana tak marah kak, asyik buat perangai saja. kalau tak marah semakin menjadi pula dia.

    Kak Ariana: Dah bg minum tp tak keluar byk sgt. Tq akak.

    ReplyDelete

What say you?