Saturday, October 29, 2011

Wildan&Wafriy&Angry Birds


Aduh, minat sungguh anak2 saya dgn Angry Birds sekarang. Hampir setiap hari nak barang Angry Birds dan setakat benda2 kecil dan murah2 tu saya pun tak kisahlah nak membelinya. Kebetulan kat Kedai Siswa di kolej ada menjual barangan Angry Birds ni, so hampir setiap hari ada saja yg saya belikan kat mereka berdua.


Berposing dgn barangan Angry Birds.

Ni antara barangan yg diaorg ada, sebahagian lagi tertinggal kat rumah Tok Ba di Penang.

Disebabkan tahu minatnya diaorg kat character ni, saya pun buat kek Angry Birds ni utk breakfast mereka pagi ni. Chocolate cake ni saya buat semalam, pagi tadi selepas subuh terus saya decorate cake tu sbb nak surprisekan hero2 tu sebaik saja diaorg bangun tidur.




Jgn gelak ya tgk kek saya yg comot ni.

Inilah dia kek coklat Angry Birds yg saya buat. Memanglah hodoh, tak kreatif dan comot tapi rasanya sedap dan yang paling penting, Wildan dan Wafriy happy sangat.

Muka budak yang baru bangun tidur. Seronok bila tgk diaorg happy.
InsyaAllah, jika berpeluang saya memang teringin sgt nak belajar menghias kek. Sekurang-kurangnya saya boleh membuat sendiri utk anak2 dan family. Tapi bilalah agaknya nak ada peluang ya sbb saya sendiri pun tak berusaha mencari peluang tu.

5 comments:

  1. Ina - fizin baru nak buat n3 pasal koleksi angry bird Aisy! he..he.. Tadi g Kuantan belikan present untuk dia - beg sekolah angry bird warna kuning. dia suka sangat2 - suruh simpan beg tu guna untuk tahun depan tapi dah tak sabar2 nak pakai esok. memang Aisy pun minat betul ngan angry bird nie. sekarang ni musim dia kot! kat mana2 pun ada aje angry bird nie!!

    cantik hiasan kek coklat Ina - fizin pun teringin nak belajar hias kek cantik2, tapi tak tahu bila nak pergi class - ingat bulan 12 ni kot! nak ajak kak min teman dia tak minat! Yan pulak dah pandai - tangan dia menjadi aje!!

    fizin tak letak lagi resepi kek coklat yg ina minta tu, esok fizin masukkan dalam blog ya!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kaz,
    lama tak singgah sini..moga Kaz dan keluarga ceria dan sihat selalu....cantik kek tu..pandailah Kaz hias kek..suka akak tngk..

    ReplyDelete
  3. Fizin, betul tu, sekrg ni musim angry birds sampai tak larat tgk semua benda ada saja muka depa, hehe.
    Cantik apanya Fizin kek tu, malu lah kat Fizin.

    Kak Yatie, tq sudi singgah kat blog Kaz ni. Ni lg malu besar bila Kak Yatie tgk hiasan kek Kaz. Anyway, tq Kak Yatie.

    ReplyDelete
  4. Tak nampak angry pun bird tu..cute ada la...

    p/s : Cinta yg 2 tahun pun tahu angry bird tu,pantang nampak kat shopping complex,dia jerit..angry bird...angry bird...

    ReplyDelete

What say you?