" Hari ni Wildan makan nasi dgn sup"
"Hari ni Wildan makan roti dgn jem"
"Hari ni Wildan makan kek pisang"
"Hari ni Wildan makan cucoq"
Semua ni membuatkan aku dan suami merasa seronok. Tetapi yg hairannya bila di rumah, punyalah seksa nak suruh dia makan nasi, Nak habiskan segenggam nasi pun dia ambil masa berjam-jam. Aku fikirkan mungkin di rumah dia tahu aku tak setegas cikgu2 dia di tadika tu. Mungkin di tadika dia seronok dan enjoy makan sbb ada kawan2. Dulu aku selalu bekalkan dia dgn makanan yg disukainya ke tadika spt biskut Oreo, Chipsmore dan biskut cheese ttp sekarang aku tidak lagi membekalkan dia dgn apa2 makanan pun kecuali air masak. Aku nak dia belajar makan spt org lain dan dlm masa yg sama aku fikirkan ianya bukanlah satu masalah krn Wildan pun dah makan makanan yg diberi di tadika tu spt cerita cikgu2 dia.
Kelmarin, aku pergi mengambil dia di tadika utk dibawa ke klinik. Lately ni npk dia selalu bersin mcm org yg ada sinus. Bila sampai di tadika, Wildan dan kawan2 sedang makan pagi. Aku beritahu salah seorg cikgu tu, jgn beritahu Wildan aku datang sebab aku nak intai mcm mana dia makan kat tadika ni. Bila aku sampai di kawasan kantin, aku nampak dia duduk di tepi dinding sambil memegang sekeping kek pisang. Walaupun duduk di sebelah best friend dia dan kawan2 yg lain yg kelihatan sgt ceria ketika makan, Wildan kelihatan sgt 'terseksa' utk menghabiskan sekeping kek pisang tu. Kesian sungguh aku melihat dia. Nampak jelas di wajahnya yg dia seakan merasa 'dipaksa dan terpaksa' utk makan makanan yg tidak disukainya tu. Sbg seorg ibu, aku merasa sangat sedih melihat anakku di dalam keadaan itu.



So, apa yg patut aku lakukan sekrg?
1. Bagi dia bawa semula bekal makan yg disukainya yg pastinya tdk elok utk kesihatan dia kerana terlalu tinggi kandungan gula dan juga sodiumnya. Dia akan happy sekrg kerana tidak perlu lagi merasa terpaksa utk mkn makanan sihat yg tidak disukainya. Aku pun tidak perlu merasa sedih, sebak dan sebagainya kerana anak aku happy dan tdk tertekan. Tp sanggupkah aku menanggung risiko jika suatu hari nanti anak kesayangan aku ni mendapat penyakit2 spt diabetes atau sakit buah pinggang (Nauzubillah)? Jika kita baca di dlm newspaper, semakin ramai kanak2 yg mengidap penyakit2 kronik kerana tabiat pemakanan yg tdk betul. Ketika itu masihkah aku dan juga Wildan sendiri masih happy dan bebas dari sebarang tekanan yg aku cuba elakkan dari dirasainya sekrg?
2. Teruskan dengan apa yg aku lakukan sekarang. Jgn bagi dia sebarang bekal dan biarkan saja dia belajar utk makan makanan yg disediakan di tadika. Biarlah dia merasa sedikit tertekan dan terseksa sekrg asalkan dia tdk akan lebih tertekan dan terseksa di kemudian hari. Biarlah aku biarkan saja cikgu2 tadika dia yg sememangnya agak tegas dan kurang 'mesra pelanggan' tu terus mendisiplinkan dia terutama sekali dlm bab makanan ni. Tetapi setiap kali aku membayangkan anak aku yg tertekan dan terseksa ketika makan tu, aku merasa sgt sedih. Dalam usia sekecil ini, dia sudah pun terpaksa melalui tekanan dan paksaan yg tidak sepatutnya.
Smg Allah membantu kami sekeluarga di dalam menangani masalah dan ujian ini. Dan jika suatu hari nanti Wildan membaca apa yg aku tulis di sini, " Ibu nak Wildan tahu, apa yg Ibu lakukan adalah kerana Ibu sangat2 sayangkan Wildan. Tak sanggup rasanya nak tgk Wildan terseksa seandainya perlu dicucuk dgn insulin setiap hari, perlu dicucuk di sini sana, perlu menjalani rawatan demi rawatan, tidak dapat membesar dan melalui hidup ini spt org lain dan sebagainya".
Teringat kata2 salah seorg guru BI ku, Cikgu Uzir, sewaktu di SMSAT dulu'
"In order to be kind, sometimes you have to be cruel"
Well Sir, I agree with you now.