Thursday, July 21, 2011

Beautiful Blogger Award


Minta maaf Kak Wattie, hari ni baru Kaz gi ambil award yg Kak Wattie bagi ni. Terima kasih banyak2 ya. Ini dia jawapan bg soalan yg Kak Wattie tag tu iaitu 7 perkara mengenai diri saya. Lama juga saya mengarang ni.

1. Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak kampung walaupun pada asalnya keluarga sebelah mama dan arwah Ba saya berasal dari bandar. Memandangkan arwah Ba saya bekerja sbg juruteknik pertanian, kami sentiasa berpindah-randah dan ditempatkan di kampung2. Alhamdulillah, tempat akhir kami menetap sebelum arwah Ba meninggal iaitu di Kpg Sg Kechil Ilir, Bandar Bharu, Kedah meninggalkan kenangan yg sgt indah di dalam hidup saya. Di sini saya menikmati zaman kanak-kanak yg sgt fun, happening and adventurous. Saya berpeluang utk merasai nikmat mandi sungai, mandi air telaga, naik bukit, panjat pokok, berbasikal sekeliling kampong, makan buah letup2, makan buah mata itik, kutip pucuk paku dan pucuk ubi, main guli, main congkak dan sebagainya. Disebabkan sikap saya yg agak adventurous itulah menyebabkan saya beberapa kali dirotan oleh mama kerana ponteng mengaji semata-mata utk curi2 mandi sungai. Saya menetap hampir 10 tahun di kampung ini, plg lama jika dibandingkan gn tempat lain. Sehingga sekrg, kampung ini sgt dekat di hati saya. Selain drp kawan2 sepermainan dan sepersekolahan saya yg masih ada di sana, di kampung ini jugalah jasad arwah bapa saya disemadikan.

2. Memandangkan saya ni the only girl in the family, sejak kecil saya dah memang dibiasakan membuat kerja2 dapur dan rumah oleh mama. Semasa bersekolah rendah, saya cuma menolong mama di dapur dgn memasak nasi, memotong bawang dan sayur, membasuh pinggan dan sebagainya. First time saya memasak utk family ketika saya di Form 2, masakan pertama saya ialah udang masak masam manis yg saya cuba dari resepi penyanyi Ruhil Amani kat dlm majalah Putera Puteri. Time tu mama dan arwah nenek saya membawa adik saya ke klinik utk berkhatan, selepas sebulan kematian arwah ba saya. Saya ambil masa hampir 2 jam utk masak masakan yg simple tu tp hasilnya very positive. Ingat lagi, arwah nenek saya yg tdk berselera makan sejak kematian anak sulungnya itu (arwah Ba saya) makan bertambah dan tak habis2 memuji kesedapan masakan saya.Sejak itu, saya mula memasak dan ketika di Tingkatan 4 dan 5, tugas memasak selalunya diserahkan kpd saya di hujung minggu krn mama saya mengajar kelas tuisyen pada hari2 tersebut. Selps habis SPM, ketika cuti semester dan ketika saya menganggur sblm posting dulu, tugas memasak diserahkan 100% kpd saya. Mungkin disebabkan itu, sehingga sekrg, saya suka memasak, tahu memasak dan boleh memasak. Suami saya selalu berkata yg dia bangga ada isteri yg pandai memasak macam saya, ehem, ehem!

3. Saya pernah bekerja di kedai kasut selama hampir 1 tahun ketika menganggur sebelum masuk U dulu. Semasa bekerja di kedai ini, banyak perkara yg saya belajar dari pengalaman yg saya lalui. Ada yg memandang hina kpd saya dan ramai yg pandang rendah kpd saya. Semasa bekerja di kedai kasut dan aksesori wanita ni juga, ramai polis yg cuba mengorat saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka nak mengorat saya, seorg demi seorg datang ke kedai, ajak saya berbual, ajak saya minum2 dan ada yg terus nak ajak kahwin. Alhamdulilah, saya mmg dah diajar oleh mama saya agar tidak melayan lelaki. Setiap kali nampak mereka datang, saya terus menyorok kat bilik setor kedai dan taukeh kedai tu pun akan tolong cover saya, dia kata saya cuti atau belum datang dan sebagainya.

4. Antara impian saya sejak kecil yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan ialah untuk mempunyai seorg kakak. Saya mmg teringin sgt nak ada kakak. Bila tgk kawan baik saya Fizin yg mempunyai kakak yg hampir sebaya, saya jadi jeles. Seronok melihat kemesraan mereka yg berkongsi segala-galanya sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Walaupun semasa kecil mereka selalu gaduh2 manja tp tetap sweet di mata saya. Disebabkan teringin sgt nak ada kakak, saya mudah rapat dgn org yg lebih berusia dari saya. Kat ofis ni, majority kawan baik saya ialah yg bergelar kakak. Malahan kat alam blog ni pun, kawan2 baik saya terdiri drp ‘kakak2’.

5. Saya seorg yg sgt berpegang pada janji dan menepati masa. Disebabkan itu, saya cukup tak tahan dgn org yg tidak berpegang pada janji dan tidak menepati masa. Bagi saya kalau nak keluar ke mana2 dan dah janji nak keluar pukul 3, pukul 3 lah saya dah bersedia utk keluar dan bukannya pukul 3 baru saya nak pakai baju. Begitu juga kalau orang dah berjanji sesuatu kpd saya, sampai bila2 saya akan ingat dan tuntut janji tu.

6. Saya geli dgn binatang berbulu termasuklah kucing dan arnab. Saya tak geli dgn lipas, cicak atau yg lain tp kalau dgn binatang berbulu mmg saya surrender. Kesian kat anak2 sbb tak dpt nak bela kucing atau arnab kat rumah disebabkan kegelian saya yg melampau ni.

7. Apa lagi ya? Satu lagi impian saya yg saya harap sgt akan tercapai ialah utk mempunyai seorg anak perempuan. Saya dah ada 2 org anak lelaki, suami saya cakap dah cukuplah tu tp saya tetap teringin nak mempunyai seorg lagi anak dan kalau boleh biarlah perempuan. Saya nak pakaikan dia baju cantik2, kembang2, ropol2, kaler pink dan purple, letak riben yg ada bunga2 kat rambut dan sebagainya. Kawan2 semua tolonglah doakan saya ya.


Ok, itu saja rasanya. Sekarang saya nak tag siapa ya? Ok, saya tag Fizin, Chinda dan Kak Yatie.

10 comments:

  1. Hi Kaz. I'm in the dark. What's this award thing? What shall I do next? Please enlightened me. However, I'm thrilled of being tagged. Thank you very much, dear friend.

    ReplyDelete
  2. Hi Kaz. It's me again. For your info...our convo will be on 21 September 2011, at 3.30pm (sidang kedua).

    ReplyDelete
  3. Chinda dear, being tagged means u are given the award above, just copy n paste it in your blog n u must answer the same question, which is 7 things that people do not know about u.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kaz,
    Tkasih sudi gantung award tu kat rumah Kaz dan buat homeworknya sekali. Rasa macam byk pula persamaan di ant kita berdua....tks again dear, luv you, muahhhh.....

    ReplyDelete
  5. "zmn kanak2 kaz lebih kurang mcm akk jer,seronok kan kaz zmn kecik2 kita dulu kalau nk banding dgn zmn kanak2 skrg....cuma nasib kita jer berbeza sbb kaz berjaya belajar ke peringkat tertinggi...ehem2 yg last tu..insyaallah akk akn doakan utk kaz..akk dulu ms ada ank2 pompuan kecik2 hari2 pakaikan baju lawa2 w/pon dok umah jer...insyaallah masih muda boleh tmbh sorang dua lagi tu.."

    ReplyDelete
  6. Ina, bila baca tang bab mandi sungai tu teringat kisah2 lama! Teringin nak patah balik ke zaman tu!! x ada masalah, asyik fikir nak seronok ajekan??
    Dulu2 fizin jeles kat ina pasal ada adik & abang! Fizin pulak ada sorang kakak aje! He..he.. X apa, kak min tu macam kakak ina jugak! Kita kan dulu membesar sama2 walaupun kak min tua setahun dari kita! Memang dulu2 selalu gaduh ngan kakak even sekarang pun ada jugak gaduh tapi x teruk macam dulu. he..he..
    Pasal impian baby girl tu fizin akan doakan! Entah2 tahun depan kita pregnant sama2! he..he.. InsyaAllah!!

    ReplyDelete
  7. anak Mami cun tu yang buat abang2 polis terpikat he..he..

    ReplyDelete
  8. layan je la..hanya mampu sengih..he he he...

    p/s : x paham?dapat apa dari award tu?saper yg punya award tu?apa tujuan sebenarnya award tu? blur...

    p/s : yang nyata bukan award dari pak brahim lompat sikatak lompat...

    ReplyDelete
  9. Kak Wattie, tq ya sbb tag Kaz. Love u too sis!

    Kak Pia:tq byk2 sbb sudi doakan Kaz. Alah Kak, belajar ke peringkat tinggi tu hanya sekadar bonus, yg penting akak pun berjaya dan bahagia di dlm hidup akak bersama family sekrg.

    Fizin: Sampai bila2 ina takkan lupakan kenangan kat sg kechil. Ada abang dan adik ni tak best mcm ada kakak.

    Bidadarindu: hari tu ingat nak tag bidadarindu tp takut org tu tak sudi.

    ReplyDelete

What say you?