Wednesday, July 27, 2011

Ibu, Ibu,Ibu....



"Ibu, Wildan nak ayaq"
"Ibu, Wafriy nak susu"
"Ibu, Wildan nak mandi"
"Ibu, Wafriy nak b_ _ _k"
"Ibu, tgk Wildan buat Wafriy"
"Ibu, tgk Wafriy ambil CD Wildan"
"Ibu, Wafriy nak mandi"
"Ibu, mana colour Wildan?"
"Ibu, mana Ultraman Wafriy?"
"Ibu, nak biskut"
"Ibu, tolong ambil buku Wildan kat atas"
"Ibu, kat mana Ibu letak sticker Wafriy yg baru beli tu?"
"Ibu, cepatlah baca buku cerita ni"
"Ibu, jgn lupa beli biskut oreo esok"
"Ibu, pi lah goreng ayam sekrg"

Hmmm...inilah situasi biasa kat rumah saya sejak 6 tahun yg lalu. Semua benda nak tanya 'Ibu', semua benda nak suruh 'Ibu', semua benda minta kat 'Ibu'. Kadang-kadang kalau tgh tak larat sgt tu, saya akan kata"macam ni mati cepatlah Ibu". Yg hairannya dekat 'Abah' tak adalah diaorg nak memerap mcm ni. Kalau saya kata"cuba minta tolong Abah buatkan", diaorg boleh pula jawab "kesian kat Abah, Abah tak larat". Amboi, amboi, ingat Ibu ni larat sgt ke????

Dua hari yg lepas, Wildan beritau saya yg dia bermimpi dikejar monster (punyalah kuat tgk Ultraman, Ben 10 dan Boboiboy, sampai termimpi2). Dalam mimpi tu dia menangis dan panggil "Ibu, Ibu, Ibu". Saya tanya dia "kenapa panggil Ibu, Ibu tak kuat, tak boleh tolong Wildan, kenapa tak panggil Ultraman?" Dia jawab" Wildan tak mau Ultraman, Wildan cuma nak Ibu, Ibu tak kuat pun takpa tp Wildan cuma nak Ibu". Saya rasa nak menangis masa tu juga sbb terlalu terharu dgn jawapan tu.

Benarlah kata org bahawa terlalu istimewa kedudukan dan peranan seorg Ibu itu di hati anak-anaknya sewaktu mereka masih kecil. Doa dan harapan saya agar saya akan kekal istimewa di hati dan di dalam hidup mereka sampai bila-bila.

6 comments:

  1. Salam Kaz...anak2 mmg camtu.semua nk tanya ibunya klu nkkan sesuatu..jarang depa tanya ayahkan?

    ReplyDelete
  2. "Ibu,Wildan nak Kawin"
    "Ibu,Wafriy nak study kat Oversea"

    Masa tu nnt baru rasa sunyi n rindu dorang dah x dek kat umah kan....

    ReplyDelete
  3. memang betul kaz, anak2 lebih rapat dengan ibu. even so mom loves to nag, they don't mind....

    ReplyDelete
  4. biasalah tu anak2! kadang2 depa memang tak boleh tengok kita duduk senang - time tu lah depa nak minta macam2!! masa kita dok kat dapur tu depa tak teringin apa2 tapi bila elok kita dok rehat2 depan tv aje barulah depa nak itu ini!

    ReplyDelete
  5. "haha...betul jugak kan..nape lah depa tak panggil je ultraman atau wira2 lain yg depa suka tu..ada ka lagu tu tak logik sungguh aihh..Kaz,akak sejak ank2 dah besaq sikit ni dah jarang dah depa nak panggey2 lagu tu...setuju dgn bidadarindu..sat lagi sora2 yg dok panggey2 kita tu akan lenyap hilang ditelan masa kan..masa tu tentu sunyi..sepi.."

    ReplyDelete
  6. Kak Atie,.betul tu, semuanya nak tanya kat Ibu , depa cuma cari Abah depa time nak main saja.

    Bidadararindu, betul tu, tak sanggup rasanya kalau dibayangkan saat Itu.

    Chinda, that's true, they still prefer their mom no matter what.

    Fizin, Mmg mcm tu juga anak2 ina, bila ina duduk je, baru depa nak minta apa2.

    Kak Pia, biarlah bising2 dan sibuk mcm ni drp kesunyian tanpa mrk. Tak sanggup rasanya kan.

    ReplyDelete

What say you?