Wednesday, May 12, 2010

An evening with Sabina



Memandangkan kelas belum bermula krn pelajar2 baru terlibat dgn aktiviti2 minggu orientasi, aku mempunyai sedikit masa utk 'bersukaria'. Sebelum balik dari pejabat, aku dan Sabina, one of my best and closest friends, sempat bersantai sambil minum white coffee kat De Pongsu Cafe kat dlm kolej aku. 3 minggu tak berjumpa, byk cerita yg kami bual dan kongsikan. Sab ni dah aku kenali selama 10 tahun dan dia sentiasa ada untukku. Di saat aku gembira, aku menangis, saat aku accident dan kena buat police report, saat aku nak putuskan hubungan dgn seorg mamat ni, saat aku 'declare' hubungan aku dgn husbandku, saat aku bertunang, nikah, bersanding, slps bersalin, slps operation dan segalanyalah, dia antara orang yg ada di sisiku. Paling aku suka bila Sab beritahu Robin ( buah hati pengarang jantungnya) dah pun berjumpa ayahnya. Happy nya aku dgr, it is another positive step. Cepatlah Sab dan Robin, aku tak sabar nak menunggu that great news from both of you. Robin, jgn tunggu lama2, nanti diambil orang.

Diet yg tak menjadi




Selesai majlis di Dewan Milinieum, husbandku mengajakku gi lunch kat Secret Recipe, dari kelmarin lg dia teringin nak makan kek kat situ. Aku tahu itu tandanya dia tgh tension, mungkin terlalu byk kerja yg perlu dia lakukan sepanjang minggu orientasi ini.
Memandangkan aku kononnya tgh diet, aku tak order sebarang kek utk diri sendiri. Aku cuma makan tomyam noodles yg menjadi favouriteku. Tp biasalah husbandku ttp memaksa aku merasa kek dia yg sedap tu, ni kes tak nak gemuk sorang2 lah ni. Akhirnya hancur lg dietku tghari ni sbb bukan setakat merasa, aku makan hampir separuh kek choc cheese dan apple crumble yg husbandku order tu. Hmmm lepas makan baru menyesal. Siapa nak jawab tu...?

Sedikit keluhan rasa


Alhamdulillah, kerja aku dan kawan-kawan berjalan lancar semasa Perasmian MPPB kelmarin biarpun masih ada masalah yg ditimbulkan oleh pihak pembekal makanan. Inilah masalah org kita dlm menjalankan business. Ketika memohon tender dulu semuanya boleh, ketika meeting dgn ketua JK makanan, Kak Yati, pun semuanya boleh ttp bila tiba masanya semuanya fail. Bermula dgn kelewatan menghantar makanan tghari pd hari pendaftaran ( lewat sgt2) sehingga ada yg tdk berpuas hati dgn kami, kualiti makanan pula sgt mendukacitakan- udang yg sgt2 kecil (mcm saiz udang yg kita buat sayur atau cucur udang) dan berbau. Ketika jamuan VVIP, pinggan mangkuk yg digunakan mmg sgt out sehinggakan kami perlu berkejar balik ke ofis utk ambil set pinggan mangkuk kolej. Buah oren sunkist dihidangkan kpd VVIP dlm keadaan sebiji2 tanpa dipotong, takkan nak suruh VVIP tu tokak buah oren tu mcm tu saja? Aduh... siapa kata kerja kami di AJK Makanan ni senang. Kak Yati pun aku lihat dah hampir nak pitam kesana sini menguruskan semuanya. Dahlah tu, pembekal ni siap boleh marah2 sambil mengeluarkan kenyataan yg tdk profesional lagi bila Kak Yati asyik call dia bertanyakan makanan yg masih belum sampai pada masa yg dijanjikan. Bukankan 'customer is always right?' Apapun, semuanya dah selesai. Tunggu ajelah post-mortem meeting nanti. Jgn salahkan kami kalau selepas ini tender tu terpaksa diberi pada org lain.
Ada byk juga bad experience aku berurusan dgn org kita ni ketika membeli barang. Pernah beberapa kali ketika aku sgt gemuk dulu masuk ke kedai pakaian, tiba2 penjual tu cakap ' yg saiz besar takda kat sini' sambil melihat padaku dgn sinis. Kalau ya pun, biarkanlah aku masuk dulu, mungkin aku nak beli baju utk kawan aku ke atau utk org lain. Selalunya kalau jadi kes mcm ni, aku akan terus blah saja. Sampai sekarang aku tak masuk dah kedai tu.
Ketika aku dan husband nak berpindah rumah dan sibuk membeli perabot dulu pun aku berhadapan dgn kes yg serupa. Ketika kami ke kedai perabot org kita, aku dan husband membelek2 satu set sofa yg npk agak mewah kat situ. Dgn selambanya pekerja tu cakap kat kami ' perabot kat bahagian ni semuanya mahal2, yg murah kat sebelah sana'. Amboi, mentang2lah aku dan husband hanya berpakaian simple dan bawa kereta Gen2 saja, dia fikir kami ni tak mampu nak beli. Terus husband aku ajak aku keluar dari kedai tu. Bila pergi ke kedai perabot chinese, depa sambut kami dgn baik, siap bg air mineral seorg sebotol dan layan setiap pertanyaan dan kemahuan kami dgn sabar. Akhirnya hampir 90% perabot baru rumah kami dibeli dari kedai chinese. Dalam hal ni siapa yg rugi kan? Bukannya kami tak nak menolong org kita sendiri tp sikap sebeginilah yg buat kami rasa terkilan.
Begitu juga dgn RFC yg sgt popular kat SP ni. Ayam goreng dia mmg sedap, siap guna ayam organic lg tp servis dia Ya Tuhan, punyalah lembap. Aku ingatkan cuma dulu saja ketika restoran tu baru dibuka ttp kunjunganku 2 minggu lepas dan juga semlm masih menunjukkan situasi yg serupa. Sayangnya kalau berterusan begini.
Apapun ini cuma sedikit keluhan rasaku. Aku nak tgk bangsa kita maju dan tdk ketinggalan bersaing dgn bangsa lain di dalam segala bidang. Byk perkara yg perlu kita ubah dan antaranya ialah sikap kita sendiri. dan itu jugalah yg sering aku tekankan pada anak muridku. Change your attitude if you want to succeed!

Monday, May 10, 2010

Hari Pendaftaran Pelajar Baru KMPP





Hari ini ialah hari pendaftaran pelajar baru di kolejku. Seawal 5.30 pagi aku dan husband dah bangun. Seksanya rasa nak bangun awal sbb semalam aku tidur hampir pukul 2 pagi kerana Wafriy buat perangai tak leh tidur. Mungkin kerana dia dah terlebih tidur pada sebelah petangnya membuatkan dia tak mengantuk. Dia sgt restless dan asyik mengajakku berbual walaupun berkali-kali aku katakan padanya "tidurlah cepat wafriy, dah lewat sgt ni". Kejap2 dia kejutkan aku yg baru nak terlena dan tanyakan aku pelbagai soalan. Kesudahannya pagi ni aku punyalah dok menguap ketika menjalankan tugasku sbg AJK makanan utk pensyarah dan staf kolej.
Pagi ini kami keluar lebih awal dari selalu utk mengelakkan traffic jam yg akan berlaku dgn teruknya di Kepala Batas setiap kali adanya pendaftaran pelajar baru di kolejku. Bayangkan hampir 2 ribu lebih pelajar baru dari seluruh negara datang mendaftar, ada pelajar yg dihantar oleh lebih dari 1 kereta. Mmg jam sgt2. Husbandku pula bertugas sbg ketua AJK Kaunter Khas yg memerlukannya berada lebih awal di kolej.
Setakat yg aku tahu seramai 2169 pelajar telah mendaftar pada hari ini. Mereka ini ialah pelajar yg telah mendapat keputusan cemerlang di dalam keputusan SPM yg diumumkan baru2 ini. Alhamdulillah, semua kerja kami berjalan lancar biarpun ada sedikit masalah kelewatan makanan yg dihantar oleh pembekal. Aku juga berjumpa dgn kawan lamaku Md Ki yg datang bersama isteri dan anak2nya menghantar adik iparnya. Seronok bila berjumpa kawan lama ni, kebetulan aku juga mengenali isteri dan ibu mertua Md Ki ni ketika aku bersalinkan Wafriy dulu. Bila melihat anak kedua Md Ki yg dilahirkan hampir sama hari dgn Wafriy, aku nak tergelak sbb terlalu byk persamaan mereka. Montel, comel, aktif dan byk akal. Agaknya anak yg dilahirkan bulan Mei ni mmg mcm ni kut characternya.
Ketika break, aku, kak yati, shikin dan kak jas sempat berjalan2 di sekitar gerai2 jualan yg ada. Kononnya sekadar nak cuci mata, last2 aku terbeli sehelai blouse yg agak cantik. Aku mmg sukakan blouse yg labuh mcm org indon dok pakai tu. Npknya dlm masa 2 minggu ni dah 4 blouse aku beli, yg aku lebih teruja tu sbb sekrg senang nak cari size aku. Bayangkan ketika aku gemuk dulu, aku pakai size 54, punyalah susah nak jumpa yg blouse yg cantik, yg dok ada semua mcm makcik2. Sekrg ni aku dah pakai size 46, seronoknya sbb mmg byk pilihan.
Esok aku kena bgn awal juga krn ada majlis perasmian di Dewan Milinieum dan aku bertugas sebagai ketua pendaftaran masuk dan agihan makanan kpd pensyarah dan staf. Harap2 malam ni Wafriy tak ajak aku bersembang lagilah. Dah pening kepala ni sbb tak cukup tidur dari semalam.

Sunday, May 9, 2010

Si kecik ni pun nak exercise




Sewaktu tgh bersiap untuk keluar lunch tadi, aku perasan si kecik yg selalu mengekoriku kemana saja aku berada ni tiba2 hilang. Bila aku jenguk ke bilik mini gym husbandku, nak tergelak rasanya tgk si kecik ni tgh exercise, kononnya dok angkat dumbbells. Cute sangat. Bila dia nampak aku mengambil gambar dia, terus dia kata "ibu janganlah kacau Wafriy, Wafriy nak exercise ni". Hehe, bunyinya sebiji mcm yg aku selalu kata kat dia.
Baguslah sayang, kecil2 dah jadi health conscious mcm Abah.

Selamat Hari Ibu






Selamat hari ibu buat mamaku tersayang. Kali ni aku telah membeli sebuah almari pakaian sbg hadiah hari ibu untuk Mama. Husbandku pula telah membeli satu set minyak wangi dan set manicure Elianto untuk mama dan Alhamdulillah mama suka sangat dgn hadiah2 yg kami beri itu. Aku juga tidak ketinggalan menerima hadiah dari husband dan ibuku. Seutas jam tangan yg sgt cantik dan trendy dari husbandku dan satu set barangan Avon dari mamaku, siap dgn perfume, lipstick, blusher, brooch, cosmetic pouch dan handbag holder. Mamaku ini mmg peminat setia barangan Avon. Terima kasih Abang, terima kasih mama, ina sgt2 menghargai pemberian itu. Anak-anak pula sekadar wish dan Wildan memberitahuku " I have a card for u mommy but I keep it in tadika and my teacher said I will give it to you soon". Terima kasih sayang. Sesungguhnya semua hadiah itu tak penting. Yang penting bagiku semua orang yang aku sayang berada di sisiku dalam keadaan yg sihat, selamat dan bahagia. Tak tahulah apa akan terjadi padaku tanpa mereka semua.
Pada waktu tghari, kami sekeluarga lunch di Big Mouth Republic sebagai meraikan hari ibu. Boleh tahan juga makanan di sini tp yg penting semua orang kenyang dan happy. Mama pun kelihatan sgt seronok dan berselera makan pada hari ini. Alhamdulillah.

Saturday, May 8, 2010

Akhirnya aku sedar diri.....



Akhirnya setelah lama berehat dari 'diet dan exercise', aku kini nekad untuk memulakannya kembali. Mahunya tidak, terkejut aku melihat angka yg tertera pada mesin penimbang badan tu. Tp sebenarnya aku sedar mmg salah aku sendiri. Sepanjang cuti ni aku asyik makan saja. Sebelum cuti dulu iaitu semasa aku sedang pulun study utk exam, mmg aku byk mengunyah. Setiap kali aku stress aku akan cari coklat atau kacang. Sekarang terimalah akibatnya. Aku mmg dah tak sanggup utk gemuk kembali. Sebelum aku diet dulu, berat badan aku ialah 85 kg, selepas diet dan exercise, berat aku turun ke 70 kg. Sekrg ni dah nak sampai 75kg. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu jika aku tidak mahu melihat badan aku kembali mencecah angka yg lebih tinggi. So kelmarin aku dah start diet dan exercise. Exercise cuma 30 minit saja, bgn pagi ni sakitnya badan tp menurut suamiku itu petanda baik. Alhamdulillah, suamiku sangat supportive kalau aku nak exercise. Dia sanggup jaga anak2 dan biarkan aku exercise dgn aman. So, aku berharap agar dapat melihat perubahan yg positif pd badanku ini. Sumpah, aku dah tak mau gemuk. Lagipun aku nak kelihatan cantik di mata suamiku yg sudah sgt2 slim sekrg ini.