Saturday, May 8, 2010

Akhirnya aku sedar diri.....



Akhirnya setelah lama berehat dari 'diet dan exercise', aku kini nekad untuk memulakannya kembali. Mahunya tidak, terkejut aku melihat angka yg tertera pada mesin penimbang badan tu. Tp sebenarnya aku sedar mmg salah aku sendiri. Sepanjang cuti ni aku asyik makan saja. Sebelum cuti dulu iaitu semasa aku sedang pulun study utk exam, mmg aku byk mengunyah. Setiap kali aku stress aku akan cari coklat atau kacang. Sekarang terimalah akibatnya. Aku mmg dah tak sanggup utk gemuk kembali. Sebelum aku diet dulu, berat badan aku ialah 85 kg, selepas diet dan exercise, berat aku turun ke 70 kg. Sekrg ni dah nak sampai 75kg. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu jika aku tidak mahu melihat badan aku kembali mencecah angka yg lebih tinggi. So kelmarin aku dah start diet dan exercise. Exercise cuma 30 minit saja, bgn pagi ni sakitnya badan tp menurut suamiku itu petanda baik. Alhamdulillah, suamiku sangat supportive kalau aku nak exercise. Dia sanggup jaga anak2 dan biarkan aku exercise dgn aman. So, aku berharap agar dapat melihat perubahan yg positif pd badanku ini. Sumpah, aku dah tak mau gemuk. Lagipun aku nak kelihatan cantik di mata suamiku yg sudah sgt2 slim sekrg ini.

No comments:

Post a Comment

What say you?