Friday, May 28, 2010
Happy birthday Wafriy
Happy birthday Wafriy sayang. Dah 3 tahun dah anak ibu ni. Spt biasa, kami celebrate birthday Wafriy kat nursery, senang sbb kawan2 dia semuanya ada kat sana. Birthday cake kali ni gambar Ultraman Taro atas permintaan Wafriy sendiri. Utk memudahkan jiranku yg membuat kek ni, aku bawa toy ultraman Taro supaya dia dpt melukis di atas kek dgn betul. Nampak wafriy happy sgt bila tgk kek dia kali ni. Selain drp kek, aku telah menempah bihun goreng dan fries drp cafe. Bukannya aku tak boleh goreng sendiri ttp majlis ni dibuat pd sebelah petang dan di hari bekerja. Malam sebelum tu, aku dan Mama telah membungkus goodie bags utk diberi kepada kawan2 Wafriy. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku dan husband telah membeli sebuah basikal sebagai hadiah hari jadi Wafriy kali ini.
Sekadar mengenang kembali, aku mengandungkan Wafriy ketika Wildan berumur 1 tahun 6 bulan. Spt kali pertama, aku dapat mengagak aku mengandung bila aku cuma terlewat datang period sehari sahaja. Selain drp tu, aku mmg rasa sedikit pening dan cepat letih. Ketika aku check dgn menggunakan self-pregnancy test kit, aku mmg sgt2 gembira krn aku dan husband mmg dah merancang utk mempunyai anak kedua ketika itu.
Berbanding mengandungkan Wildan, Wafriy byk memberi 'kejutan' kepada aku dan husband ketika di dlm kandungan. Pada 3 bulan pertama, aku bleeding sehinggakan diberi suntikan dan ubat menguatkan rahim. Alhamdulilah, semuanya selamat. Pada bulan ketujuh, aku tiba2 merasa contraction bagaikan hendak bersalin. Husband membawaku ke Klinik Impiana dan Doktor cepat2 merujukku ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) krn aku dijangka bersalin awal dan tdk cukup bulan. Di HSJ, aku dimasukkan di Dewan Bersalin dan disuntik dgn suntikan yg sgt menyakitkan utk menguatkan paru2 baby sekiranya aku bersalin awal. Aku ditahan di wad dan setelah bangun keesokkan paginya, contraction telah hilang sepenuhnya dan aku dibenarkan balik. Buat suspense saja Wafriy ni.
Pada bulan kelapan, sekali lagi aku dan husband terkejut bila aku bleeding dgn banyaknya. Aku sangkakan aku dah turun tanda dan terus kami ke HSJ sekali lagi krn takut bersalin awal. Aku ditahan di wad dan Doktor katakan ada pendarahan di pintu rahimku. Ujian papsmear dibuat dan setelah bleeding berhenti, aku dibenarkan pulang. Doktor menasihatkan aku agar tidak melakukan sebarang kerja berat dan disebabkan kejadian ini, aku tidak dapat mengikuti rombongan ke Majlis akad nikah dan persandingan adikku di KL.
Pada bulan ke 9, sekali lagi aku bleeding dan kali ini aku dan husband memilih utk ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Aku ditahan selama 5 hari dan dibenarkan pulang setelah tidak ada sebarang tanda utk melahirkan. Selama ditahan di wad ni, sering kali aku menangis kerana teramat rindukan Wildan. Tak sampai seminggu aku dibenarkan pulang ke rumah, sekali lagi aku bleeding dan kerana tidak mahu mengambil risiko kerana aku sudah mula terasa contraction, aku sekali lagi dimasukkan ke wad bersalin di HPP. Kali ni pintu rahim sudah terbuka sebanyak 1 cm. Kelakarnya, sakit contraction tu hilang begitu saja bila aku berada di wad ini. Beberapa hari aku di wad ini, akhirnya Doktor pakar mengarahkan agar aku di induce utk mempercepatkan kelahiran. Sebelum ini, mereka tidak mahu menggunakan ubat induce krn ia boleh membahayakan ku memandangkan sebelum ini aku melahirkan Wildan secara operation. Doktor juga cuba menasihatiku utk melahirkan anak ini secara operation tetapi aku tetap berdegil utk melahirkan secara normal.
Aku di induce pada pukul 9 pagi dan beberapa jam slps itu, aku mula merasa kesakitan yg amat sangat. Pada pukul 4.30 petang aku dimasukkan ke bilik bersalin dan setelah bertarung nyawa beberapa jam dgn ditemani husbandku yg sentiasa setia di sisiku, aku selamat melahirkan Muhammad Zhariff Wafriy pada pukul 9.25 malam secara normal. Alhamdulilah, dia sihat, sempurna dan sgt comel.
Kini, Wafriy dah berusia 3 tahun. Seperti maksud namanya, dia mmg seorang anak yg periang, bijak, lincah, lasak dan aktif. Dia juga sgt rapat dgnku dan sangat protective terhadap orang yg disayanginya. Doaku smg Wafriy membesar menjadi anak yg soleh, sihat, bijak dan baik budi pekertinya. Sebagai seorg ibu, aku menggantung harapan setinggi langit utk Wafriy dan Wildan berjaya dan bahagia di dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?