Thursday, May 20, 2010

Dan kerjaku pun bermula...



Kalau dah jadi pendidik tu mmglah tak boleh lari dari memeriksa tugasan pelajar. Untuk pensyarah BI sepertiku ini, marking essay pelajar memanglah satu tugasan yg mencabar minda dan segala. Marking satu essay, aku menguap, marking lagi satu essay, aku bangun bancuh white coffee, marking satu essay lagi, aku pi bersembang dgn Kak Yati.....at last aku simpan je dulu semua essay tu dlm fail.
Aku sebenarnya tgh marking essay utk English Diagnostic Test, ujian utk mengenalpasti tahap kemahiran BI pelajar2 baru ni. Setakat satu kelas yg aku baru habis marking dan juga respons dari kawan2ku yg lain, aku tahu cabaran untuk kami pada semester ini sgtlah berat. Entah kenapa, tahap penguasaan BI kebanyakan pelajar batch ini sangat lemah, berbanding pelajar batch lepas. Siapakah atau apakah yg patut dipersalahkan? Bak kata Nabil ( aku bukanlah peminat dia), Lu pikirlah sendiri.....

No comments:

Post a Comment

What say you?