Saturday, May 8, 2010
Jalan-jalan @ Zoo Taiping
Anak-anak dah lama tanya " ibu, bila kita nak pi zoo?". Kali terakhir aku dan husband bawa mereka ke zoo adalah lebih kurang 2 tahun lepas sewaktu percutian keluarga husbandku ke Ipoh dan Cameron Highland. Akhirnya aku berjanji dgn mereka," bila ibu habis exam, kita gi zoo ya". Seronoknya mereka. Bagi menunaikan janji, aku dan husband membawa mereka ke Zoo Taiping pada Isnin lepas bersama-sama mama. Mmg mereka happy, mama pun happy dan aku dan husband pun happy. Memandangkan ianya bukan hujung minggu atau public holiday, orang tak ramai, gift shop pun tak buka dan air kat public toilet pun tak ada. Tak kisahlah, janji aku dah menunaikan janjiku pada 2 buah hati pengarang jantungku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?