Saturday, May 8, 2010
Untukmu sayang
Salah satu perkara yg membuatkan aku cukup sayang dan kagum dgn suamiku ialah sifatnya yg tidak suka meminta-minta atau demand apa2 dariku. Jarang sekali suamiku meminta aku masakkan apa2 untuknya. Setiap kali aku bertanya, " Abang nak makan apa?" Jawapan suamiku cuma "apa saja yg ina masak Abang makan". Tp 2 atau 3 hari lepas suamiku meminta aku masakkan sup sayur campur dengan daging dan kentang untuknya, itupun setelah dia teringin kerana melihat resipi tu dalam channel AFC kat Astro. Kelakar juga, punyalah byk resipi yg ada, sup sayur yg suamiku teringin.
Hari ni aku tunaikan hajat suamiku untuk makan sup sayur campur tu. Entahlah samada rasanya sama dgn apa yg suamiku ingini tp aku memasaknya dgn penuh kasih sayang untuk suamiku ini. Selain dari sup sayur, aku juga memasak udang goreng kunyit dan tauhu goreng sebagai lunch kami pada hari ini.
Bila aku tanya pada suamiku " ok ke Bang?", suamiku menjawab"ok". Aku harap mmg betul2 ok lah tu. Tak tahulah pula kalau suamiku ini sekadar ingin menjaga hatiku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?