Sunday, May 16, 2010

Teacher Kazrina



Jadual waktu pengajaran untuk semester ini telah pun aku terima pagi Jumaat yg lalu. Semester ni aku mempunyai banyak kelas yg bermula pada pukul 8 pagi. Ini bermakna aku perlu bangun lebih awal, bersiap lebih awal dan keluar rumah lebih awal utk mengelakkan kelewatan. Aku paling tak suka bila aku perlu bergegas dan berkejar ke kelas krn bila terjadi mcm tu, aku akan kepenatan bila sampai ke dalam kelas apatah lagi jika bilik tutoran berada di tingkat atas. Tapi apapun, aku bersyukur kerana jadual tidak lagi sepadat dulu memandangkan kini kami mempunyai 37 orang Pensyarah Bahasa Inggeris.
Hari Jumaat yg lepas juga merupakan hari terakhir minggu orientasi dan bermula minggu hadapan, pengajaran dan pembelajaran akan bermula seperti biasa. Selalunya hari pertama di kelas bersama pelajar baru lebih kepada aktiviti2 ice breaking. Sudah lebih 10 tahun aku di sini dan melalui situasi yg sama, jadi perasaan gentar dan nervous tu mmg sudah tidak berapa ketara. Dulu sewaktu aku mula2 mengajar aku lebih cerewet, kalau boleh aku mahukan semua pelajar jurusan Sains Fizikal krn mereka lebih aktif di dalam kelas berbanding jurusan Sains Hayat atau Perakaunan. Seboleh-bolehnya aku elakkan dari mengajar pelajar Perakaunan kerana selalunya mereka agak passive. Sekarang semua itu tdk penting bagiku, apa sahaja jurusan aku menerimanya dgn hati terbuka. Merekalah anak muridku, merekalah amanah Allah dan ibubapa mereka padaku untuk dicorak, dididik, dan dibantu dlm mencapai cita2 mereka. Biarpun mereka adalah pelajar terpilih dan cemerlang, namun di dalam subjek Bahasa Inggeris pencapaian kebanyakan mereka adalah sederhana, malah ada yg sgt lemah. Biarpun mereka sangat cemerlang di dalam pelajaran Sains ttp sekiranya subjek BI mereka lemah, mereka masih akan gagal utk mendapatkan kursus-kursus utama semasa di Universiti nanti. Itulah cabaran untukku dan rakan-rakan seperjuanganku.
Sememangnya subjek BI bukanlah subjek favourite sesetengah pelajar. Kebanyakan pelajar masih merasakan BI sebagai bahasa dan subjek asing. Ada juga yg takut2 bukan setakat dgn subjek BI ttp juga dgn Pensyarah BI. Ada yg langsung enggan bersuara ketika di dalam kelas BI, malah jika disuruh membuat sebarang aktiviti yg memerlukan mrk bercakap dlm BI, mrk sgt keberatan malahan ada yg sampai nak menangis. Aduhai....di sinilah kesabaran aku dan rakan-rakanku teruji.
Hari ini merupakan Hari Guru dan bermakna sudah 10 kali aku menyambutnya sebagai seorg pendidik. Salah satu perkara yg tidak pernah aku kesali di dalam hidupku ini ialah bergelar seorg guru. Menjadi guru mmg cita-citaku yg tidak pernah padam sejak aku kecil. Masih ku ingat sewaktu sekolah rendah di mana setiap pelajar diminta utk mengisi 3 ruangan tentang cita-cita di dalam buku laporan yg berwarna biru tu setiap tahun. Dua cita-citaku yg lain sentiasa berubah, kejap nak jadi doktor, kejap nak jadi hakim dan sebagainya ttp cita2 nak jadi guru tu mmg tak pernah berubah, dari Darjah 1 hingga Darjah 6 pasti ada salah satu ruang yg aku tulis guru. Malahan untuk majalah sekolah pun pernah tersiar satu karyaku tentang cita-citaku untuk menjadi seorg Pensyarah. Alhamdulillah, Allah kabulkan hajat dan cita-citaku.
Aku sangat berbangga bergelar guru. Kenapa aku memilih pekerjaan ini? Mungkin jawapannya agak typical tetapi itulah kenyataannya, aku menjadi guru krn aku ingin menolong dan membantu orang lain. Satu kepuasan yg tidak terhingga bila aku dapat menolong orang lain, terutama sekali di dalam subjek BI ini di mana rata-rata pelajar terutama sekali pelajar Melayu masih lemah dan kurang meminatinya. Di dalam kelasku sendiri, cabaran pertama yg aku akan atasi ialah menarik minat mereka utk mempelajari subjek ini. Bukannya mudah mengajar pelajar2 yg sudah besar dan berada di alam remaja. Mereka sangat mudah dipengaruhi oleh emosi, jadi emosi merekalah yg aku akan takluki dulu. Aku mahu mereka menganggapku sebagai kakak dan juga kawan di mana mereka boleh berkomunikasi dan bermesra dgnku. Aku mahu mereka selesa berada di dalam kelasku supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dgn lebih lancar dan berkesan. Namun semua ini ada batasnya. Hukuman, denda atau sebagainya tetap aku jalankan sekiranya mereka tidak mengikut peraturan.
Apapun, aku berharap agar semester ini aku akan dapat menjalankan tanggungjawabku dengan sebaik-baiknya. Smg aku dan keluarga diberi kesihatan yg baik agar aku dapat memikul segala amanah yg diberikan padaku ini. Smg Allah mudahkan segala urusanku dan tabahkan hatiku dalam meneruskan perjuangan ini. Teacher Kazrina sememangnya sudah bersedia.........

No comments:

Post a Comment

What say you?