Thursday, May 20, 2010

Bapa mertuaku


Kesian sgt dekat Ba. Sejak arwah Mak takda, npk sgt Ba kesepian dan kesunyian walaupun Ba tidak mahu mengakuinya. Bayangkanlah Ba dah hidup bersama arwah Mak melebihi 40 tahun dan semenjak arwah Mak jatuh sakit, Ba lah yg menjaga segala keperluan Mak siang dan malam. Sejak Ba pencen, hidup Ba hanyalah untuk arwah Mak bermula dari matahari terbit hinggalah matahari terbenam. Ba menjaga Mak dgn penuh tanggungjawab dan kesetiaan seorang suami. Adakalanya Ba akan mengusik arwah Mak sekadar ingin melihat arwah Mak ketawa dan lupakan sebentar kesakitan yg ditanggungnya ( Ba beritahuku slps kematian arwah Mak). Setiap apa yg Ba lakukan, Ba akan dahulukan arwah Mak sehinggakan ketika mata Ba perlu dibedah segera kerana katarak yg agak serius, Ba masih ingin menolaknya kerana risaukan tidak ada sesiapa yg akan menguruskan arwah Mak. Namun setelah dipaksa oleh kami anak2 dan menantu2nya, barulah Ba setuju. Namun belum sempat baik sepenuhnya kesan pembedahan tu, Ba dah pun menyambung tugasnya menguruskan arwah Mak walaupun kami semua ada untuk membantu. Itulah Ba, tak pernah nak menyusahkan kami biarpun di dalam keadaan yg terdesak seperti itu.
Di hari kematian arwah Mak, Ba kulihat tenang dan Ba melayan tetamu yg datang utk menziarahi arwah Mak untuk kali terakhir dengan ramah dan mesra. Mungkin itu cara Ba utk menutup kesedihannya. Tetapi pada malamnya kulihat Ba resah gelisah dan termenung sendirian, malahan ketika mengucup dahi arwah Mak buat kali terakhir juga air mata Ba bergenang. Ketika itu aku merasa sgt sebak. Bagiku inilah dia cinta sejati, inilah dia suami mithali. Kasih sayang dan kesetiaan bukan sahaja di saat senang, bukan sahaja di saat isteri sihat walafiat tetapi kasih sayang yg abadi di mana susah senang ditanggung bersama sehingga ke akhir usia.
Kini, aku dan suami cuba untuk membahagiakan Ba sedaya upaya kami. Namun Ba tetap seperti Ba, tidak mahu menyusahkan kami anak menantunya. Aku memang sgt menyayangi bapa mertuaku ini, kebetulan pula aku sendiri telah kehilangan bapa sendiri 21 tahun yg lepas. Ba juga sgt menyayangiku dan mengambil berat tentang diriku sama seperti anaknya sendiri. Aku berdoa agar Ba dilindungi Allah selalu dan dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi hidup ini. Aku telah menyaksikan bagaimana mamaku sendiri menghadapi situasi yg serupa 21 tahun yg lalu dan kini aku menyaksikannya pula pada bapa mertuaku. Aku berdoa pada Allah agar aku sendiri tidak perlu merasai dan mengalaminya kerana aku mmg tidak sanggup! Biarlah aku dulu yg pergi dan meninggalkan orang-orang yg aku sayang dan janganlah mereka yg pergi meninggalkanku kerana aku benar2 tidak sanggup!

No comments:

Post a Comment

What say you?