Friday, May 14, 2010

Sebagai penghargaan....



Aku telah menempah cupcakes ni utk diberi kepada guru2 tadika Wildan dan pengasuh2 nursery Wafriy sbg hadiah hari ibu dan guru. Teringat lagi sewaktu aku di sekolah rendah dulu, setiap kali Hari Guru, Mama akan meminta arwah Ba belikan hadiah spt pen atau kotak2 kecil yg ada bunga hiasan didalamnya untuk Mama balut dan berikan kpd kami utk dihadiahkan kpd guru2. Mmg dari kecil aku dah diajar untuk menghargai orang dan kini aku cuba praktikkan kepada anak-anakku. Aku mahu mereka membesar sbg insan yg tahu menghargai orang di sekeliling mereka kerana setiap orang suka dihargai......

No comments:

Post a Comment

What say you?