Saturday, May 22, 2010
Aduhai Wafriy
Semalam ketika aku, husband dan mama tgh solat Isyak, tiba2 aku terdengar Wafriy meraung kesakitan. At first aku ingatkan dia bergaduh dgn abangnya, tetapi aku rasa lain mcm sgt tangisannya kali ni. Aku terus berhenti solat (baru nak bermula sebenarnya) dan berlari mendapatkan dia. Dia terduduk atas tangga dan aku nampak satu pasu bungaku yg disusun di tepi tangga tu pecah. Sebenarnya aku dlm keadaan blur sbb sementara menantikan Isyak tadi aku terlelap. Bila aku dah sampai kat Wafriy baru aku nampak kepala dia berdarah dgn byknya. Astagfirullah, mmg aku panik sgt2, tak pernah benda mcm ni terjadi kat anak2 aku. Setelah darah dilap dan husbandku dan mama check, mrk kata ni cuma luka dan luka tu tak dalam sgt. Menurut cerita Wafriy, dia terjatuh dari tangga dan kepalanya terkena pasu bunga tu. Aduh... aku tak kisah kalau semua pasu bunga tu nak pecah tp aku tak sanggup kalau apa2 terjadi kat anak2ku ini
Sememangnya berbanding dgn Wildan, Wafriy ni lebih aktif dan lasak. Dan sebelum ni pun dah beberapa kali perkara2 mcm ni berlaku kat dia. Sewaktu umur dia setahun lebih, jari dia terkena besi paip kat nursery sampai darah keluar tak berhenti2 selama sejam. Slps sejam baru pengasuh tu telefon aku dan husband utk beritahu dan kebetulan pula aku sendiri baru keluar dari wad. Kami bawa dia ke klinik Pusat Perubatan Mutiara kat Kepala Batas dan Doktor tu kata luka tu terkena kapilari darah dia.
Kira2 setahun lepas, Wafriy pernah ditimpa almari kasut ( yg bersaiz tinggi). Ketika itu aku sedang berbual dgn Wildan dan aku tahu aku nampak Wafriy berjalan ke arah almari tersebut. Sangkaku dia cuma ingin mengambil sesuatu kat situ, tetapi rupa-rupanya dia cuba utk memanjat dan kerana almari tersebut berat, almari tersebut telah terbalik. Aku mmg tergamam dan spt biasa menjerit apb melihat almari itu nak terbalik. Ketika aku berlari mendapatkan dia, aku benar2 fikirkan yg aku akan kehilangan anakku ini. Nasib baiklah almari tersebut cuma menimpa separuh badannya dan syukurlah Wafriy selamat.
Awal tahun ini, ketika kami sekeluarga sibuk berulang-alik ke Hospital Penang bagi menjaga arwah ibu mertuaku, Wafriy sekali lagi telah membuatkan kami panik. Dia telah memasukkan sebiji manik kedalam lubang hidungnya sendiri! Terkejut besar aku bila dia beritahuku dgn selambanya di dalam kereta. Aku bawa dia ke klinik biasa ttp doktor tak dapat keluarkan, akhirnya aku dan husband bawa dia ke Pantai Utara Specialist Hospital, siap kena jumpa Pakar ENT. Rupa-rupanya apa yg dia masukkan ke dalam hidungnya itu ialah butang dari handbagku. Entahlah masa bila dia jumpa dan ambil. Yg bestnya, utk keluarkan butang tu dalam masa tak sampai 15 minit, kami kena bayar RM 240 kat hospital tu. Takpalah, duit boleh dicari, yg penting anak kami selamat.
Wafriy, Wafriy.....janganlah bagi ibu dan abah dapat heart attack lagi ya sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?