Thursday, May 20, 2010

Wildan nak exam




Kelmarin ketika mengambil Wildan dari tadika, Teacher Ana beritahu minggu depan ialah minggu exam, minggu ni ialah minggu ulangkaji. Kelakarnya, kat tadika pun ada exam dan siap ada minggu ulangkaji lagi. Budak ni baru 5 tahun. First time bila aku dgr mcm tu, aku terus terdetik yg aku nak ajar Wildan bersungguh-sungguh supaya dia dapat tempat yg terbaik, tp syukurlah dalam masa yg sama aku sendiri sedar aku tak leh buat mcm tu pada anak aku. Zaman dulu2 kalau dapat no 1 tu kira hebatlah tp sekrg semua tu tak penting. Dpt no 20 pun takpa, janji semua subjek dpt markah bagus. Aku tak nak pressure anakku sendiri. Aku tahu Wildan mmg seorg anak yg cerdik dan cepat dapat apa yg diajar tp itu bukanlah bermakna dia akn dapat no 1. Sbg seorg pendidik, aku tahu banyak faktor2 lain yg menyumbang kpd kejayaan seseorg itu. Dan paling penting, aku tak nak memberi sebarang tekanan kpd anakku krn berdasarkan pengalamanku mengajar, anak2 yg diberi tekanan emosi oleh ibubapa ni akan memberontak secara diam ataupun terang suatu hari nanti.
Semalam aku meluangkan masa selama hampir sejam untuk mengulangkaji bersamanya dan aku bercadang untuk melakukannya setiap malam sebelum exam tersebut. Bukan utk memberi sebarang tekanan tetapi sekadar satu persediaan agar dia boleh menjawab dgn baik di dalam examnya itu. Alhamdulillah, anakku ini mmg bijak dan mmg berminat nak belajar. Bila aku kata, " Ok Wildan, esok kita sambung ya", dia terus kata 'kan ada banyak lg buku yg kita nak kena baca tu Ibu". Hehe, sebenarnya aku dah mengantuk sangat2, beberapa kali aku tersengguk2 ketika menunggu dia menulis. Yg bestnya ketika dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, Wildan kata lebih kurang mcm ni lah bunyinya " belajar dgn Ibu pun boleh jadi lagi pandai, tak payah belajar kat tadika pun takpa".
Tq sayang, Ibu doakan agar Wildan akan berjaya bukan setakat di dalam exam ni tp selama-lamanya di dunia dan akhirat. Seperti yg Ibu selalu kata- I love you so much and you ( and of course your father and brother) are my everything.

No comments:

Post a Comment

What say you?