Friday, May 7, 2010
Sambung semula....
Baru start 1 entry, berhari2 pula aku berhenti. Dalam hati dan fikiran terasa banyak yg ingin aku tulis tp disebabkan ketiadaan masa, semuanya cuma dlm mimpi sajalah.
Jumaat lepas ( 30 Mei 2010) adikku Ayush sekeluarga datang ke rumah. This is their first visit after I moved into this new house last 2 years. Biasalah orang sibuk. Since ada tetamu nak datang dan kebetulan rumahku sendiri sudah lama tidak dibersihkan dgn erti kata yg sebenar, aku dan suami mengambil kesempatan cuti ini utk mengemas the whole house dari atas ke bawah. Puas rasa hati melihat rumah yg bersih and sparkling clean. Aku juga membeli almari khas utk meletak toys Wildan dan Wafriy yg selama ini tidak tersusun dgn teratur. Berjam-jam aku kemaskan bilik diaorg, 2 plastik besar toys yg dah rosak aku buangkan, yg masih ok tp aku tahu diaorg dah tak berminat utk bermain lg aku asingkan utk disedekahkan kpd anak sepupuku. Bila melihat mainan diaorg ni, terasa sayang memikirkan duit yg telah kami habiskan. Tp nak buat mcm mana kan, dah adat budak2 mcm tu. Bila tgk toys kat kedai melonjak2 nak, bila beli sekejap saja mrk bermain dan sekejap saja dah rosak. Selalunya aku yg cepat lembut hati bila anak2 nak mainan ni, husband aku lebih tegas, sbb tu kalau aku gi mana2, anak2 nak ikut aku sbb depa tahu depa akan dapat apa yg diaorg nak. Begitu juga dgn mamaku. Dia mmg sgt memanjakan cucu2nya ni, malah lebih hebat mamaku ni sanggup menghabiskan ratusan ringgit utk beli mainan kat cucu2 kesayangan dia ni. Yg untung Wildan dan Wafriy lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?