Monday, May 10, 2010

Hari Pendaftaran Pelajar Baru KMPP





Hari ini ialah hari pendaftaran pelajar baru di kolejku. Seawal 5.30 pagi aku dan husband dah bangun. Seksanya rasa nak bangun awal sbb semalam aku tidur hampir pukul 2 pagi kerana Wafriy buat perangai tak leh tidur. Mungkin kerana dia dah terlebih tidur pada sebelah petangnya membuatkan dia tak mengantuk. Dia sgt restless dan asyik mengajakku berbual walaupun berkali-kali aku katakan padanya "tidurlah cepat wafriy, dah lewat sgt ni". Kejap2 dia kejutkan aku yg baru nak terlena dan tanyakan aku pelbagai soalan. Kesudahannya pagi ni aku punyalah dok menguap ketika menjalankan tugasku sbg AJK makanan utk pensyarah dan staf kolej.
Pagi ini kami keluar lebih awal dari selalu utk mengelakkan traffic jam yg akan berlaku dgn teruknya di Kepala Batas setiap kali adanya pendaftaran pelajar baru di kolejku. Bayangkan hampir 2 ribu lebih pelajar baru dari seluruh negara datang mendaftar, ada pelajar yg dihantar oleh lebih dari 1 kereta. Mmg jam sgt2. Husbandku pula bertugas sbg ketua AJK Kaunter Khas yg memerlukannya berada lebih awal di kolej.
Setakat yg aku tahu seramai 2169 pelajar telah mendaftar pada hari ini. Mereka ini ialah pelajar yg telah mendapat keputusan cemerlang di dalam keputusan SPM yg diumumkan baru2 ini. Alhamdulillah, semua kerja kami berjalan lancar biarpun ada sedikit masalah kelewatan makanan yg dihantar oleh pembekal. Aku juga berjumpa dgn kawan lamaku Md Ki yg datang bersama isteri dan anak2nya menghantar adik iparnya. Seronok bila berjumpa kawan lama ni, kebetulan aku juga mengenali isteri dan ibu mertua Md Ki ni ketika aku bersalinkan Wafriy dulu. Bila melihat anak kedua Md Ki yg dilahirkan hampir sama hari dgn Wafriy, aku nak tergelak sbb terlalu byk persamaan mereka. Montel, comel, aktif dan byk akal. Agaknya anak yg dilahirkan bulan Mei ni mmg mcm ni kut characternya.
Ketika break, aku, kak yati, shikin dan kak jas sempat berjalan2 di sekitar gerai2 jualan yg ada. Kononnya sekadar nak cuci mata, last2 aku terbeli sehelai blouse yg agak cantik. Aku mmg sukakan blouse yg labuh mcm org indon dok pakai tu. Npknya dlm masa 2 minggu ni dah 4 blouse aku beli, yg aku lebih teruja tu sbb sekrg senang nak cari size aku. Bayangkan ketika aku gemuk dulu, aku pakai size 54, punyalah susah nak jumpa yg blouse yg cantik, yg dok ada semua mcm makcik2. Sekrg ni aku dah pakai size 46, seronoknya sbb mmg byk pilihan.
Esok aku kena bgn awal juga krn ada majlis perasmian di Dewan Milinieum dan aku bertugas sebagai ketua pendaftaran masuk dan agihan makanan kpd pensyarah dan staf. Harap2 malam ni Wafriy tak ajak aku bersembang lagilah. Dah pening kepala ni sbb tak cukup tidur dari semalam.

2 comments:

  1. kawan aku yg kanan sekali pakai baju hijau tu nama nyer mat ki...sajer nk kasitau

    ReplyDelete
  2. Dulu kecil comel je kan, sekrg pun 'comel' jugak.

    ReplyDelete

What say you?