Saturday, May 29, 2010
Ratu shopping
Kalau sebut fasal shopping, memang mamalah ratunya. Mama mmg sgt2 suka shopping, tak kiralah shopping apa dan kat mana. Kalau pergi ke shopping complex, mama akan terlupa segala sakit kaki, sakit lutut atau sakit pinggang mama. Kalau boleh mama nak masuk ke dalam semua kedai yg ada dan selalunya mamalah yg paling byk membeli. Bukan setakat di kedai atau shopping complex, mama pi buat rawatan fisioterapi kat hospital pun mama sempat beli perfume yg dijual oleh seorg nurse kat situ. Mama juga cukup suka shopping barang2 yg dilihat dlm katalog, contohnya Avon dan Cosway. Beratus-ratus duit mama habis utk barangan Avon dan Cosway saja. Selalunya mama tidak membeli utk diri mama saja, ttp dibelinya utk anak menantu, cucu2, kawan2 dan juga saudara mara. Mama mmg pemurah. Kemana saja mama pergi, mama pasti akan membeli barang2 utk orang yg disayanginya.
Suatu ketika dulu mama dah pernah merasa keperitan hidup. Mama pernah diuji dgn kesusahan utk membesarkan kami tiga beradik sehinggakan mama tidak pernah membelikan apa2 pun utk mama sendiri. Segala duit yg mama perolehi dari pencen arwah Ba dan juga hasil mama mengajar tuisyen di merata tempat digunakan utk membesarkan kami dan memberi pendidikan terbaik buat kami. Mama pernah mengikat perut suatu ketika dulu hanya utk memastikan kami bertiga tidak kelaparan. Sekarang, Alhamdulillah, mama dah semakin senang. Dengan duit pencen arwah Ba dan juga wang yg kami hadiahkan pada mama setiap bulan memungkinkan mama utk merasa sedikit kemewahan hidup yg tidak pernah dirasainya sebelum ini. Syukur Alhamdulillah.
Pagi tadi mama mengajakku shopping di Tesco Extra Sg Petani. Mama nak belikan baju Iron Man utk Emil. Walaupun tak berjumpa dgn baju Iron Man, mama tetap shopping barang2 lain hinggakan penuh 2 trolleys (termasuk barang2 yg aku beli). Kalau bukan krn aku yg mengajak mama balik cepat krn teringatkan anak2 aku yg ditinggalkan di rumah bersama abah mereka, aku rasa mama boleh shopping sampai 3 trolleys ni. Takpalah, asalkan mama bahagia.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?